Jan 2, 2011

G. CHAMAH & ULU SEPAT

Salam, bertemu lagi kita.

Kali ini, marilah aku bercerita mengenai XPDC ‘GILA’ yang aku sertai sebagai penutup
tahun 2010 ini. Gunung Chamah & Gunung Ulu Sepat, memang terkenal di kalangan kaki-kaki gunung sebagai gunung yang SANGAT MENCABAR. Berketinggian 7121 ft & 7089 ft,
membuktikan yang gunung-gunung ini bukan sembarangan gunung. Dan bukan calang-
calang orang yang mampu menjejakkan kaki di sini. Jujur, aku juga antara peserta-peserta yang ‘tewas’ awal untuk mendaki gunung tersebut, tetapi, aku berterima kasih banyak-banyak kepada semua pendaki yang sangat-sangat sporting & ‘masuk air’. Tanpa diorang, aku tak sampai ke puncak ini.


Dukacita dimaklumkan, bahawa tiada pemandangan indah yang dapat diambil ketika ini, kerana XPDC ini dijalankan pada musim tengkujuh (akhir tahun). Jadi, memang aku dah set, aku mendaki gunung ini bukanlah untuk mengambil view yang indah di atas gunung ini, tetapi untuk menguji sejauh mana tahap-tahap ‘batasan’ diri aku. Plus, kalau tak dapat melihat view, itu tandanya aku kena repeat XPDC ini. Amacam, berani tak bair..?


(Hahahahaha...!! Untuk 1-2 tahun ni, SUMPAH aku tak berani...!!!!)


Berikut merupakan tentative (simple log) yang aku rakam menggunakan Sony Walkman MP3 2Gb aku. Tidak lupa semua (almost) ceritera-ceritera yang aku tempuhi sepanjang XPDC ini.


Kepada peserta-peserta yang lain, jika ada kesalahan maklumat seperti yang diceriterakan, jangan malu, jangan segan untuk menegur. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Hehehehhe...


24.12.2010 (Jumaat)


1730: Memulakan perjalanan dari Stesen Komuter UKM ke Stesen Komuter KL Sentral untuk berkumpul.


Tiada cerita yang menarik di sini. Cuma aku berdebar-debar, samada aku GAGAH atau PARAH untuk XPDC kali ini. Semoga selamat semuanya, tiada lagi peristiwa ketika Trans Inas yang lepas. (Untuk rujukan, KLIK SINI)


1830: Tiba di Stesen Komuter KL Sentral.


Beg-beg peserta yang POWER2..!!!!

Berborak-borak...


Aku semangat sangatkah atau masing-masing belum sampai lagi? Ha..!! Baru aku perasan, yang aku tertinggal Sweater Columbia Bugaboo aku..!! Arrgh..!!! Mati kesejukan aku di atas puncak nanti..!!!! Solat Maghrib di Surau KL Sentral. Berborak dengan pakcik (Ore Klate) pasal Pasukan Bola Sepak Malaysia. Boring-boring, layankan jek. Berselisih dengan Bro Lusuh, untuk merancang apa yang nak dibeli. Berjumpa juga dengan Bro Nazryst, peserta di Trans Inas yang lepas. Tapi dia tak menyertai, kerana masalah keluarga, agaknya. Dia hanya menghantar wakil-wakilnya, Hafiz, Afif & Indera. Dan mereka juga masuk kepala gamaknya. Hehehhee....


2034: Memulakan perjalanan beramai-ramai dari Stesen Keretapi KL Sentral ke Stesen Keretapi Gua Musang.


Jawab Survey...


Sumpah tak boleh tidur...!!!!! Sakit hati aku naik train ini. Guling kiri tak lena, guling kanan tak tidur.

SEMPIT...!!!!

Adoi.... Berangan-angan pun tak lena juga. Last-last, lena juga. Tak lupa, ada sedikit ceritera ketika ini. Apa dia? Baca la lagi..!!!!


25.12.2010 (Sabtu)


0600++: Tiba di Stesen Keretapi Gua Musang.

Subuh di surau stesen ini. Aku masih mengantuk...!!! Huarrgh... Berkumpul menunggu peserta-peserta lain yang menaiki bas ke Gua Musang. Total peserta ialah seramai 21 orang. Tak sangka Pak Anjang, salah seorang peserta ketika XPDC Korbu-Gayong (KorGa) juga menyertai. Tetapi kali ini, dia hanya datang berseorangan. Isterinya, Mak Anjang tidak

menyertai, bimbang menjadi beban kepada group kami. Jangan lah macam ni, Pak Anjang.

Angkat Beg...

Makin ramai, makin meriah lah...!!!


0800: Bersarapan.

Semua lapar....

Tapau sebanyak mungkin, bersama-sama menjawab survey yang diberikan kepada setiap peserta. Selain berkenal-kenalan, kami juga berkongsi pengalaman gunung masing-masing. Rata-ratanya, semua peserta hebat-hebat belaka. Huhuhuhu....


