Aug 27, 2010

Kisah Si Pokok Epal

Salam, di sini lagi kita.

Cerita ini aku dapat daripada seorang makcik, dan apabila aku membacanya, aku berasa sebak di dalam hati. Jadi, aku ingin berkongsi cerita ini dengan kalian semua.....

Jadi, silakanlah mambaca....

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.

Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang.

Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT.

SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA.

BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA.

KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP.

KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN.

NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.

ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA.

HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.

SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.

Aug 20, 2010

Makan Sahur....

Salam, Hola Semua....!!!

Ari ni, aku nk promote apa yang aku masak untuk sahur.

Ini dia...!! Ta Daaa.......!!!!


Sahur_Ku...


Nasik masak sendiri, seperti yang diceritakan pada artikel yang lepas. Begitu juga lauk. Cuma lauk, aku masak daging kambing yang siap bungkus, cuma panaskan kembali, dan disadur dengan telur. Makan bersama kicap manis cap Kipas Udang, dan air sunquick Bluberry.

Ah..!! Nikmatnya sahur hari ini. Moga-moga aku mampu untuk terus mengharungi hidup-hidup berpuasa di Bangi ini.

K k k. Off Me Go.

Later, Dear All....

Wassalam...

p/s: NAK BALIK........!!!!!!!!!

Aug 13, 2010

SavinG.....

Salam, Hola. di sini lagi kita kan?

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Hari ini, merupakan hari ke-3 kita berpuasa.

Meh, aku ada sedikit story nak habaq kat korang ni.

Jujur, aku masih dalam keadaan SAKIT. Kenapa? Kerana Permohonan Pemulihan MARA aku masih dalam perbincangan. Adoi la, kerana ini, loan MARA setiap bulan (appx: RM700) aku masih sangkut.

Tak dapat la aku nak enjoy di Bulan Ramadhan ini. Tak dapat la nak beraya dengan memakai baju raya baru. Jadi, mau tak mahu, aku menggunakan sahaja baju raya lama.

Ok, ok. Ni bukan stori utama aku. Dek kekeringan duit, aku terpaksa sedikit mengingat perut, lagi-lagi apabila untuk berbuka dan sahur.

Ha, meh aku stori pasai sahur aku macammana.

untuk sahur, aku memasak nasi sendiri, menggunakan beras-beras yang masih ada, saki-baki peninggalan ketika aku camping pada artikel-artikel yang lepas.


Messtin+Stove+Gas = Memasak nasik.....!!!!

Begini. Aku memasak nasi menggunakan perkakasan dapur aku sendiri, yang dibeli khas untuk camping. Jangan men-men, aku pandai memasak nasik. Nampaknya, aplikasi aku dari camping kepada kehidupan sangat-sangat berbaloi. Tak payah susah-susah nak beli nasik, kerana aku buat nasik, & aku hanya beli lauk, dengan memasak nasik ni.



Daku Memasak NASI...!!!! (sikit rejected [hangus]).

Well, sampai sini la dulu. Harap-harap gas stove ni lambat lagi habisnya, huuhuhu...

MARA, MARA. bila la korang nak pulihkan kembali kedudukan kewangan aku...??

K k k. Off Me Go.

Later, Dear All. Wassalam..

Aug 9, 2010

TRANS INAS

Salam, hola there.

Actually, aku masih ragu-ragu adakah aku mahu menceritakan kembali kisah susah-senang ketika mendaki gunung ini. Tapi, aku kuatkan hati, tekadkan semangat untuk menceritakan semua, kerana keindahan sunrise & sunset di puncak sangat-sangat mengasyikkan...!!!!

1 Julai 2010

0930: Memulakan perjalanan dari UniKL MIAT, untuk menyertai XPDC Trans Inas.

Trans rasmi pertama seumur hidup aku (Trans TT x dikira rasmi lg kerana aku xwat V1, V2 or
apa2 yang seangkatan dengannya). Seramai 11 orang peserta yang menyertai,(Aku, Shah, Mie,
Aleng, Hafiz, Mazni, Azim, Bani, Hafiz 2, Bro Nazryst & Bro Mali). Mostly peserta
peserta dari UniKL MIAT, termasuk seorang guide, Mali. Berdebar2, sbb dah lma tak naek
gunung, selepas lama kena perintah berkurung kt umah. Time ini, excited sangat-sangat.


Dalam Bas. Lenanya aku tidur....

Tidak makan tengahari di R & R Tapah. Kerana kawan-kawan lain tidak nampak aku tidur lena di dalam bas UniKL tu. Memangla, aku tidur dengan berselindung dengan sweater nipis aku.
Kompem-kompem aku hilang dari pandangan diorang. Apabila bas meneruskan perjalanan,
tidur, tidur & tidur…!!! Hahahaha….

