Feb 26, 2010

Abdul Salam Bilal Anelka

Salam. Kita di sini lagi.

honestly, ni artikel www.iluvislam.com. Tapi, atas minat yang mendalam dengan personaliti bola sepak ini, sya copy paste je la. Harap2 dimaafkan. Insya-Allah....


Bagi peminat bola sepak dunia terutamanya penyokong kelab Inggeris, Chelsea, nama Nicolas Anelka mungkin sudah tidak asing lagi. Dia dianggap salah seorang penyerang paling berbahaya apabila berada di hadapan pintu gol lawan. Pada musim lalu, dia menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan 22 gol.

Anelka kini dikenali sebagai seorang pemain yang sentiasa tenang dan tidak emosional di padang. Keadaan itu berbeza ketika lelaki kelahiran Versailes, Perancis itu mewakili Real Madrid, Liverpool, Manchester City dan Arsenal. Ini kerana ketika itu dia dikenali sebagai pemain yang suka merungut dan emosional. Perubahan sikap Anelka itu sememangnya menarik perhatian banyak pihak. Dia dilihat semakin bijak dan tenang dalam apa juga situasi.

Dalam wawancara dengan sebuah media di Britain baru-baru, Anelka mendedahkan perubahan di dalam dirinya berlaku sejak dia memeluk agama Islam pada tahun 2004 ketika mewakili kelab di Turki. ''Islam banyak membantu saya untuk bersikap tenang, menumpukan perhatian dan mempunyai semangat yang tinggi. Saya gembira menjadi seorang Muslim kerana Islam adalah satu agama yang penuh ketenangan," kata Anelka atau nama Islamnya, Abdul Salam Bilal Anelka.

Sebelum ini, Anelka pernah menyembunyikan identitinya sebagai seorang Islam kepada umum. Keadaan itu berbeza dengan rakan senegaranya Franck Ribery yang bermain dengan kelab Bayern Munich. Ribery sentiasa berdoa setiap kali hendak memulakan sesuatu perlawanan tetapi Anelka tidak berbuat demikian. Bagi Anelka, agama adalah soal peribadi yang tidak perlu dihebahkan kepada orang ramai. Namun begitu selepas umum mengetahui agamanya, Anelka telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia kini seorang Islam dan mendapat hidayah pada tahun 2004, ketika bermain dengan kelab Fenerbahce, Turki.

Anelka yang dilahirkan di Versailles, Perancis, pada 14 Mac 1979, menghabiskan masa kecilnya di Trappes, sebuah kota kecil di pinggir barat Paris. Sebelum menjadi seorang Muslim, Anelka adalah seorang yang tiada agama. Pada ketika itu, Anelka banyak bergaul dan menjalin persahabatan dengan keluarga Muslim dan di situlah dia mula tertarik dengan Islam. Ketika ditanya dalam satu wawancara kenapa dia memilih Islam, Anelka menjelaskan, '' Islam adalah cara hidup yang sesuai dengan dirinya dan saya berasa tenang selepas menganut agama itu."

Anelka mengakui, sejak menjadi seorang Muslim, ia banyak membawa perubahan positif kepada dirinya sama ada sebagai seorang hamba Allah mahupun seorang pemain bola sepak profesional. ''Islam membimbing saya untuk bersikap arif dan ini banyak membantu saya supaya sentiasa bersikap tenang dan bersemangat tinggi ketika turun ke padang. Islam adalah sumber kekuatan saya sama ada ketika di dalam atau luar padang."

Ketenangan

''Saya menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan, oleh itu saya perlu mencari ketenangan dan akhirnya saya menemui Islam," katanya. Dari sudutu kehidupan peribadinya, Anelka bernikah dengan seorang warga Belgium, Barbara Tausia, pada 9 Jun 2007 di Morocco. Walaupun berbeza agama, namun ia tidak menggugat pendirian Anelka terhadap Islam, malah untuk perancangan masa depan Anelka bercadang untuk bermastautin di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), apabila bersara kelak.