0853: Menaiki 4WD beramai-ramai dan tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.


Lapor diri weh...

Lapor diri di sini. Kami dimaklumkan bahawa trip yang lepas, ada 3 orang peserta yang

terkandas di Gunung Ulu Sepat. Walaupun mereka semua selamat, tetapi kelambatan tarikh

keluar itu juga merisaukan semua pihak, tidak terkecuali pihak Polis. Jadi, merka terpaksa mengambil sedikit statement dari kami, walaupun pihak polis itu kamcheng sekali dengan Bro Sham Castello, GoGo kami. Di samping itu, pose la poyo-poyo kejap di sini.

Ingat nak pose tonggek kt sini... hak3


0930++: Tiba di rumah 4WD driver.


Bersalin (tukar) pakaian dan bersiap-sedia untuk menempuh 7 hari yang menyeksakan..!!!!

Muka masing-masing yang ceria...


1035: Memulakan perjalanan menaiki 4WD ke trek balak Kg. Rekom.


Dijangka kami akan menaiki 4WD selama 3 jam. Masak ASS kami. Berpindah-randah masing-masing dalam 4WD tu. 1 jam akhir, aku bergerak ke hadapan, atas driver 4WD itu untuk mengambil front view. Peduli apa duduk atas beg sape pun. Yang tak-boleh-blah tu, ada Bro (nama dirahsiakan) muntah roti canai, sarapan tadi di tangan Bro Jawa. Yang si Jawa tu pun, tangan dia kaku jek, macam merelakan tangannya dimuntahkan. Bersabar banyak-banyak, yek..!!!! Hahahaha.....

Jom..!!!!


1400++: Kami berhenti di Pos Simpoh (betulkan kalau salah).


4WD tidak boleh meneruskan perjalanan lagi kerana tanah runtuh. Menurunkan beg, dan

bergerak ke Kem Rekom. Hari pertama jek dah kena pikul beg berat-berat.

Mati aku sakgi..!!!

Ditambah dengan hujan yang melampau-lampau, aku menemani Is yang masih ‘tak biasa’ dengan muka bumi Kg. Rekom ini (sama la dengan aku sekali). Padan muka..!!

[SMALL HINTS: DO

MORE EXERCISES BEFORE CLIMBING]. Dek kerana ketidak-stabilan badan aku ketika berjalan di trek balak itu, Bro Aleck meminjamkan aku sebatang tongkat miliknya. Wow...!!! Rupa-rupanya tongkat juga memainkan peranan besar kepada orang-orang yang senang injured, seperti aku. [SMALL HINTS: PADDLE IS GOOD FOR CLIMBERS.] Kembali memulakan perjalanan, trak ke Kg. Rekom ni pun.... Not Bad gilanya...!!!!

Best....

1820: Tiba di Kg. Rekom.


Mendaftarkan nama sebagai pengunjung kampung tersebut. Arahan Tok Batin, maybe...?


Mengabadikan nama kami di sini...

1835: Tiba di camp-site.


Bentangkan fly & ground semua lah...!!!! Menolong Orang Asli memasang paip air sungai, untuk kegunaan semua peserta. Anjing-anjing kat kampong ini memana ANJING la...!!!! Tau nak gertak aku jek masa mandi kat paip air sungai tersebut. Tau la aku takut anjing, korang berpakat-pakatan nak attack aku ek...!!! CIKARO TOL LA...!!! Maghrib & Isya’ berjemaah dengan Bro Lusuh, aku belajar jugak lah sedikit sebanyak masakan-masakan mudah ketika

mendaki gunung.

Stim weh kena kopi yg Bro Lusuh buat....

Wow..!! Boleh diaplikasikan di rumah sewa aku. Sambil-sambil melepak dengan Bro Lusuh & Bro Sham Castello, aku juga mendengar sedikit petua-petua dari mereka, mengenai pergunungan ini. Mentah lagi rupanya aku ni, dalam arena pergunungan ini. Anggaran 2300, tidur di fly & ground yang dibawa oleh Bro Sham Castello. Bapak ah..!!! Besar gila..!!! Cukup untuk memuatkan 10-12 orang dewasa..!!!

Kesejukan... (Dari kiri: Afif, Hafiz & Napi)

CASE ONE: HORNY-BABY-HORNY


Okay, kisahnya begini. Dek kerana aku tidak boleh tidur, jadi aku mendengar semua

bunyi-bunyi yang ada di gerabak (kabin) kami. Di kabin kami, kedengaran alarm handset untuk mengejutkan pemilik handset tersebut. Yang mengejutkan aku, bunyi handset tersebut ialah bunyi perempuan HORNY...!!! Aku dok ngusyar jugak, awek/amoi ke yang memiliki handset itu. Sekali selak tabir tilam aku, rupa-rupanya seorang lelaki INDIA...!!! ARRRGH...!!!! (Macam mana aku tau bunyi horny tu begitu bunyinya..? Jawab lah sendiri..!!!) Bila aku ceritakan kepada semua, semua dok gelakkan & menyakat aku habis-habisan....!!!! Memang itulah stok bahan aku sampai akhir XPDC ini. Hahahhaa...!!!!


