Mar 4, 2011

Perginya Seorang Sifu...


Salam.

Tak mahu cerita banyak-banyak.

Jam 2000, menerima perkhabaran yang Sifu Unggul dalam arean pergunungan, dan juga yang banyak mendidik kami dalam hidup bersama gunung, Abang Zaidi telah pergi untuk selamanya.

Allayarham telah diserang penyakit jantung (info dari Bro Loe Bomba) ketika sedang mendaki Gunung Nombuyukon. Bila terbaca status-status rakan pergunungan yang lain, terus aku call no dia. Kawan yang sama trip dengan dia menjawab panggilan, dan mengesahkan berita ini.

Oh..!! Aku hanya mengenali dia serba-sedikit, kerana hanya 2x trip gunung bersama dia. Tapi, banyak ilmu yang dai curahkan, banyak pengalaman yang dikongsi oleh Allayarham kepada kami. Perkongsian itu sungguh bermakna, untuk kami yang boleh dikatakan baru dalam arena pergunungan ini.

Kepada ahli keluarga Allayarham, bersabar banyak-banyak. Kepada Abg. Zaidi, TERIMA KASIH. Halalkan segala ilmu pergunungan Abang kepada kami. Semoga Abang ditempatkan bersama golongan-golongan yang beriman, di-Sana....

Al-Fatihah.

Kenangan Bersama Arwah Bro Zaidi_1, KorGa

Kenangan Bersama Arwah Bro Zaidi_2, Yong Belar

1 comment: