Oct 2, 2010

Daku_BeraYa_LaGi....

Salam, di sini lagi kita ya?

Menurut tajuk di atas, as well informed, aku ingin menceritakan kisah daku beraya lagi. Kali ini ada 2 destinasi & 2 tarikh yang berbeza. Well, oleh kerana date yang berbeza, daku merasakan ianya tiada masalah. Insya-Allah, cuaca baik untuk 2-2 hari berikut.

Okay, here we go..!!!

1 - Mechanical & Manufacturing Student Society; MMSS (1 Oktober,2010; UniKL MFI)

Dah lama rupanya bengkel M&M kami tak 'meriah'. Meriah ini maksudnya, ada apa-apa majlis yang diraikan di sini. Jadi, atas inisiatif persatuan kami, kami pun membuat open-house di sini. Actually, bukan aku yang meng'arrange' semua ini, aku tukang sapu je. hehehe...

After maghrib, aku bergerak untuk menolong apa-apa yang patut. As expected, semuanya telah teratur sedia, cuma aku dikehendaki untuk meminjam 2 buah tray besar untuk buffet dari Cafe UniKL MFI. Setelah meminjam, kami pun mengaturkan makanan-makanan yang tersedia sebaik-baiknya.. Menu hari ini ialah: Mee Hon Sup, Nasi Beriyani, Ayam Beriyani, Sayur-Orang-Kawen tu bla3. Dan tidak lupa, favourite aku, PUDING..!!!!!

Makanan..!!!!

Anggaran 2030, baru la semua student & lecturer under MMSS menghadirkan diri. La, ramai rupanya student-student M&M nie. Ingatkan kami adalah Section yang paling kerdil di UniKL MFI ni. Hahahaha.... Untuk 1st round, aku menibai mee hoon sup je, sbb pas ni, baru la aku makan nasik banyak-banyak, kasik gumuk..!!!! (walapun takkan gumuk pun..!!)


Kanak-Kanak KelaParaN

Lecturer...

Mengurat...

Ada sedikit cabutan bertuah, dan aku antara yang tak bertuah malam ini. Suasana bertambah gamat kerana kami bergambar dengan madam (miss) kesayangan kami, Madam Mimie. Semua jantan-jantan (termasuk aku) mengambil kesempatan untuk bergambar. Don't worry, 'Awak', saya amik gambar jauh-jauh, demi mengelakkan syak wasangka apa-apa. Jangan risau, kay... :-P


Cool....

Anggaran jam 2300, majlis tamat. Giliran kami mengemas. Aku memulangkan tray yang dipinjam tadi, dan tidak lupa aktiviti akhir, iaitu menyimbah Presiden kami, selepas dia membuat ucapan penutup. Memang gamat ketika itu, lagi-lagi dengan kerenah kawan-kawan yang jatuh tergolek kerana tergelincir. Setelah habis mengemas, kami pulang anggaran jam 2350, dan aku ersedia untuk destinasi kedua, ESOK..!!!

2 - Ke Taman Cempaka, *Ampang (2 Oktober 2010)
*betulkan kalau salah


Well, aku berjalan-jalan lagi. Selepas Zohor (lambatnya aku bangun..!!!!), aku memulakan perjalanan ke Ampang melalui MRR2. Mak ai..!!! Sesak gila..!!!! Dah macam apa ntah highway 2. Bernasib baik kerana aku menaiki motor, jadi dengan skill 'mencilok' yang hebat, ditambah dengan teknik mengejar jalan sesat yang tiada tolok bandingannya, aku berjaya juga tiba di rumah member lama sekolah Maahad Pontian aku, iaitu Fathiah. Aku tiba dalam anggaran ja 1520.


Bapa-Bapa BerGossiP.....

Hahahaha...!!!! Perut dah lapar, makanan sudah terhidang. Apa lagi..!!? MELANTAK..!!!!! Di sini, aku melantak makanan (TAK MALU..!!!!!) selama 3 pusingan. Memang barai abis perot aku. Tidak lupa, di sini, aku berjumpa kembali dengan kawan-kawan Maahad yang lain, iaitu Syikin & Wan Hartina.


Kiri: Syikin Othman, Kanan: Fathiah. Status diorang..? Er... Tanya sendiri.

Geng-Geng KUIS Fathiah

Wan Hartina & Her Sisters

Aku tak-berapa-cam dengan Syikin tu, maybe kerana kami di kelas yang berlainan, tetapi yang si Wan Hartina tu, memang aku kenal sangat-sangat. Tentulah, kerana kami berada di kelas yang sama, dan di barisan yang sama. Jadi, agak panjang la berboraknya tu. Tidak lupa juga gambar-gambar candid bersama-sama kawan-kawan Fathiah yang lain. Jangan mare yek..? Kami tiada apa-apa pun.....

GAMBAR CANDID HAS BEEN CENSORED...!!!!

Setelah membantai kuih raya & makanan-makanan di rumah Fathiah itu, anggaran jam 1800, aku berangkat pulang. Lagi, DAKU SESAT LAGI..!!!!! Kali ini, aku SEKALI LAGI melalui MAJU Expressway menghala Putrajaya, seperti di artikel yang lepas (Klik sini). Oleh keran aku pernah melalui highway itu, jadi agak tiada masalah bagi aku untuk menemui kembali jalan ke Bangi. Anggaran jam aku sampai di Bangi ialah 1955. Wow..!!! Kaki rempit gak aku ni. hahahaha....

Sesungguhnya, berjalan-jalan ni best jugak ek? Selain mencari tahap kesabaran pada setiap diri dan pemandu-pemandu kenderaan yang lain juga boleh ditemui di sini. Selain itu, boleh juga mencuci mata, di samping mencari pekerjaan & jalan-jalan baru yang tidak pernah diterokai lagi.

K k k. Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam.....