Sep 27, 2010

Beraya_Di_Shah Alam...

Salam, daku di sini lagi.

Masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan 'Salam AIdilfitri, Maaf Zahir & Batin'. Kita masih di bulan Syawal, dan seperti mereka-mereka yang lain, aku juga galok menghadiri mana-mana open-house yang menjemput aku. Best2.

& kali ini, aku pula menghadiri open house di Shah Alam. Daerah yang jauh dari Bangi, di mana aku berada sekarang. Tapi nak buat macammana, datang aje la. Bukan selalu aku nak ke Shah Alam ni. Dan sebelum aku ke sana, aku pun membuat sedikit kajian mengenai jalan-jalan ke Shah Alam itu. Aku memang tahu, bahawa jalan di situ SANGAT MENYAKITKAN, kerana aku pernah ke situ 1x, jadi aku naik gila di situ. Hehehehe....


Map Google Yang Menipu...!!!!

Okay, halatuju aku pertama ke Shah Alam itu: ILuvIslam Open House. Dah lama aku missed event-event yang dibuat oleh team ini, jadi, kerana meminati link-link groip ini (KLIK) aku datang la.

Perjalanan aku bermula pada jam 0815. Menaiki motor Wave mak aku, aku berseorangan dari Bangi, kerana member-member yang lain terus datang Shah Alam dari rumah masing-masing. Jadi, aku berseorangan dari Bangi. Melalui Putrajaya, aku ingatkan boleh potong jalan ke Shah Alam, tetapi even di Putrajaya itupun aku sudah bermasalah. Menyakitkan jiwa betul la..!!!! Wat penat aku jek search google maps semalam. Cet. Dengan ikhtiar aku sendiri+tgk map Putrajaya di bus-stop situ, aku berjaya keluar daripada Putrajaya. Tapi... aku keluar ke MAJU Expressway. Oh No...!!! Ni dah lari map ni...!!!!

Setelah call Shaiqin Aisyah (nama FB) mengatakan aku akan lambat hadir ke majlis itu, dengan Redha-Nya, aku mengambil exit XXX (tak ingat); exit Bukit Jalil. Tidak semena-mena, aku pun terjumpa sign-board 'Lebuhraya Shah Alam. Melonjak kegembiraan aku..!!! Dengan kelajuan 140 km/j, aku merempit semahu-mahunya melalui highway itu. Aku berhenti jugak la 2-3x di stesen pam minyak untuk bertanya, mana destinasi aku. Dan setelah sesat LAGI, aku sampai juga ke destinasi pertama, KUMPULAN KARANGKRAF SDN. BHD.

Para-HadiRiN...

Jam 1000, aku tiba di Seksyen 15 ini. Meletakkan motor sebaik mungkin, aku pun menyertai tetamu-tetamu yang lama hadir di situ. Oleh kerana aku agak peramah (POYO..!!!) aku juga berkenalan denan beberapa orang teman (lelaki) yang juga mengikuti perkembangan ILuvIslam ini. Mereka juga sporting, yang membuatkan aku tidak-mati-kebosanan di sini.

Pengacara Majlis...

Kumpulan Muadz...

Imam Muda Asyraff

Anggaran jam 1045, majlis bermula. Pengacara majlis, Sdr, Im (xsilap) mengendalikan majlis dengan kelas gitu. Bacaan doa oleh Sdr. Ikhsan (xsilap), mereka juga menjemput Imam-Imam Muda untuk memberi & berkongsi pengalaman die ketika sebelum & selepas program realiti tersebut. Well, aku tidak menonton program ini, tapi akhirnya aku kenal jugaklah siapa Imam-Imam Muda yang sebelum ini digilai gadis-gadis, bini & mak orang ini. Tidak lupa nyanyian nasyid oleh mereka, Kumpulan Muadz & Kumpulan Mestica. Dah lama rupanya aku missed persembahan nasyid di depan mata aku ni. Owh I See....

CEO Kumpulan Karangkraf

Kumpulan Mestica...

Sebenarnya, Open-House ini juga meraikan 'kelahiran' ILuvIslam ini untuk tahun ke-4. Wow..!! Ketinggalannya aku..!! Aku mula mengikuti website ini tahun lepas, yet, dah lama rupanya website ini wujud. Kemudian, bermulalah acara yang dinanti-nanti, MAKAN...!!!! Sedap, sate die memang best, tidak lupa muffin & kek coklat yang ada di situ. Sedapnya, aku membantai 3 potong kek coklat itu. Hahahaha.....