1600: Tiba di pekan Selama. Turunkan beg, & bergerak ke Sg. Selama dengan menaiki lori.


Nak_Naik_Lori....

Dalam Lori...

Barulah aku berjaya makan tengahari tadi. Makan bersama-sama peserta-peserta yang lain,
menunggu lori untuk bergerak ke Sg. Selama. Huih…

1730: Smpai ke Sg. Selama. Bermalam di sini.

Memasang 2 fly untuk di buat tempat tidur. Masak malam (diorang yang masak..!!). Maaf
banyak-banyak, kerana aku tak pandai memasak, mee segera boleh la. Hehhehe… Sambil
sambil sessi melakukan perkenalan, berbual-bual kosong dan… tidur..!!!


Discussing...

Dinner malam pertama....


2 Julai 2010;

0430: Bangun awal.


Kebasahan...

Sbb kt cni leh hujan la plak. Demi mengelakkan sleeping mat basah, simpan sleeping bag awal2,
& try tdo cara duduk. Adoh… confirm-confirm la tak boleh tidur macam ni. Waktu subuh
menjelma, Solat Subuh, membuat sarapan, berakfast & so on.

0900: Memulakan perjalanan.

Melalui kebun orang & bnerhadapan dengan anjing-anjing jagaan owner kebun tersebut. Cikaro
Punya anjing..!!!! Melalui Titi Merbau (Titi Predator), & banyak lagi halangan2 baru. Dh lma
rupanya aku xnek gng. Hahahaha….


Titi Predator, Hehehehe....

Meredah sungai....

1230: Sampai di satu sungai besar.

Lunch di sini. Bermandi-manda sekejap. Lunch simple-simple jek kat sini.


Pose Ayu la...

1540: Sampai di Kem Samar Gagak.


Pacat yang mengGATALKAN...!!!!

Bukan camp-site yang dituju untuk menginap malam ini. Arahan guide Mali, ikut aje la. Tapi,
untuk ke sini, barulah aku nampak bahawa ketinggian Inas ini tidakla mencecah 6000 kaki. Tapi,
gunung ini memang WORST…!!! Kenapa..? Track yang hilang dari mata kasar, selut+lumpur
yang mengancam, dan PACAT yang TAK-BAGI-DISKAUN pnya….!!!!! (Ikut cakap Syah, salah
seorang peserta). Lutut kiri aku dah mula rasa sakit kat sini, terpaksa menyertai Bro Nazryst di
belakang, as a sweeper. Huhuhu…..

1730: Tiba di Kem Baru. -Kem Gajah Terbang-(nama rekaan. Nama rasmi xtau lagi).


Kem Baru....

Betul2 di tepi sungai. Apa lagi..?? MANDI..!!! Air kat sini sudah mula sejuk, menandakan
campsite ini sudah pun agak tinggi , dari 1st checkpoint kami, semalam. Memasang fly & ground
untuk menginap untuk malam ini. Solat secara duduk di bawah fly, Bersembang-sembang
kosong, dan, dek kerana kehabisan tenaga yang awal, tidur pn awal lah…!!
Campsite malam ke-2

Tapi yang paling mengganggu aku, ialah: ADA SESIAPA BOLEH MENGAJAR AKU MEMASAK
TAK…!!!!!? AKU TAK PANDAI MEMASAK…!!! Huk3….

3 Julai 2010

0835: Bangun…!!!

Mandi-mandi ayam di sungai ini, kerana kesejukan air tersebut. Sejuk weh…!!! Menggigil jugak
la… hahahaha. Sambil-sambil mereka-mereka yang lain memasak untuk sarapan, BALUT
dulu..!!!!

0930: Memulakan perjalanan Dari Kem Baru.

Perjalan sudah semakin mencanak, walaupuun still BOLEH-BELAH lagi..!!!! Teruskan..!! Teruskan..!! Teruskan..!!!

1242: Tiba di simpang air terjun.

HaHaHa..!! Kaki aku sudah mula cramped di sini..!! PADAN MUKA…!!! Bersantai sekejap, sambil
pangkal lutut kiri aku diurut aku & Mie. Agak-agak dah okay, teruskan perjalanan.

1400: Tiba di 1 sungai cetek.



Kami mengebom ikan (I sexy YOU... Hak3)

Mali mengebom ikan menggunakan mercun bola untuk dibuat lauk makan tengahari. Kami
yang lain sedikit-sebanyak menjemur pakaian & aksessori lain, walaupun matahari tidak lah
secerah seperti semalam. Kehadiran lebah yang banyak di sini agak annoying, lah..!!!


Mengail_ikan

1500: Memulakan kembali perjalanan yang semakin mencanak & mengganggu gusarkan jiwa.

Ketika ini, trek sudah mula menjunam-junam dengan kehadiran tapak kaki binatang liar seperti
gajah, b*** hutan. Kesan tapak kaki gajah cukup besar, meninggalkan tapaknya, najisnya yang
BESAR PUNYA. Ketika ini, aku masih tidak tau, ada bencana besar tersenyum-senyum,
melambai-lambai menanti aku sewaktu perjalanan mendaki ini…

XXXX: I’m HIT..!!!! “LEBAH…!!! LEBAH….!!!”

CASE ONE

Cerita utama untuk XPDC kali ini. Aku tak perasan pada pukul berapa, tetapi yang jelas, aku
DISERANG…!!!!! Oleh penyengat-penyengat yang bersarang di tanah atau pokok yang berada di track itu. Tiada siapa pun perasan, kerana trek asal kami, telah dirosakkan oleh Encik Fumakilla (Gajah), jadi, untuk mengelakkan kaki kami juga terbenam sama di tapak kaki gajah itu, kami bergayut kepada pokok-pokok di tepi trek itu. Tapi, memang aku tak bernasib baik kali ini. Ok, aku diserang EMPAT DAS oleh penyengat-penyengat itu, satu di tangan kiri, dua di tangan kanan, dan satu di kepala. Dan yang sengalnya, aku tidak berlari, apabila dihurung oleh
penyengat tersebut. Aku gelabah gila ketika itu, and apabila aku Nampak Bro Nazryst berlari ke
belakang mengelakkan serangan penyengat, aku pun berlari ke belakang juga. [SMALL HINT: IF ATTACKED BY FLYING INSECTS, RUN FORWARD FOR YOUR DEAR LIFE]. Jujur, mana lah aku tau nak lari mana, plus, aku mana pernah kena penyengat beramai-ramai ini…!!! Setelah berlari agak jauh dari sarang asal penyengat itu (10-20m), bisa penyengat itu sudah mula ‘memakan’ diri aku. Badan aku sangat gatal, tak tahu nak garu dari mana. Mata aku semakin kabur, kepala aku semakin pening. Terkitek-kitek, aku menyapu kesan sengatan itu dengan tanah, aku juga mengeluarkan last panadol yang ada di dalam beg aku (kenapa aku tak bawak painkiller yang selalu MESTI ADA dalam beg aku..??), and eat. [SMALL HINT: PREPARE YOUR OWN SAFETY KIT]. Tidak lupa aku sentiasa berselawat keatas Nabi SAW kerana kesakitan ini. Bro Nazryst membacakan sedikit doa (tak sure doa apa, sebab aku SANGAT SAKIT ketika itu), dan dia menyuruh aku bertahan sedikit lagi, kerana dia mahu memanggil Bro Mali di hadapan dan beberapa orang peserta lain, untuk Rescue aku. And yet, dia juga terkena serangan penyengat, kerana melalui trek tadi, dan tiada trek lain yang boleh dilalui lagi.

Maka, tinggallah aku seorang diri di sini. Dah tiada masa untuk merakam semua kejadian
menggunakan Sony Walkman 2GB aku, seperti kebiasaan aku di mana-mana XPDC gunung,
kerana aku sangat sakit ketika ini. Mata aku semakin kabur, badan aku semakin lemah, even
aku nk berdiri pun tidak mampu. Aku dah tak peduli kotor-kotor di trek sekarang, aku ‘tangkap
biawak’ (tersungkur/menyusur) sekejap, dan baring berbantalkan beg aku yang sudah terbaring
di tengah-tengah trek itu. Aku melihat langit. Mendung, seolah-olah turut kasihan melihatkan
keadaan aku ketika itu (Wallahua’lam, Hanya Dia sahaja yang tahu segalanya). Aku teringat
‘mereka-mereka’ yang pernah buat salah kepada aku, dan aku pernah buat salah kepada
mereka, ketika berbaring itu. Secara spontan, aku berkata:

“ Ya Allah Ya Tuhanku, kepada-Mu aku berserah, kepada-Mu juga aku meminta pertolongan.
Ambillah nyawaku jika itulah kehendak-Mu, kerana aku hanyalah hamba-Mu di muka bumi-Mu
ini. “

“ Ya Allah, dengan ini, aku memaafkan kesalahan mereka-mereka yang pernah melakukan
kesalahan terhadap aku, secara sedar ataupun tidak. Maka, dengan ini, Engkau bukakanlah hati
mereka, agar mereka memaafkan segala kesalahan yang pernah aku lakukan terhadap mereka.
Kepada-Mu jugalah aku memohon, Kepada-Mu jugalah aku meminta pertolongan.”

Awan mendung ketika itu merenjiskan rintik-rintik gerimis. Kabus, maybe. Dengan turunnya
rintik-rintik gerimis itu, pandangan aku semakin hitam….. hitam….. hitam….. dan aku terus
memejamkan mata.

“RESCUE…!!!! RESCUE…..!!!!”

Jeritan Bro Nazryst menyedarkan aku dari ‘lena’ aku. Entah berapa lama aku ‘lena’ ketika itu,
tahu-tahu, Bro Nazryst sudah tiba dengan membawa beberapa orang, termasuk Mali.
Bersyukur sangat-sangat kerana mereka sudah datang. Ketika mereka mengangkat aku, aku
sudah mampu berjalan, tetapi, PERUT AKU MELAWAS….!!!! Aku meminta tolong Bani untuk
mengambilkan aku Wet Tissues & Tissues di dalam beg aku (sengaja aku letak bahagian atas,
untuk senang diambil). Setelah diambil oleh Bani, aku mengambil jarak 5-10 meter dari lokasi
asal, untuk ‘melepaskan hajat’. Baca doa masuk tandas, aku pun ‘menenangkan diri’. (KORANG
NAK GELAK, GELAK LA..!! AKU MAAFKAN KORANG…!!!) Tapi kan, yang memusykilkan aku,
kenapa najais aku (kata jamak bagi NAJIS) BERDARAH…!!? Aku lelaki normal la, mana pernah
ada kes aku ‘Datang Bulan’ secara physically nya ni…!!!! Aku agak kaget di situ. Dan setelah
‘melepaskan hajat’, aku berkemas-kemas untuk bergerak bersama mereka. Malangnay, kes ini
tak habis di sini. Baru 2-3 melangkah, aku merasakan badan aku melayang-layang ke belakang
dan terjatuh ke atas trek (BUKAN ATAS NAJAIS TADI, KAY….!!!!?). Mata aku semakin gelap,
dan… aku memejamkan mata lagi.

“Wei, Zubair hilang..!!! Zubair hilang…!!!!” Jerit Bro Mali, memaklumkan kepada skuad Rescue
tadi.

“Zubair pengsan…!!!” Suara lain mengiyakan kata-kata Mali tadi (tak sure siapa. Tak silap, Bani,
Shah, Mie or Bro Nazryst)

Aku merasakan yang aku diangkat oleh skuad-skuad ini, dan aku kembali pengsan lagi…..

---------------------------------------------------------------------------->>>



Aku terjaga di suatu tempat. Tempat itu sangat-sangat cantik, bagaikan di sebuah taman. Jujur,
Aku sangat kaget ketika itu, kerana tidak silap aku ketika ini, aku masih di atas trek, untuk
mendaki Gunug Inas. Aku duduk, menenangkan diri, dan tertanya-tanya dimanakan aku
sebenarnya. Sedang aku duduk itu, aku ternampak bayang seseorang muncul di hadapan aku.
Bila aku perhatikan betul-betul, ia membentuk seseorang yang sangat-sangat dikenali oleh aku.
“Mak..!!? Apak…!!?”. Aku bertanya. Ya, bayang itu adalah ibunda & ayahanda. Selepas mereka,
adik beradik aku, Akak, Pet, Shukri. Belum sempat aku bertanya apa-apa, kelibat keluarga besar aku pula menyusuli satu demi satu. Semua sepupu-sepupu aku, yang gonjol-gonjol belaka,
datang menyaksikan aku di situ. Semakin bertambah kemusykilan di benak fikiran aku. Kenapa
mereka di sini? Apakah yang mereka lakukan disini…?

---------------------------------------------------------------------------->>>

*“Hei, kaki dia mengeletar la…!!!!!”
*“Bibir dia semakin pucat, dah macam lebam dah…!!!”
*“Rehatkan dia dulu, baringkan dia dulu.”

*Dialog rekaan, tapi rmaksudnya seperti di atas, dan ia berlaku ketika aku sedang ‘lena’.


---------------------------------------------------------------------------->>>

“Awak, apa awak buat di sini..?” Aku bangun, untuk mendapatkan ‘Awak’ tetapi langsung tak
boleh bangun. Ya, ‘Awak’, keluarga ‘Awak’, kawan-kawan rapat ‘Awak’ pun juga hadir ketika
sessi ‘pelik’ itu. Selain itu, kenalan-kenalan aku, samada daripada sekolah rendah sampailah
ketika di IPT & otai-otai gunung, juga turut hadir ketika itu. Tetapi, semuanya ada satu
persamaan. Iaitu: MEREKA SEMUA MEMAKAI PAKAIAN SERBA PUTIH, & SEMUANYA BERMURAM DURJA. Aku semakin gusar, kerana dengan response yang bagi aku, sangat tidak baik ketika itu. Tidak semena-mena, mereka semua berpaling daripada aku dan pergi meninggalkan aku. Aku semakin cemas..!! Aku menjerit nama sesiapa sahaja yang aku nampak di situ, seorang demi seorang, tetapi semuanya membisu. Semakin lama, semakin jauh merka meninggalkan aku. Aku menjerit, menangis semahu-mahunya, tetapi mereka langsung tidak mempedulikan aku. Tiba-tiba, muncul cahaya putih, dari tempat dimana mereka-mereka ini menuju. Cahaya itu menghilangkan mereka, dan cukup silau sehingga aku terpaksa menghalang cahaya itu menggunakan tangan aku. Dan tiba-tiba, cahaya itu menuju kepada aku, dan……
AKU……….MEMEJAMKAN……….MATA……….LAGI.

