Jun 6, 2011

Kisah 3 Orang Anak Misi

Gambar Hiasan

Versi Asal:

1.Ada 3 orang anak misi, yang masing-masing memiliki keistimewaan & elemen utama yang tersendiri. Seorang ialah Api, seorang ialah Air dan lagi satu ialah tanah. Mereka berkawan, walaupun dari 1 hingga 10, tiada yang betul bagi mereka. Suatu hari, mereka bertiga bertemu dan berjalan-jalan di negeri Albuquerque. Demi meraikan kenalan atas kenalan, si Api tu tak kisah meredah hujan atau kesejukan, untuk berkumpul di mukim Kelawar.


2.Masing-masing suka memulakan perang antara satu sama lain. Jenis perang yang mereka cetuskan ialah Perang Syria. Oleh kerana si Api itu jenis yang mudah marak, jadi si api mudah meletus, mungkin kerana kandungan oksigen yang terdedah kepada haba beliau sungguh tinggi. Apabila sudah meletus, situasi api itu sungguh marak, sehingga Air & Tanah tadi tidak mampu untuk meredakannya. Akhirnya ketiga-tiga hangus terbakar, tiada apa lagi yang tertinggal.

3.Apalah..!! Masing-masing bodoh. Tak tahu bersyukur dengan apa yang Sang Pencipta telah kurniakan kepada mereka. Lihatlah, bila segalanya sudah musnah, tiada apa lagi yang tinggal....


Versi Penulis:


1-2, follow above.

2.1.Sebenarnya, elemen Air itu membawa sedikit kerosin bersamanya. Jadi, apabila tahap haba itu sangat tinggi, kerosin itu menjadi bahan pembantu bakaran yang baik. Minyak & air tidak akan bersatu, adalah agak mustahil bagi Air untuk memadamkan api yang marak itu. Walaupun Air & Tanah itu merupakan kawan baik, tetapi gabungan mereka tak mampu untuk memadamkan api itu. Akhirnya ketiga-tiga hangus terbakar, tiada apa lagi yang tertinggal.

3, Sambung cerita diatas.

Kesimpulan:

Kepada mereka yang memiliki elemen Air & Tanah yang baik, ingatlah. Anda merupakan antara orang-orang yang layak untuk menampung karenah kenalan-kenalan anda yang memiliki sifat API....

Sekian, begitulah kisahnya...


p/s: ketika folklore ini diceritakan, elemen Angin tiada di tempat kejadian...

No comments:

Post a Comment