CASE ONE CLOSED


26.10.2010 (Ahad)


0620: Bangun. Subuh & menyiapkan sarapan.



Syok pagi-pagi ni...

Aku merasakan yang aku selsema di sini. Tapi aku tidak endahkan, kerana tak lah teruk sangat pun. Mengambil wudhu’ menggunakan air sungai yang SEJUK itu. Aku tak tahu lah

samada aku gila ataupun tak, sebat jek...!!! Bersiap-siap, untuk ke puncak Gunung Chamah..!!!! Mengasingkan barang-barang yang dirasakan tidak diperlukan di sini, untuk

ditinggalkan di kampong OA ini. Sambil-sambil itu, mengambil gambar juga...!!!

Briefing...



Pose di trade-mark kampung.
(Dari kiri: Aku, Bro Rama, Bro Faisall, Bro Jai, Bro Halim)


0900: Memulakan perjalanan ke puncak Gunung Chamah.


Pendakian bermula. Kerana aku ‘lambat panas enjin’, aku cop orang-orang belakang je la. Hehehehe...


0955: Tiba di Kem Pakma.


Selain daripada sudah merasa mengahnya naik Gunung Chamah ini, tiada apa yang menarik untuk diceritakan.

NICE tracknyer...!!!

Only take 5-10 minutes, and off we go..!!!


1130: Tiba di Kem Tengah.


Melepak (Dari Kiri, Belakang: Bro Aleck, Bro DAyak, Bro Sham Castello, Hafiz)

Depan, Kiri: Cik "Mak Tiri" (Tak ingat nama, sorry), Cik Sara, Is

Dingin di sini.

Sama di atas.


1318: Tiba di Kem Tongkat Ali.





Mengah gila bila sampai di camp-site ini. Melabur puas-puas, kerana di atas puncak nanti, confirm tak boleh melabur....!!!!


Jamak Taqdim Zohor & Asar, tidak lupa lunch puas-puas di

sini. Jangan main gila...!! Di hutan aje la baru korang boleh tengok betapa KUAT-MAKAN

NYA AKU....!!! MUAHAHAHAHA...!!! (Nak GUMUK..!!!) Jam 1420, kembali memulakan perjalanan, kerana aku follow geng-geng sweeper (Bro Jai, Bro Rama, Bro Faisal, Bro Halim). Best jugak berjalan dengan mereka ini. Selain sekepala, mereka banyak bercerita mengenai topik-topik hangat terkini. Dari pergunungan, sukan, politik, sampailah.... PEREMPUAN..!!! Favourite topic tu...!!!


1700: Tiba di Puncak Tipu kali ke berapa ntah.

Already Tired....


Banyak sangat, sampai tak terbilang jumlahnya. Memerhatikan jam di tangan, aku merasakan yang aku bakal Over-Time (OT) malam ini. And baru aku sedar, rupa-rupanya, selsema dari pagi tadi menandakan aku DEMAM....!!!!! Tak boleh kena sejuk yang melampau..!!!


1900: Berhenti untuk menghormati waktu Maghrib.


[SMALL HINTS: STOP AT ALL COSTS DURING MAGHRIB TIME....!!!] Jam 1920, bergerak kembali. Pengesahan rasmi menyatakan bahawa aku OT hari ini..!!!


2030: Stop sekejap untuk membuat air & makan sekejap.


Masing-masing kelaparan. Jadi, aku keluarkan Milo 3-in-1 aku dan membuat air.

Lapar....

Tak kira la ada gula ke tak, janji panas,baik-baik saja. Tak sangka bungkusan nasi lebih yang dibungkus oleh kumpulan Hafiz menguntungkan aku. Kerana aku mengambil salah satu bungkusan tersebut, dan nasi itu masih elok untuk dimakan. Jadi, untuk tenaga aku, aku makan lah...!!!! Walaupun kesejukan, aku bersyukur sangat-sangat kepada-Nya, kerana cuaca malam ini SANGAT BAIK DAN TIDAK HUJAN. Kalau hujan, confirm aku pewai awal-awal..!!! Anggaran

jam 2050, kembali memulakan perjalanan. Keadaan trak yang sukar, ditambah kegelapan

malam, melambatkan perjalanan kami. Ditambah LAGI dengan headlamp Bro Halim yang mati pada awal waktu (kerana kesejukan melampau pada bateri) betul-betul menguji kami. Sedang kami berjalan..... BOOM...!!!!!!!!


XXXX: Kedengaran bunyi letupan mercun bola diletupkan sayup-sayup di kejauhan.


ARRGH..!!!!! Jauh LAGI....!!!!! Mercun itu diletupkan, menandakan ada seseorang sudah sampai di puncak. (Of course lah GoGo kacak kami..!!!) WARGGH....!!!! Nak nangis pun ada time ini....!!!


2130: Berjumpa dengan Bro Aleck & Is.


Ingatkan diorang nak rescue kitorang. Rupa-rupanya, mereka pun senasib dengan kami. Huh..!!!! Diorang siap bentang ground lagi untuk menunggu kami...!! Diorang memasak sedikit makanan untuk mengalas perut orang-orang belakang (kami), dan kemudian, anggaran jam 2145, kembali bergerak bersama-sama. Trak ke Puncak Gunung Chamah ini benar-benar mencabar kami. Selain kesejukan yang menggila, selut-selut yang dalam-dalam belaka juga menyulitkan perjalanan kami. Aku tengok jam, tengok jam & tengok jam. Masih belum sampai-sampai lagi. Kadangkala, terlintas di fikiran aku, ARE.WE.LOST...!!!!?


27.12.2010 (Isnin)


0020: Tiba di Puncak Gunung Chamah.


Alhamdulillah...!!! Sampai juga aku di sini...!! Dengan kedinginan yang mencecah 11.2°C, aku tiba di puncak ‘GILA’ ini akhirnya. Dengan langkah yang menggigil-gigil, menukar kepada pakaian yang kering, dan terus mengambil tempat untuk melenakan diri.


Makanan di Puncak Chamah

Menahan kesejukan

Bro Lusuh dah sampai awal, jadi aku hanya membantai makanan yang telah dia masakkan untuk aku.

PENGELAT..!!!!

(MENGELAT...!!) Group Hafiz juga mamasak untuk makan malam, dan kami juga sambung

berborak-borak, sementara menunggu waktu tidur. Selepas Solat Isya’ & Maghrib secara

Taahir, anggaran jam 0230, kami masuk tidur.


0635: Bangun & menunaikan Solat Subuh.


Susah nak bangun, ketika ini

PADAN MUKA....!!! Sapa suruh tinggal sweater...!!!? Kan dah menggigil-gigil..!!! Bertayammum. Air sangat diperlukan di sini, jadi kami terpaksa menjimatkan air. Dengan kedinginan yang mencapai anggaran 8°C, aku menggigil-gigil menolong Bro Lusuh menyediakan sarapan pagi. Gila la..!!!

Bro Lusuh,Tukang masak kami.

Memang layak la Gunung Chamah ini dipanggil ‘Gunung GILA’....!!! Mengambil gambar juga untuk kenang-kenangan, walaupun nak keluar fly pun susah, kerana kesejukan yang melampau, tetapi ku gagahkan jua...!!!


Kejung+Nak Demam di sini

Bro Lusuh promote kedai di sini

Galah promote baju kami

Awesome ASS..!!!

Senyum simpul..

1000: Memulakan perjalanan turun (backtrack) dari Puncak Gunung Chamah ke Kg. Rekom.


Shoot..!!! Shoot...!! Shoot....!!!! Berselisih dengan kumpulan Bro Poncho yang sama-sama

mendaki gunung ini. Berjumpa dengan Nas, member yang aku kenal ketika di KTM Komuter.

Masing-masing membawa beg camping (dia punya Original lah..!!), kami berbual-bual mengenai pengalaman gunung masing-masing. Terrer gak member ni, weh..!!!!


1315: Berada di Puncak Tipu.

We was there...!!!


Lunch untuk shoot direct ke Kem Tongkat Ali. Orang-orang lama boleh buka cerita politik

kat puncak ini. Aku tak berani campur, jadi just dengarkan sahaja. Jam 1330, memulakan

perjalanan kembali. Dek kerana aku keseorangan di sini, (Bro Lusuh & Afif dah berlari jauh

meninggalkan aku), tidak mahu pisang berbuah banyak kali, aku stay sekejap menunggu

sesiapa yang berada di belakang aku. And, I’m LUCKY, kerana Bro Dayak tiba setelah 10-15

minit aku menunggu di atas trak. Aku dah mula berasa ketakutan di situ....


1440: Tiba di Kem Tongkat Ali.


Zuhur & Asar di sini. Makan apa-apa yang boleh dimakan di sini, untuk mengelakkan lapar

dan dahaga sepanjang perjalanan. Jam 1530, memulakan perjalanan dari sini bersama-sama Bro Rama & Bro Jai. Kerana trip ini dinamakan ‘santai’, kami pun SANTAI lah...!!! (Walaupun dalam hati, risau jugak la...!!!!)


XXXX: Almost lost-track di Kem Tengah. Ini kerana fly yang dipasang oleh group Bro Poncho menutup pandangan aku terhadap trak yang sebenar. Aku melalui trak lain, dan aku mendapati yang trak itu JALAN MATI. No option left, aku patah balik & menunggu Bro Rama & Bro Jai di belakang aku. But, sebelum itu, aku tergelincir setinggi 3-5 meter di atas trak dan dada aku crashed dengan kayu balak mati yang melintang. Berpinar mata sekejap di situ....