------------------------------------------------------------------------------>>>

“Kadang-kadang, antibody orang yang kena penyengat ni kurang kerana kalam makan sesuatu,
dia memilih lauk, atau memilih sangat makanan tu”. Kata Bro Mali.

“Tak jugak. Ada juga yang antibody orang tu memang lemah, sebab tu senang tumbang kalau
kena sengatan penyengat”. Tambah Bro Nazryst pula.

Aku mendengar dialog mereka berbual-bual, seraya itu, aku sudah mula sedar dari lena aku.
Aku berbaring di paha Bro Mali. (Kalau baring kat paha ‘Awak’, 2 hari lena pun tak apa..!!!
Hek3… :-P) Kasihan juga kepada dia, kerana aku baring agak lama di situ, anggaran 1 jam. Naik
kebas kaki dia. Aku masih tidak mampu membuka mata, apatah lagi bersuara. Tetapi, aku masih mahu mengatakan kepada mereka, yang aku OK. jadi, aku memikirkan sesuatu, dan
menggerakkan tangan aku.

“Korang. Zubair tulis something tu…”. Mie mengatakan kepada rakan-rakan Rescue yang laen.
Semua memerhatikan tangan aku. Aku menulis abjad ABC satu demi satu di tanah, untuk
memberi informasi kepada mereka.


A.K.U. O.K.
“Alhamdulillah, kau selamat pun.” Kata kawan-kawan Rescue yang lain.”
“Kau boleh bercakap tak?” Bro Nazryst bertanya kepada aku.
Aku mengangkat tangan menunjukkan mata & mulut aku tidak boleh buka.
“Dia sudah sedar, cuma lemah lagi. Rehat sekejap lagi….” Bro Mali berkata kepada aku.
Aku menulis lagi.

N.A.K. B.E.R……
“Nak ber*k..?” Mie menyambung.
Aku mengangguk lemah, dan aku percaya 300% yang mereka TAK ADA KEJE NAK CUCI BER*K AKU…!!! WAHAHAHAHAHA..!!! KELAKAR DOWH….!!!! AKU PN GELAK DAH NI, DALAM HATI…!! Tapi, dengan selambanya, Mie berkata:
“ko ber*k lah dalam seluar ko.”
(Err… aku takkan bercerita what’s next, use your imagination PLEASE…!!!)

Actually, banyak lagi yang aku tulis, tetapi dek kerana aku masih mamai lagi time tu, jadi, aku
tak ingat. BTW, aku skip eh. Aku menulis lagi:

M.I.M.P.I. M.A….
“Mimpima? Apa tu..?” Shah bertanya.
“Sabar la. Dia tak abis tulis tuh...” Mie menyabarkan Shah.
Aku menulis lagi.

M.I.M.P.I. M.A.T.I.
Semua mendiamkan diri. Mie sudah menepuk dahi sendiri.
“Dah. Dah. Jangan la pikir bukan-bukan”. Shah menyambung.

Dalam beberapa minit kemudian,aku membuka mata. Alhamdulillah, aku masih diberi peluang
untuk terus hidup & bernafas di muka bumi ini. Dan Alhamdulillah, aku masih lagi berada di trek
Gunung Inas ini. Huhuhu…. Aku duduk, mengambil sedikit ‘asap’ dari Bro Mali, dan kembali
memulakan perjalanan. Aku masih tidak larat untuk berjalan, jadi aku dipapah bergilir-gilir oleh
Shah, Mie & Bro Nazryst. Dan berterima kasih sangat-sangat kepada rakan-rakan yang lain,
kerana membuat trek lain yang tidak lagi melalui sarang-sarang penyengat tadi. “Highway 3 line
nie…!!!” kata Shah. Aku hanya tersenyum, lemah.

CASE ONE CLOSED

1810: Tiba di Puncak Botak (sbb kawasan lapang. Nama sebenar xsempat tanya).


Puncak Botak. Dimana aku ketika nie?

Aku sudah tiba bersama-sama mereka yang lain. Azim, Mazni & Aleng tidak menyertai Rescue
tadi kerana mereka menyediakan air panas di sini. AKu hanya ada masa sedikit untuk
memanaskan badan aku, jadi rakan-rakan lain, Hafiz, Bani menolong aku membuka gloves &
stoking aku, untuk mengelakkan kesejukan. Di sini, I’ve lost my spectacles, due of my condition
before. Jadi, aku berjalan keliling kawasan untuk membiasakan diri dengan cuaca & penglihatan
di sini, dan anggaran jam 1830, kami bergerak. Terima kasih kepada kalian, kerana
membawakan beg aku…..

1900: Tiba di Lopak Kijang @ LWP. Still injured….


Campsite malam ke-3

Alhamdulillah, selamat sampai di rendezvous site. Kat sini, aku mandi sebersih-bersihnya,
membuang segala kotoran-kotoran tadi, baik di pakaian maupun di badan menggunakan
Shower Lotion Adidas aku yang dibawa. Selepas mandi, pakaian tadi diperah habis-habisan,
untuk menghilangkan segala bau-bau yang kurang enak, untuk keselesaan hari akan datang.
Kumasukkan ke dalam plastic bag, untuk bagi baju itu agak kering. Aku bersalin baju, dan
menurut arahan Bro. Nazryst, tidur dengan kepala direndahkan daripada ketinggian kaki.
Memang di bagi berehat betul-betul nie. Hehehehe…. Selepas terjaga, setelah dikejut untuk
makan malam, aku terbangun. Makan malam bersama-sama, dan kembali berborak-borak
mengenai peristiwa tadi. Mie berseloroh; “Kenapa kau tak Tanya ‘orang-orang’ kat dalam
mimpi ko tu, Tanya diorang result World Cup sekarang macammana..?” Siot jek korang. Setelah
lama berborak, berkongsi pengalaman dari bermacam-macam sudut, akhirnya kami lena.
Pertama sekali dalam sejarah hidup aku, aku solat dengan cara BERBARING…!!!! Bestnya
pengalaman ini..!!!! Sangat best, kerana di sini sahajalah akan aku dapat pengalaman
teruk+indah seperti ini.

Tapi tak tahu kenapa, aku susah sangat nak tidur mala mini. Mungkin kerana mimpi tadi, atau
suasana di bawah fly ni? Siapa tahu…

4 Julai 2010

0915: Memulakan perjalanan daripada LWP.


Kepenatan....

Mata aku masih blind, kerana kehilangan cermin mata aku. Menyesal pulak aku tak beli contact
lens masa sebelum datang sini. Aku berjalan perlahan, walaupun keadaan aku masih lemah
(sedikit), dan jalan dengan penuh berhati-hati. Mata aku semakin tajam kalau ada kelibat
serangga terbang. Huhuhu….

1355: Tiba di Kaki @ Puncak Titiwangsa. Makan tengahari di sini.


Lunch....


Monyet_Susah_Nak_Dok_DiaM...

Yup. Makan tengahari di sini. Mie & Shah menjadi monyet-monyet dengan mengambil gambar
di atas pokok-pokok bonsai yang cantik-cantik di sini. Memerhatikan bagaimana Bro Mali
mengaplikasikan radio di tangannya, dan kami bersedia untuk bergerak ke puncak.

1645: Tiba di Tigers’s Rock (Batu Harimau).


Sikit_saja_LagI....

Dah tak peduli selut+lumpur di sini. Redah jek. Ada 1x tu, aku pijak selut tu, dan kaki aku
terbenam melepasi lutut. Mampus, nak naik balik tu yang susah tu. Terpaksa menggapai pokok
pokok renek di tepi-tepi trek tu. Beberapa kali tertipu dengan puncak tipu yang banyak di sini,
aku tahu, kami semakin hampir…!!!

1824: Tiba di Puncak Inas. Alhamdulillah….


Sunset di PuncaK

Alhamdulillah..!! Alhamdulillah..!! Alhamdulillah..!! Aku akhirnya tiba di Puncak Inas ini.
Switching on my Sony E K810i aku untuk mendail ‘Awak’, di Johor, sayangnya, tiada line untuk
henset aku ini. Kiranya, keperitan, kesakitan, kesusahan aku untuk mendaki semalam akhirnya
berbaloi, kerana di puncak ini, cuaca sangat-sangat baik, dan aku akhirnya menyaksikan sendiri,
keindahan sunset yang menjadi idaman semua kaki-kaki gunung ketika sampai di mana-mana
puncak gunung, di Malaysia ini.

Menolong kawan-kawan lain memasang fly, juga belajar sedikit pengetahuan mengenai
‘hammock’ dengan Shah & Mie. Tidak lupa memasang penghadang angin di pintu fly (kerana
aku tidur paling hujung), untuk mengelakkan aku mati kesejukan malam ini. Selepas dinner,
bersama-sama rakan-rakan yang lain menyaksikan pemandangan Bandar _____ (tak ingat) pada waktu malam. Sayangnya kerana aku kehilangan cermin mata, aku terpaksa lupakan hajat ini, kerana aku langsung tak Nampak apa-apa pada waktu malam. Mendengar sedikit cerita
daripada Bro Mali & Bro Nazryst, dan kami pn tidur dengan nyenyaknya. Tidak lupa, solat duduk di bawah fly. Hehehe…

5 Julai 2010



0700: Sunrise…!!! Ya Allah, indahnya ciptaan-Mu..!!!!!!



0940: Mau turun la. Aku pn nk balik…


Xjeles ngn orangnya, JELES NGAN BEG DIA....!!!!


Kenangan Tran-Inas....


We’re going HOME..!!! Run..!! Run..!! Run..!!


Berehat sekejap....

1300: Tiba di water-point.

Jauh beb, waterpoint dia. Seb baik menurun, kalau menaik, dah mati sekejap, kot. Lunch kat
sini. Kat sini juga, baru aku tahu, bahawa NASI merupakan satu elemen PENTING semasa
mendaki. Yup! Yup! I’ll remember it. Hehehe… Ha, tak lupa, di sini juga ada peristiwa sedikit,
walaupun tak la se’killer’ semalam, tapi cukup untuk menggerunkan aku. Kenapa? Mai baca
nie….

CASE TWO

Mula-mula, aku bersama-sama Shah & Mie, untuk mengejar orang-orang hadapan, dan untuk
sampai ke final checkpoint di sini. Sayangnya, kerana lutut kiri aku semakin meragam, aku
terpaksa berjalan slow, dan tinggallah aku seorang diri. Dengan semak-samun yang tinggi
melilau, cukup menyeramkan aku yang keseorangan di situ. Dan, tidak semena-mena, aku
terdengan sesuatu…!!!! “RRRRRGH…” Cepat-cepat aku bersandar disemak, untuk menyorokkan tengkuk aku. Aku dah tak peduli pacat ke apa ke, mata aku melihat dari mana suara itu berasal, dan siapakah pemilik suara itu. Mulut aku terkumat-kamit berselawat, mata meliar kesana kesini, dan tangan memegang parang dengan penuh menggigil. Aku berharap sangat-sangat supaya sweeper di belakang cepat sampai ke lokasi aku. Kerana aku takut bunyi itu dimiliki oleh Maybank (Harimau)..!!!

Apabila geng-geng sweeper sudah sampai, aku menangis semahu-mahunya. Ya Allah, takutnya
aku ketika berada di situ berseorangan, dan berterima kasih kepada mereka, akhirnya aku
selamat, LAGI…!!!! Setelah menenangkan diri, akhirnya kami kembali berjalan semula, untuk
pulang [SMALL HINT: JANGAN BERJALAN SORANG-SORANG…!!!].

CASE TWO CLOSED

1705: Tiba di Main Sg. Lawin.

MANDI…!!!!! Wah..!! Nikmatnya mandi..!! Siap kuak lentang lagi weh. Sungainya berkedalaman
lutut aku, dan aku pun mandi semahu-mahunya. Best gila weh…!!! Dengan kesejukan air sungai
itu, betul-betul mengasyikkan. Jam 1740, kembali meneruskan perjalanan.

Berehat di Hidroelektrik Sg. Lawin. Bro Mali bertanya, aku mendengar bunyi apa tadi.

AWAS....!!!!

Aku cakapla bunyi Maybank. Tapi, dinafikan oleh Mie & Shah, kerana mereka tidak nampak tapak atau kesan-kesan tinggalan Maybank. Apa yang dia nampak, kesan b*** hutan ada la. Plus, b*** hutan juga pandai membuat bunyi berdengus seperti itu. Bagi aku, tak kira la bunyi b*** ke, kucing ke, ape ke, kalau dah berseorangan seperti aku tadi, aku pun TAKUT….!!!! Hehehehe…

Meneruskan perjalanan melepasi kampung-kampung orang asli. Clip tali bag Deuter Replica aku
(tak mampu nak beli yang ORI..!!!) patah, membuatkan perjalanan aku semakin lambat. Tapi,
nasib baik la perjalanan turun. Kalau perjalanan naik, memang cepat fed-up la aku….

1957: Sampai di R&R Lata Ulu Lawin.




FinaL_CheckPoinT....

Final Checkpoint aku. Alhamdulillah, selamat tiba di titik akhir XPDC ini. Mengecas henset
untuk mendail Mak & ‘Awak’, kitorg mandi untuk bersiap-siap pulang balik Selangor. Mandi di
sungai yang kecil+cetek, menyebabkan aku tak boleh berenang semahu-mahunya. Sambil
berkemas-kemas & menunggu Bro Nazryst, aku menelefon Mak, untuk mengatakan yang Bair
selamat, dan, tentulah, ‘AWAK’. Berdebar-debar, kerana takut dia marah+membebel-bebel
sebab tak telefon dia. Hehehehe….. Anggaran 2100, Bro Nazryst juga selamat sampai, dan
semua bersiap-sedia untuk pulang. Bro Mali juga pulang dengan menaiki kereta kawan dia,
sebagai penghargaan, aku bagi dia ‘Ubat Nyamuk Panas’ berjenama Winston 20. Tak mampu
untuk membelikan Dunhill, jadi, itu je lah yang mampu aku belikan. Plus, apalah sangat ‘ubat
nyamuk’ tu berbanding nyawa aku yang dia selamatkan……

Berangkat pulang. Terus sms dengan ‘Awak’. Tapi, kerana mengantuk & bateri tak cas
sepenuhnya, jadi sekejap sahaja sms nya itu. Dalam bas, asyik tidur sahaja…

6 Julai 2010

0000: Tiba di R & R Tapah.

Aku promise kepada kawan-kawan yang lain, kerana mereka yang
menyelamatkan aku ketika aku ‘lena’ di atas puncak tempoh hari. Sayangnya, KFC tiada di R & R tersebut, n CIMB pun sudah tutup pada jam 0000 ketika itu. Jadi, mau tak mahu, aku terpaksa mungkiri janji itu sementara. Sorry sangat-sangat. Kami makan malam semahu-mahunya, kerana kelaparan yang teramat sangat. Anggaran jam 0100, kembali berangkat pulang.



Makan sebesar-besarnya..!!!

0330: Tiba di UniKL MIAT. It’s END here..!!!



Alhamdulillah. Selamat kembali ke Bangi, dan aku menaiki kawan Mie untuk menghantar Shah
ke KTM UKM. Sambil-sambil itu, elok McD Bangi, sebab McD itu 24 hours. Di situ, akmi
bercerita macam-macam, mengenai XPDC ini, dan aku juga menimba pengalaman mereka
sebanyak-banyaknya. Best sangat-sangat dengan mereka, gelak kaw-kaw punya..!!!
Hahahahaha…!!!!

0600: Tiba di Rumah Member Mie.

La, dekat jek. Area-area PKNS jek. Subuh di situ, berborak-borak dengan kawan-kawan Mie yang
rata-ratanya juga otai-otai gunung. Kalau diorang ada sekali masa naik Inas ni, kompem terbalik
tiap campsite tiap malam dengan gelak tawa diorang. Subuh di sini…

0800: HOME.

Thank You so much kepada kawan Mie. Susah-susah menghantar aku sampai depan rumah.
Yang si Shah dah tak boleh blah dh, mengantuk gila, nyenyak tido nya. Dengan ini, XPDC Trans
Inas aku telah berakhir dengan meriahnya, & aku masih bernyawa dari awal hingga akhir XPDC,
Alhamdulillah….

Sesungguhnya, Trans Inas ini benar-benar meluaskan mata aku, betapa XPDC gunung ini, masih
banyak lagi kisah-kisah gunung yang masih belum aku terokai. Begitu banyak rahsia-rahsia yang tersirat di sebalik XPDC, dan untuk melalui & menemui rahsia-rahsia tersebut, hanya dengan satu cara; menaiki GUNUNG..!!

Well, jujur, aku takkan berhenti untuk mendaki gunung LAGI..!!! Betapa ‘indahnya’ pengalaman
Seperti diatas, betapa bertuahnya aku kerana merasai pengalaman-pengalaman ini. Selagi aku
mampu, aku akan terus, terus, & terus mendaki GUNUNG…!!!

K k k. Off Me Go. Later, Dear All.

Wassalam……

Aug 7, 2010

RE: 10 PETANDA DIA JODOH KITA

Salam, di sini lagi kita ek?

Thanks kepada Oh! Media, kerana mengeluarkan informasi yang baik di sini. Sangat-sangat menyedarkan aku, lagi-lagi tentang perkara-perkara di masa hadapan ni. Kerana perkara sebegini bukanlah kita yang tentukan. Bak kata Saudara Zaki (kenalan): "Kewangan boleh dicari, tapi jodoh tetap di tangan-Nya". Apa-apa pn, Usaha + Doa + Tawakkal, itulah sebaik2 ikhtiar bagi kita, hamba-Nya di muka bumi ini.

Link asal, sila klik ini: Link Asal

--------------------------------------------------------------------------->>>

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad
Profile: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776

p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

---------------------------------------------------------------------------------------->>>

K k k. Off Me Go. LAter, Dear All.

Wassalam....