Sesungguhnya, Anelka bersyukur kerana pemindahannya ke Turki telah membolehkan dia menemui agama yang sebenar iaitu Islam. Kehidupannya yang sebelum ini terumbang-ambing tanpa agama, kini dipenuhi dengan seribu ketenangan.

TiDurLaH - MOTOROLA V3X

Salam, kt cnie lg kita.

Actually, ni citer lma, tp aku just stori je la ek?

Ketika pulang dri XPDC Yong Belar, teman setia aku sejak 3-4 tahun yang lepas, Motorola V3x aku telah menutupkan fungsinya untuk sementara. Xtaula napa. Sudah ku cuba2 untuk 'on' kn ia kembali, tetapi tetap ia memadamkan dirinya. Sayunyer....

Terinagt balik, dh lama henset 2 bersama aku. Dibeli dengan harga RM300++ (2hd hand), ia mnjadi teman aku utk berkenalan dengan kawan2 baru, mengambil gmbar bersama2 (gmbo syok sndiri mostly), dan sebagainya. Pernah ia meragam sekali, sbb terhempas, tp after direpair, ia ttp sama seperti dlu. Smoot button, cam 3G yg baik, n good camera, membuatkan aku sayang giler ngn hset nie.


Motorola RAZR V3X (Display Picz Only. Not mine.)

Tapi, tiada yang kekal selamanya selain-Nya. Nma pn hasil ciptaan manusia, hset ini menutupkan fungsinya pada jam 0315, 13 Feb 2010. Sayunya, klo nk dijual, dh xde harga. Direpair, mahal gile sbb hset lama. Plus sayang giler ngn henset ni. Too much memory with it.

Biarlah die tidur sebentar. Ad duet, aku repair balik, or... biarkan saja hset itu di balik kaca emas....

K k k. Off Me Go. Later, Wassalam....

Feb 18, 2010

KISAH GUNUNG: G. YONG BELAR (G7)

Salam. Ad lg kt cnie ek?

Sempena cuti CNY lepas, aku amik kesempatan ini untuk menambah koleksi G7 yg aku telah takluki ms akhir taun lepas. Jd, aku join Kuntau Team Adventure, under Bro Azim, utk melaksanakan misi ini.

Below is a tentative + storinya (ni tentative abg MieG, tp xpe la). :

12/02/2010
2245 - Bertolak menuju Kg. Raja
*yup. Aku menaiki kereta abg MieG, jauh sep dri Petronas Batu Caves ke Spg. Pulai. Teringat kenangan ms aku muntaber ms gi Cameron ngn keluarga aku kt c2. Huhuhuhu.....

Pose_Poyo....

13/02/2010
0415 - Sampai di masjid Kg. Raja
- Siap-siap kemaskan barang-barang, parking keter, tukar uniform.
*aku tkejut gila, bila Bro Azim bg ration. Mak ai, mampat giler beg aku....


Tertipu ngn suka-ria nie....

0518 - Naik powil dan gerak menuju tempat permulaan.
*bestnyer nek powil. Snowcap mmbe tsangkut kt pokok ms nek powil ni. Anggap la knangan snowcap 2 ek....

Ats Powil...

0548 - Sampai di tempat permulaan (Dam).
- Sarapan pagi, solat subuh, baring-baring sekejap.
*sempat ke baring 2 , bro? AKu mmg xsempat pnyer. Tau2, subuh, bsiap2, sarapan n jalan...

0650 - Selepas bacaan doa, ekspidisi bermula.
- Layan trek tangga yang boleh tahan mencanak.
- Habis tangga, layan trek batang paip yang agak menguji kesabaran. Kaki asyik tersangkut di celah-celah batang paip.
*ingtkn paip2 ke ladang sayur 2 smpai puncak. Xyah ssh2 nk bwk air berat2. Kih3....