1930: Tiba di Kg. Rekom (appx height are about 3218 ft)


Mengambil barang-barang kami yang disimpan di rumah Tok Batin. Membangunkan fly & ground untuk bermalam di sini 1 malam lagi. Maghrib & Isya’ di sini. Jawa membeli seekor ayam berharga RM15 untuk makan besar hari ini. Wah.,.. meriah...!!! HuHaHuHa, jam 2300, kami pun tidur.


28.12.2010 (Selasa)


0620: Bangun, menunaikan solat Subuh & buat sarapan.


Cuaca yang agak lembap betul-betul menyusahkan kami untuk bangun. Menerima perkhabaran yang ayam Jawa malam tadi dilarikan anjing-anjing di kampung ini..!!!

BWAHAHAHAHAA..!! CIKARO PUNYA ANJING...!!!! Kami baru nak makan besar, ko sedap-sedap rewang ayam tuh...!!!!! Selain itu, porch-bag Bro Faisal yang berisi duit+IC juga dicuri orang. Ia terjadi kerana porch-bag itu diletakkan di dalam fly/khemah, bukan digantungkan seperti Bro Jai buat. Saksi ialah Bro Lusuh & Afif, kerana mereka terjaga ketika ‘orang’ itu mencuri porch-bag itu. Simple report dibuat sebagai statement kecil di kampung itu.

Bergaya sahaja


0915++: Memulakan perjalanan ke Kem Maggi.


Santai-santai saja. Merentasi beberapa anak sungai. Cuaca yang masih sejuk juga memperlahankan perjalanan kami.

Mencuram gak menurunnya

Menyeberangi sungai...

Naik balik..

1030: Berehat sebentar, bersama-sama Kit-Kat.


Bro Sham Castello, Bro Aleck & Pak Anjang membuka cerita mengenai survival bersama-sama OA. Cara menghidupkan Api Santak tu yang tak-boleh-blah tu...!!!

Demo hidupkan Api Santak.

Hahahahaha...!!!!!!


1253: Tiba di Kem Peres.

Batang balak yang dilalui sebelum tiba di Kem Peres.


Membantai nasi yang ditapau pagi tadi dan juga memasak sebungkus maggi.

Kami di Kem Peres (Depan: Pak Anjang)

Kalau dah nama lapar tu, elak makan batu & kayu, semuanya SEDAP....!!!!! Jam 1400, kembali memulakan perjalanan.


1510: Tiba di Kem Anak Peres.





Kami melepak...

Kem pun boleh beranak ke? Hahahaha... Okay. Melepak di kem ini bersama geng-geng Bro

Poncho yang membawa budak-budak KeReX (UTeM), berkongsi-kongsi cerita juga

dengan mereka.

Pose Gembira....

Nak go dh..!!

Plus, awek-awek diorang pun sporting (eleh, 2 orang jek). Hek3.... (‘Awak’ jangan marah. Saya tak ngurat pown... :-P). Aku bergerak lambat bersama Jawa, Bro Jai, Bro Halim, Bro Faisal di bahagian sweeper. Kami pun santai-santai saja. Jam 1535, kembali memulakan perjalanan. Tapi tak tahu kenapa, kepala aku makin berat.........


XXXX: I’M DOWN....!!!!!!!


CASE TWO: MAK.....BAIR DEMAM


Baru nak ingat mak...!!! Kalau sihat, ingat ‘Awak’ jek...!!!!? Dek kesejukan yang

ditanggung sejak semalam, aku tak larat untuk bergerak. Aku terpaksa stay kat 1 tempat lapang, makan panadol yang diberi oleh Bro Jai, dan baring sekejap, berbantalkan bag aku. Membantai kacang pea yang dibawa oleh Jawa, untuk mengumpul sedikit tenaga. Group Bro Poncho memotong kami untuk open camp-site yang sama dengan kami, di hadapan itu. Hujan masih turun, walaupun tidak lebat, tapi cukup untuk menggigilkan aku. Inilah salah satu ‘azab’ yang WAJIB diterima semua pendaki-pendaki gunung, kalau menyertai trip pada akhir tahun (musim tengkujuh). Well, aku pun mahu test macam mana diri aku, jadi, join

saja lah. Bukan selalu kan.... (padahal macam dah nak mati dah ni). Anggaran 30 minit selepas itu, kami memulakan perjalanan.


CASE TWO CLOSED


1730: Tiba di Kem Maggi.


Fly & ground sudah didirikan. Pa lagi, bersalin saja lah. Menggigil-gigil menukar pakaian, disamping menyusun barang-barang yang diperlukan.


Lapar WEH..!!!

Kebuloq....

Makan malam kami

Asar & Zohor di sini, tidak lupa.