Allah SWT Selamatkan Kamu...

Sedikit Buah Tangan

Setelah bersalaman dengan moderator-moderator & orang-orang kuat ILI ini, aku beransur pulang. Tidak lupa mengambil contact-contact FB dari kenalan-kenalan yang baru aku kenal tadi. Err, tak tegur mana-mana ladies pun di situ, selain Shaiqin Aisyah, kerana dia juga yang mengajak aku kemari. Don't worry ye, 'Awak'....

Ok. Tamat cerita di destinasi pertama. Ke destinasi kedua, iaitu Apartment Baiduri. Rumah Shaiqin Aisyah tadi. Well, oleh kerana bateri henset aku agak suwey ketika ini, aku tidak boleh mendail seorang lagi kenalan aku, Esha Aisyah. Dengan men'cocok' staff UiTM, aku berjaya sampai ke Apartment Baiduri tersebut. Aku ke surau terdekat untuk menunaikan solat Zohor, dan aku bernasib baik lagi, kerana ada juga la 'ahli-ahli surau' tersebut yang memiliki handset Sony E. Jadi, charger kami sama. Mengecas handset aku selama 10 minit, dan aku mendail Esha untuk mengambil aku di bawah apartment itu.


Kami Kebuluran..

Well, sampailah aku ke open-house member ini. Rakan-rakan yang lain juga dah sampai, membuatkan open-house ini agak meriah. Okay, sampai-sampai, nasi sudah terhidang. Korang macam tau je kn yang aku lapar nasi..!!? Dan dengan bangganya, aku makan nasik mereka, dan kuih-kuih yang ada untuk menghilangkan kelaparan ini.


Mengumpat...!!!!

Sementara menanti Shaiqin Aisyah pulang daripada post-mortem ILI tadi, aku melepak-lepak dengan member-member yang lain. Sambil-sambil, menonton American Chopper & Maria Mariana. Aku juga mengambil sight-seeing dari apartment mereka (tingkat 6), di mana Shah Alam juga besar. Selain menampakkan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang serba kebiruan (sila betulkan nama), aku juga mendapati langit di sebelah Bangi, kian MENDUNG. Hahaha, aku dah menduga perkara ini akan berlaku, jadi aku bersedia apa-apa saja. Shaiqin Aisyah pulang, dan kami sambung mengumpat. hehehehe....

Jam 1715, selepas asar di surau tadi, kami bergegas pulang. Di samping itu, aku juga meround-round keliling Shah Alam, untuk 'mencuci mata'. Peh..!!! Panasnya mata aku di sini..!!!! Seb baik aku tak dapat belajar di sini. Kalau tak, nahas aku..!!! Ish, Ish, Ish... BAHAYA..!!!!!

Anggaran 1815, aku bergerak pulang ke Bangi. Well, aku memang AKAN SESAT, jadi jalan aje la. Asal nampak exit ke Putrajaya/Cyberjaya/Seremban, aku jalan jek. Di samping hujan yang menggugurkan tangisannya, aku kebasahan sepanjang perjalanan pulang. Tidak lupa, aku teringat jalan+situasi begini juga la yang aku hadapi, ketika aku pulang dari... er, lupakan je la. Wat spoil mood jek.

Jam 1945, tiba di Bangi. Kerana agak lencun, aku Maghrib & Isya' dengan kain pelikat yang ada di Masjid As-Solihin, Kg. Teras Jernang. Menonton perlawana Manchester United & Bolton Wanderers yang berkesudahan seri 2-2. Adoh..... Sedey nyer..

Well, that's it. Indahnya pengalaman di Shah Alam itu. Walaupun tidaklah seindah pengalaman naik gunung aku, tetapi aku agak kepenatan di sini...

K k k. Later, Dear All. Wassalam..

3 comments:

  1. kih2x.... ade jugak... cerita yang kurang jujur disini.. hahahha lalala

    ReplyDelete
  2. aah. miss some part.. mai repair cnie meh... :-P

    ReplyDelete
  3. wah..
    membuntat la ko yer..
    byk open house kt msia..
    xde nama gunung raya ker..?
    leh wat open house atas tu lak..
    view pun best utk mountaineer mcm ko..
    ;p

    ReplyDelete