0755 - Sampai di lintasan sungai yang pertama. Tunggu semua peserta tiba sambil layan nescafe yang disediakan oleh pakcik Kasim (guide)
*aku knal sorg bro bnama Mut. Die pn smokers gak. Sma2 la bakar rokok daun ngn die. Tp xtau plak die kaki sprint. Mmpus aku nk mengejar....


Kt small point. Amik asap ngn Mut...

0900 - Selepas semua peserta berkumpul, perjalanan diteruskan.
- Melalui Kem Kabin seterusnya layan trek resam yang agak tinggi dan semakin menaik.
0929 - Sampai ke puncak tipu yang pertama.
1035 - Tiba di puncak tipu sekali lagi.
1133 - Selamat tiba di Kem tudung.
- Peserta berhenti rehat untuk makan tengahari.
*Kem Tudung Periuk actually. Pinjam brg2 mmasak abg Zaidi, aku mmasak megi utk kali pertama di hutan. Wa... Tharu giler aku.. huhuhu


Kem Tudung Periuk. Mask megi utk lunch....

1240 - Perjalanan diteruskan ke Kem Kasut dengan melayan trek yang semakin menduga kekuatan mental peserta.
1640 - Selamat sampai ke Kem Kasut. (Last water point)
- Perjalanan agak perlahan disebabkan ada peserta yang kepenatan.
- Mengambil bekalan air dan solat jamak takhir.
*Kem Kasut..? Er.. better panggil KEM SAMPAH..!!! Byk gile smpah kt cnie. Hampeh...!!!! Nk mkn kt cnie pn xlalu. Zuhur+Asar kt cnie. Ngn bau yg menusuk kalbu, sabo je la....


KEM SAMPAH....!!!!

1755 - Sambung perjalanan menuju puncak Yong Belar dalam kedinginan.
1930 - Berhenti di tengah trek bagi menghormati waktu maghrib.
2000 - Selamat sampai di puncak Gunung Yong Belar.
- Suasana berkabus disertai dengan angin kuat menambahkan lagi kesejukan.
*Xde rezeki utk melihat sunset dri sini. Sedey giler. Xpe2, die suh aku nek lg 2. Thanks 2 Pian, sbb die sprint awal, die dpt catch walaupn sikit. Suhu kt cni mencecah 13 -12 darjah celsius. Mmg tketar2 la kt ats nie. Sbb gurl mmasak, aku dok melongo je la kt puncak 2. Siap lena kt khemah org lg, lapo+penat+sejuk dll.


Suhu yg agak rendah menyebabkan kami ambil keputusan untuk tido...

2200 - Rata-rata semua peserta telah melelapkan mata setelah makan malam.
*Mau xmoh, aku tdo bsebelahan ngn gurl, sbb khemah gurl xleh dibukak bcoz xde space. Yg xleh blahnyer, gurl2 ni tdo bdengkor..!!!! Ni perasan sbb ad 2 org gurl 2 pendaki baru. Tp agak2 la, aku pn nk lena. Sbb sejuk woah. Selalunyer, habit aku klo camping, 3-4 pg aku akn bgn, mncarik mknn2 segera utk dimakan. Tp oleh kerana kesejukan di sini, aku smbg tdo, plus xmmpu nk angkt tgn utk open gas stove 2.

14/02/2010
0630 - Bangun untuk solat subuh.
- Mengintai-intai kelibat fajar dan mentari tetapi hampa akibat kabus yang tebal.
- Suhu yang berjaya di sukat adalah 12.3 darjah celsius.
*Bgn awal, pkol 6. Subuh via tayammum. Sbb sejuk sgt2. Xde rezeki tgk sunrise, sbb kabus yg sgt2 tebal.Smbil mnunggu bdk2 gurl mmasak, aku amik gambo ngn mmbe2 len. Wat huru hara ngn diorg. Sessi bgambar yg sgt2 lama.Yg best, dri c2, dpt siaran tv siam. korg tau la kn, tv siam, cmner adegan2nyer. Dh la sejuk, mkin 'SEJUK' kt c2. PAs mkn, wat huru-hara lg, kami trun ngn kesejukan yg msih dibawak trun. Huhuhu....