Selepas siap menyediakan lauk bersama Bro Lusuh, kami pun menunggu lauk-lauk dari kumpulan Hafiz siap, tidak lupa open-table untuk bermain kad.

Bro Aleck: Aku letak kad ni tadi.

Sara: Jap2...

Aku salute sama Sara, salah

seorang peserta seperti kami. First time aku mendaki, jumpa girl yang tumpang sekaki bersama kami untuk bermain kad. Gerek sep..!!! Makan besar di sini, disamping bersama-sama bergosip di sini. Tak lupa, kami menonton ‘wayang kulit’ free yang dihasilkan oleh couple Nurul & partnernya. Ini kerana, bila diorang open torch-light dalam khemah mereka, kami semua expect ‘something super’...!!!! Hahahahaha....!!! Maghrib & Isya’ di sini.

Anggaran jam 0000, kami masuk tidur.


BTW, agas di sini betul-betul MEMBUNUH kami..!!!


ARRGH...!!!!


29.12.2010 (Rabu)


0530: Bangun.


I’M DEAD...!!! Sleeping bag aku lembap + basah, menyebabkan aku terpaksa berjaga awal

untuk mengelakkan sleeping bag terus basah. Yang tak tahannya ni, terpaksa menahan serangan-serangan agas yang menggila di sini. ARRGH....!!!! Solat Subuh di sini. Hujan yang

masih turun betul-betul memalaskan kami. Warrgh....!!! Menyediakan sarapan bersama Bro Lusuh, & kami bersiap sedia untuk perjalanan hari ini.


1000: Memulakan perjalanan dari Kem Maggi.


Perjalanan semakin curam. Betul-betul menguji mental kami...!!!


1122: Tiba di Kem Sempadan.


Lepak jap...

Agas macam HARAM...!!!

Agas pun bukan main menggila di sini. Layankan aje..!!! Anggaran 1145, kami memulakan perjalanan kami.

Di puncak Orkid


1700: Tiba di Kem Sg. Lepir. LWP ke Gunung Ulu Sepat.

Meringankan beban di beg

Tukang cedok lauk+tukang halau agas+tukang amik air+TUKANG PEWAI....!!!!

TOTALLY MENTAL sepanjang perjalanan ini. “Naik turun, naik turun. Bila nak jumpa sungainya ni...!!!?” Bernasib baik kerana Bro Sham Castello membatalkan hasrat untuk tidak direct-shoot ke Puncak Gunung Ulu Sepat. Dengan hujan yang lebat-tak-ingat punya, kami memasang fly & ground dengan kesejukan sekali. Asar Zuhur & Maghrib Isya’ di sini. Makan besar lagi, memasak lauk banyak-banyak, semata-mata untuk meringankan beg. Dengar juga yang khemah sebelah membuang makanan untuk mengurangkan beban. Gila ke apa...? Main kad tetap main kad, tak lupa gossip-gossip di sini. Anggaran jam 2300, terus tidur.....


30.12.2010 (Khamis)


0522: Bangun, untuk Final Day kami...!!!!!

Mengemas

Diperli oleh Bro Aleck kerana aku malas nak turun ke sungai, untuk mengambil air. Padan Muka aku..!! Mau tak mahu, redha je la. Dengan tanah yang becak kaw-kaw punya, agas yang macam HARAM, redha jek mengambil air di sungai cam-site itu. Subuh di sini, dan semua bersiap-sedia untuk shoot ke puncak. Kedinginan di camp-site ini agak memperlahankan perjalanan kami.


0900: Memulakan perjalanan ke Puncak Gunung Ulu Sepat.


Run..!! Run..!! Run..!! Best gila time ni..!!!


1148: Tiba di Simpang Lereng.


Meletakkan beg untuk shoot ke Puncak Gunung Ulu Sepat. Mula-mula nak mengelak selut selut yang gila sepanjang trak tu, tapi alang-alang dah kotor, aku jalan jek atas trak tu. Balik aku boleh basuh, kan....??


1212: Tiba di Puncak Gunung Ulu Sepat.

Dua Dari Kiri, Belakang: Indera

SUKA...!!!!

Promoter AYU kedai Bro Lusuh


Alhamdulillah...!!! Barakallah...!!! Aku tiba juga di sini akhirnya. Mengambil gambar di sini sepuas-puas hati, aku juga tumpang melepak di bawah fly group Bro Poncho (KeReX, UTeM), bertanya-tanya juga dengan meraka mengenai perancangan trip akan dating meraka.Ada rezeki, boleh join trip-trip gunung-gunung kecil mereka. Mampus aku nak main G7 jek..!!! Hahahaha.....

Budak-budak UTeM

1300: Bergerak turun dari Puncak Gunung Ulu Sepat, kembali ke Simpang Lereng, untuk mengambil beg.


Main selut...!!! Yeay...!!!!!

Yang berat-berat tu, berjaga-jaga tau...!!! Hehehehe....


1320: Mengambil beg. Makan apa yang ada & bergerak turun ke Sg. Lanweng.


Mencocok Pak Anjang sepanjang perjalanan turun. Banyak kali la aku kencing, kerana kesejukan yang not bad di sini. Dan banyak kali aku tergolek berguling-guling dek kerana trak yang basah. Redha je la... Sepanjang perjalanan, aku tertanya-tanya, jauh lagi ke..?


1650: Tiba di Sg. Lanweng.





Nak naik dan balik ke habitat kami...


CASE THREE: CRYBABY


Sepanjang perjalanan turun ini, aku menyumpah aje. Mungkain mental aku dah set,

bahawa perjalanan kami sudah berakhir. Tetapi, silap semua ini..!!! Dengan lapar yang menggila disini, aku mental dowh time ni..!! Tau nak hangen jek time ni. Setelah

ditenangkan oleh Bro Aleck, aku kembali redha, dan tidak lama selepas itu, kami pun tiba di Final Checkpoint kami. Selepas meletakkan beg, aku Sujud Syukur kerana masih bernyawa sepanjang XPDC ini. Selepas itu, aku duduk sekejap di tepi itu.


Tak semena-mena, aku MENANGIS....!!!! Macam budak kecik dah time 2, tak kira malu dengan sapa-sapa lagi dah. Menangis semahu-mahunya....!!! Mungkin kerana aku terharu kerana masih di sini, mungkin kerana aku mahu pulang semahu-mahunya, atau mungkin aku kelaparan...? AKu pun tidak tahu kenapa.

Rakan-rakan lain mententeramkan aku, yang masih emo dengan tangisan-tangisan yang masih belum reda. Mendapat sedikit bekalan makanan dari 4WD driver, aku diam sekejap di situ. But still, aku masih tak percaya, yang aku (kami) sudah berjaya menamatkan XPDC kali ini dengan baik sekali...


Mendapat info dari Bro Faisal yang mengatakan Nurul pengsan ketika menuruni ke

tempat kami. Jadi beberapa orang dipanggil untuk Rescue. Confirm-confirm la aku off-listed kan..? Aku hanya memerhatikan mereka saja, menuruni kembali 4WD tadi dan menyelamatkan si Nurul tu.


CASE THREE CLOSED


31.12.2010 (Jumaat)


0100++: Bergerak turun ke Pekan Sg. Siput menaiki 4WD.


Semua peserta sudah selamat tiba. Kami keluar & kembali ke habitat kami menaiki 4WD. Jauhnya...!!! Terhantuk-hantuk di 4WD itu banyak kali. Tapi kami sudah mengantuk, peduli

apa..!!! Kami tidak lupa memasang fly di belakang 4WD itu (pegang beramai-ramai) untuk mengelakkah basah kuyup dek hujan, dan untuk mengekalkan haba di badan kami. Dengar dengar ada orang “sempat-menyempat” ek...? Hahahhaa....


0430++: Tiba di Stesen Keretapi Sg. Siput.


Waktu train pulang kami sudah lama berlalu. Masing-masing terpinga-pinga di sini. Jadi, kami memikul beg untuk mandi di mana-mana tempat yang suitable untuk mandi. Kelengkang aku MELECET.....!!!!! Mau tak mahu, jalan mengengkang-ngengkang untuk mandi...!!!


0530++: Mandi & Solat Subuh di Masjid Jamek India Muslim, Sg. Siput.


Arrgh...!!! Peha (belah kelengkang) ku melecet...!!! Mandi slow-slow jek di kolah masjid ini. (Slow la pulak, sampai qariah masjid tu tegur aku, bilas slow-slow). Hahahhaa. Kembali memakai baju XPDC kali ini. Ha, baru la layak aku memakai baju ni...!!! Best-best...!!!


Baju XPDC Chamah & Ulu Sepat

Alang-alang, subuh di sini juga. Cuma aku musykil sedikit, kerana Solat Subuh di sini, Doa

Qunut nya tiada ketika solat, tetapi ketika doa penutup Solat 2. Ada sesiapa boleh jawabkan

untuk saya, MENGAPA...!!?


0715++: Sarapan di kedai kecil, berdekatan dengan Stesen Keretapi Sg. Siput.

Bergossip....

Geng-geng SELATAN. Thanks To Bro Faisal

kerana menaja sepinggan nasi aku..!!!

Nak BALIK..!!!!

Makan besar terakhir aku..!! Makan 2 pinggan nasi & mee. Memang nice...!! Selain itu,

mendapat hammock free dari penaja kami...!!! Wah, rezeki..!! Alhamdulillah... bertukar-tukar no. Phone, dan kami semua beransur pulang.

Hammock FREE...!!! Complete sudah barang2 BASIC camping aku..!!!!!

0915++: Menaiki bas mini ke Stesen Keretapi Ipoh. Memang lena la dalam bas itu.

Lena Semua....

Kena candid camera. Lantak la....

1030: Tiba di Stesen Keretapi Ipoh.

Kami posing...

Pemandangan sekitar Bandaraya Ipoh

Beli tiket keretapi pulang ke KL Sentral, menaiki ETS. Wow, first-time naik ETS...!!! Pas ni,

buat la ETS sampai JB..!! Kompem best..!!!!

Menuruni eskalator...

1115: Menaiki ETS & pulang ke KL Sentral.


Skodeng awek hot dari jejantas keretapi tu bersama-sama Bro Lusuh...!!! Wahahahaha...!!!

Dasar LELAKI...!!!!!


Di Cafe ETS

1330: Tiba di KL Sentral.

Membantai KFC bersama-sama mereka yang sehaluan, balik ke KL Sentral. Bergossip juga disini. Dihadiahkan oleh Bro Aleck sebatang tongkat climbing, kerana aku membengkokkannya. Syukraan....


1500++: Pulang ke Bangi menaiki Komuter.


1630: Selamat tiba di rumah sewa, di Bangi.


Home Sweet Home..!!!!

Simple advice dari aku. Kalau mahu mendaki Gunung Chamah-Ulu Sepat, PREPARE

EVERYTHING..!! Gunung ini bukanlah hanya susah pada namanya, tapi sangat GILA pada setiap pendakiannya. Basically, pendaki gunung akan membuat XPDC kali ini sebagai

penutup G7, tapi aku yang mengada-ngada nak buat trip ni. Lagi, orang gila sahaja yang akan mampu stay di hutan selama 7 hari atau lebih, tanpa teknologi, tanpa makanan yang cukup etc. So, PREPARE YOURSELF.


Aku bersyukur kerana aku selamat pergi & selamat kembali pada XPDC kali ini, kerana aku dapat menyaksikan sendiri, betapa kerdilnya diri aku ini, berbanding dengan-Nya yang Maha Besar. Di sinilah baru aku tahu betapa bernilainya setiap amalan baik kita (Solat, bersedekah etc) untuk dihitung di Dunia Sana nanti. Apalah nilai kita sebagai seorang hamba di muka bumi ini memadai dengan amalan-amalan kita ketika ini...? Berikut merupakan paparan-paparan gambar lain yang boleh dikategorikan ‘Suka-Suka’ di sini.

"Agak-agak powil ni leh melompat tak...?"

"Hotak ko...!!!!"

"Pesta TONGGENG....!!!!!"

"Ooops..!!!!"

Awak jangan marah, kami suka-suka je... :-((

Hafiz: "Are We The Hottest Guy...?"

Aku: "Sure Things...!!!"

Sara: "Abg Rama kacakla..."

Bro Rama: "Mai come to papa....!!!"

Cerita-cerita lelaki...

"Akulah Puteri Yang AKan Terbang Ke Puncak Chamah...!!!!"

Nauzubillah.....



Pose Ayu la...


Galah: "Peluk lagi...!!!!"

Is: "Hek3..."


Sara: "Abg Aleck ni hot la..."

Bro Aleck: "I memang hot..."


Jutaan terima kasih kepada semua peserta:

Bro Sham Castello, Bro Lusuh, Galah, Jawa, Hafiz, Indera, Afif, Napi, Bro Aleck, Bro Dayak,

Bro Faisal, Bro Halim, Bro Jai, Bro Rama, Cik “Mak Tiri”, Is, Cik Sara, Cik Nurul & Her Partner, & LASTLY, Pak Anjang. Memori bersama kalian untuk trip ini takkan aku lupakan sampai bila-bila...!!!


K k k. Off Me Go.


Later, Dear All. Wassalam....

9 comments:

  1. ada miss info di situ"
    /

    1650: Tiba di Sg. Lanweng.

    Kalau ada orang wat Reverse C-US, sumpah aku xmoh join...!!!!! Bapak jauh gila Sg. Lanweng
    ke Puncak Gunung Ulu Sepat ...!!!! Lepak sebentar, menghabiskan makanan di sini. Jam
    1800, kembali pulang...!!!

    2345: Tiba di jalan balak Kg. Lerlar.
    Final Checkpoint untuk trip kali ini.
    /

    ReplyDelete
  2. Haaa Haaa Haa..Awat Pic Aku skit Jer niiii

    ReplyDelete
  3. trip cus yg mencabar ya amat..

    ReplyDelete
  4. nanti send kat email kawan boleh...
    nfaisall@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum... wah wah... siap ejek aku 'maktiri' erk... hehehe.. anyway nk repeat ker...? hahahaha...

    ReplyDelete
  6. tahniah!!! yg penting perjalananya :)

    ReplyDelete
  7. 2 scrlettfr: Sori, xbermaksud apa2. Thanks atas jasa kamu memasak sepanjang perjalanan ini, kami berjaya utk menakluki CUS ni. Thanks byk2..!!!!

    2 freemen: Thanks..!! MEMANG GILA PERJALANAN ini...!!!!!

    ReplyDelete