XTVT B4 trun ke Kem Gurkha...

1010 - Bergerak ke Kem Gurkha selepas selesai makan pagi dan mengemas tapak perkhemahan.
- Trek menurun melalui hutan lumut, kadang-kadang peserta terpaksa merangkak melalui bawak akar pokok-pokok.
1230 - Berhenti makan tengahari di tengah trek.
1300 - Menyambung semula perjalanan di dalam kedinginan.
1510 - Selamat sampai ke Kem Gurkha.
- Pasang fly dan dengan rakusnya menuju ke sungai untuk mandi tapi ternyata kerakusan itu berjaya dipadamkan oleh kedinginan air sungai yang mencucuk kalbu.
*Aku dgr info dri sweeper, Azim, Syah n Quzy, Kem Gurkha nie menurun. Hah, yolahhhhh 2 menurun...!!!! Turun 1 jam, nek 3 jam. Mkin sakit lutot aku nie. Smpai je kem 2, mncari ilmu utk mmasang fly n ground. Sbb next camping, aku nk bwk fly jek. Xmoh bwk khemah. Beratttttt sgt2. Pas psg fly, set tmpat tdow, n amik brg2 utk mandi. Tp aku pelik la, apsal gurl mndi lmbat sgt hah? Korg nk sental ape kt hutan 2..? Bucukk ttp bucukkk la.....!!!!! Hahaha...

2030 - Sesi suai-kenal bermula selepas peserta selesai makan malam.
*Mkn nasik bulldozer. Mcm org2 Iran mkn. Plus, aku dpt pengajaran yg baik time nie. Nape? Sleeping Bag aku dropped during jalan nk ke Kem ni. Sweeper amikkn, n 'sekolah'kn aku cukup2. Nk nanges pna d time 2. Tp xpe, advise 2, akn aku ingt smpai bila2. Thanks kt korg sgt2. Huhuhu.......


2355 - Masuk tidur.
*Aku bersyukur kne 'sekolah' td. Nape..? Kt cnie, MEMANG SEJUK..!!!!!!!!!!

15/02/2010
0630 - Bangun untuk solat subuh di dalam kedinginan pagi yang mencengkam ibu jariku.
- Suhu yang berjaya di sukat adalah 12.7 darjah celsius.
*aku dh bgn jam 0530. 2 pn sbb Pak Kassim memekak mcm org 'high'. Kt cnie, bru aku mampu wat habit bgn awal di puncak. Bgn pg2, masak mushroom soup (tlebey air sudey), n milo. Mmbe se-MFI, Farid pn terbgn time nie. Die2 pn wat air panas, sbb kesejukan.


Nk Balik...

0930 - selepas selesai bersarapan pagi dan mengemas tapak perkhemahan, ekspidisi diteruskan.
- Melayan trek yang menaik dicelah-celah pokok renek yang kadang-kadang membuatkan beg peserta tersangkut di ranting-ranting dahan.
1030 - Selamat tiba di puncak Gunung Chalie Pondok.
- Berhenti rehat sambil menunggu peserta-peserta lain tiba.
*Actually, mental kami sumer time nie, MENURUN GUNUNG. Tp plz la buang 2 awal2. Sbb, nk ke puncak ni, msih menaik. Time ni, dh xsepacak semalam & kelmarin. So, ilek2 sja utk ke puncak nie.

1105 - Menyambung semula perjalanan setelah Pak Kasim sudah tidak tahan menunggu.
1205 - Selamat tiba di puncak Gunung 3 Negeri.
- Cuaca yang panas terik memaksa peserta mencari perlindungan dibawah pokok-pokok renek di tepi trek.
*Lutut kiri aku totally meragam time nie. Kt 3 Boundaries, aku nanges2 sbb sakit. Kira aku bsyukur sgt2 sbb aku sengaja letak bandage kt bawah beg aku. Kire luck sgt2 time nie. Amik bandage 2, aku balut ketat2 lutut aku 2 ketat. Next time, aku bwk knee pad la. Siot jek, meragam plak die. Sabo je la. Makan tghari smpil menahan kesakitan yg amat sgt....

1320 - setelah selesai makan tengahari dan sesi bergambar, perjalanan diteruskan.
1435 - Selamat tiba di puncak 6040.
*kes nk balik cepat, sbb xtahan ngn lutut aku. Aku speed smpai ke 6040 ni. Menunggu pian, farid n ahmad, aku lena jap kt c2. Best giler kt c2. 15-20minit kt cnie. PAs ok sumer, kami pulang....

1500 - Menyambung semula perjalanan.
- Perjalanan yang agak pantas disebabkan terpaksa mengejar pak Kasim kerana takut tertinggal dibelakang.
1530 - Selamat tiba di persimpangan yang terletak di lurah bukit.
- Menunggu pak Kasim menyediakan halangan bagi mengelak peserta di belakang tersalah jalan.
1550 - Menyambung semula perjalanan dengan mengambil lorong sebelah kanan.
- Perjalanan melalui lurah antara 2 bukit dan melalui sungai kecil.
- Keadaan agak menyeramkan disebabkan oleh peringatan pak Kasim yang menyatakan kawasan tersebut menjadi tumpuan binatang liar.
*Aku n Farid mental kt cnie. Bla tgk map n altimeter milik pian, ketinggian kami dh dekat utk mengejar endpoint kami. Cepat2 angkat beg, trs trn. Mula2 nk elak kasut basah sbb dh kering sejak dri 3 Boundaries. Tp sbb sumer trek 2 basah, redha je la. Ape2 pown, aku beli kasut 2 utk hiking, bukan utk jalan2. Hahahaha....


Farid Yg Mental, kasut ku...

1630 - Selamat sampai di tepi jalan.
- Sementara menunggu peserta lain sampai, kami sempat bermandi-manda dan menghabiskan bekalan makanan yang ada.
- Suhu di dalam air yang berjaya di sukat adalah 17.5 darjah celsius.
*Sujud Syukur, itulah perkara pertama aku wat bila aku smpai. Melantak megi utk kurangkn beban di beg, air milo yg sgt2 sedap time 2, n mandi sepuas2nya. Tp TTp xleh mndi lma2, sbb air sejuk.... Kt ledang pn xcmnie. Menunggu last group smpai, aku kemas barang n nk lena jap.

Nk tnggu powil...

2025 - Kenderaan 4wd tiba dan bertolak ke Kg. Raja.
2050 - Selamat sampai di masjid Kg. Raja.
- Bersiap-siap dan menuju ke restoran tomyam yang terletak disebelah petronas.
*Nek powil ke Kg.Raja, n bsiap2 nk balik. Sebelom 2, singgah restoran tomyam. AKu oder satay n nasik goreng halia. Sedap dgt2, nk nanges pn ad, sbb mknn kt gunung len sgt2. Hahahha...


Nk balik....

16/02/2010
0015 - Selesai makan malam dan semua peserta bertolak menuju destinasi masing-masing.
*oleh kerana dh lewat, Puduraya Bus-Stand telah tutup. So, aku balik umah mak angkt aku, kt PPR Sri Semarak. Dh lma xjmpa die. Hehehe... best sgt2. Tp smpai sna, tdow trs la.. huhuhu...

0345 - Tiba di rumah setelah selesai menghantar semua penumpang kereta aku.
*Thanks 2 MieG sbb bsusah-payah hantar kami. Jasamu dikenang....

Ok2. Smpai cnie la dlu kay? Off Me Go. Later, Dear All. Wassalam....

Feb 10, 2010

Promosi I Luv Islam, UKM

Salam. We're here, once again.

Sebagai salah seorang yang senantiasa mengikuti hal ehwal & aktiviti website www.iluvislam.com, aku terpanggil untuk menyertai aktiviti promosi ini. Plus, dekat sgt2 ngn U aku (UKM), jd, dtg la jap. Bkn jauh pown.


Majlis Perasmian...

As always, klo anjuran team ni, kompem2 yg dtg ialah 'Geng2 Gadis Bertudung Labuh'. Aku xmoh la citer yg aku ngurat awek2 nie. Mmg xde list pn target2 aku ari nie, aku hnya berkenan utk menghadiri promosi ini, sbb byk forum2 anjuran team ni yg aku miss. Siyes. Mostly, forum2 nyer bkisarkan masalah2 remaja dlm CHENTA, SADIS, TEKANAN PERASAAN etc. Ha, kne sgt la ngn aku kn? Sebagai memberi sokongan kepada team ini, aku pn join.

Kt cnie, aku dpt jmpa ngn Prsiden ILuvIslam (xingt nma), pelopor2 team ni, n moderator2 dlm forum tersebut. Tgk dr rupa diorg, aku dpt detect yg diorg ni quite good in Islam. Aku agak malu di c2, kerana perbezaan kami ibarat langit & bumi. HAhaha..

Abis cakap2+perasmian, ad sessi sain tnda sokongan kepada team ni. Dh lma aku xmelukis kn? Dengan bangganya, aku melukis gmbo awek btudung, x cikit perkataan arabic kt c2, uth trs mmberi sokongn kt team nie. Thanks byk2.

Nak_SaIN...

Ana_Uhibbuki: Tau_x_mksudnyer?

Also, thanks 2 Fezah (Bayu Sara in FB) & her gang sbb sudi join aku. Bru nk payong ko t-shirt, ko juai mahai plak. Hahaha...


MoDeL2_ILuVISLaM...

K k k. Off Me Go. Later, Wslam...

Putrajaya_Night_Marathon (6 Feb 2010)


Salam. Hola. Bertemu lg kite di sini.

Dh lma aku xtulis blog. Ari ni, aku nk tulis psl aku mnjadi volunteer utk marathon seperti tajuk diatas.

Pukul 4 pm, after Badminton Tournament, UniKL MFI, aku berkumpul ngn bdk2 UniKL MFI, seramai 40 orang & untuk menjadi volunteer kt Putrajaya 2. Tp, biasak la, janji MELAYU, klo pkol 4, pkol 5 bru gerak. Aku agk tensen disitu, kerana aku xde geng2 yg aku agk kenal, plus, gurl2 coz aku sgt2 la sombongnya. So, aku dok seat sorg2, n amik pemandangan luar jalan, selama bergerak ke Putrajaya 2.

Kitorg gather kt Palace of Justice, yg bg aku, xde la justice sgt, dlm pkol 5.30-5.45pm. Alamak, rmainyer peserta2 n volunteer2 mcm kitorg. Mostly, org2 luar like Nigerian person, because 2 la event diorg. Aku xbape jaki sgt2 ngn diorg, tp aku jaki giler ngn mmbe2 yg bertugas sebagai sweeper participant. Tgk otot2 diorg pn mnunjukkn mereka tough dlm tugas diorg. Teringt aku ms nek Korbu ari2, sweeper2 kami sgt2 msk kepala, n sgt2 fit utk tugas diorg. Bila agaknyer aku leh jdi sweeper ek? Hehehe…


Pose_AyU_JaP...


Aku decided untuk amik bhg kt bhg yg pling penting, 1st WaterPoint. Ad 4 kategori marathon yg dipertandingkn, n sumer 2 akan melalui check-point ini. Bdk2 aku adela 6 orang yg ditugaskan kt cni, beserta 6-8 orang awek2 UPM. Mule2, ingt diorg ni sombong giler, rupe2nyer sumer 2 msk kepala. Ad yg lagi dasat dri aku. Hahaha…

AweK2_UPM_Yg_GiLER...


Kami dicontrol oleh bro Penang, Melvin nmanya. Mla2, die speak English, tp bla dengar pelaq2 die 2, mmbe aku soh die pelaq jek. Kitorg gelak kuat2, Kn sng cm2?

Tugasan kami bermula. Kami meletakkn cup2 utk participant2 marathon 2, sbb game start at 8 p.m. Aku wat2 bodo la keje 2, ingt ok jek kn marathon 2. Tapi…. Silap besar jangkaan aku.

1st_WaTer_PoInT....


Tepat pkol 8, segerombolan peserta, totally 8000 person came through us n grab their refreshement. Mak ai….!!! Maen kasaq nie..!! Habih lenjun baju2+suar aku basah dek limpahan2 air yg kitor tuangkn 2. Yo la. Diorg nk sprint ms marathon 2. Jadi, diorg grab+pass cup2 2 n sometimes, bterabur cawan2 td. Tp seb baik la, aku amik meja 2nd ujung, jd, kesan limpahan 2 xla hebat sgt berbanding awek2 UPM n kawan2 aku yg dok meja 1st 2. Hahahaha…


meReKa2_Yg_KeBasaHaN...


Sessi kitorg tamat pkol 9.30 p.m. Tp, ad masalah len plak. Ape die? Housekeeping. Dh bselerak korg taburkn cawan2 2, korg suh aku kemas plak ek? Siot… tp Xpe, nma pn sukarelawan, so wat je la. Plus, bborak2 ngn awek2 UPM 2, ade la ckit2 menghilangkan kebosanan kt c2.

Kitorg dihantar balik ke 1st gathering place via their bus. Aku dok sebelah awek UPM, nmanya Anie. Borak2 la ngn die, xsangka plak die kaki gunung cm aku. Plus, org Perak lg..!!! Pas nie, leh la ajk die nek gng sma2. Don’t worry, I xkn ngurat die. Ehehehe….


Apa_TgK2..!!?


Slpas smpai, aku n bdk2 ni line-up utk amik mknn. Ha, aku wat keje jaat kt cnie. Aku amik medal2 yg rejected utk participant2 yg berjaya menamatkan pelarian diorang. Ade la calaq2 ckit medal 2. Tp who cares..? Janji aku dapat. Mmbe2 aku+awek2 UPM 2 bising2 dh, sbb aku xamikkn utk diorg. Yo la, tgn aku 1 jek. Klo leh, 1 kotak 2 aku nk sebat..!!!!

Actually, aku nk sgt2 merembat baju2 peserta2 yg join event marathon 42Km. sbb baju die lawa, tp xberdaya. Sbb baju 2 DIJAGA oleh mamat2 yg xkawtim lgsg..!! Huh..!! Tau la ko pn nk sebat mnatg 2..!! Hahaha…

B4 balik MFI, kami bertukar2 email2 FB n YM. Aku xamik no diorg pown, kang byk sgt yg aku amik. Namo la, aku nk start blajar loyalties ngn sorg HAMBA ALLAH TAALA nie. Amin….

B4 nek bas, aku sebat Power Bar yg hrganya mencecah Rm100++ sekotak. Sayangnya, sbb kantoi ngn bdk2 aku, aku tpaksa kongsi ngn diorg. Klo x, mmg btenaga aku ms nek Gng. Yong Belar, CNY nie. Huhuhu….

Below is a barang2 yg aku smpat tibai kt sna 2.


MeDaL_&_Power_Bar....


K k k. Aku nk ke UIA sakgi. Nnt, aku smbg citer kay?

Off Me Go. Later, Dear All. Wassalam…