Jun 7, 2011

Nazarku....

Salam.

2-3 hari ni kan, aku asyik cerita pasai permasalahan aku, kan? Baik, hari ini, aku ingin menukar topik lain, dan yang aku telah lakukan, kali ini.

Semalam, keputusan Sem Akhir aku di UniKL MFI sudahpun dikeluarkan. Dan ALHAMDULILLAH, keputusannya menunjukkan aku PASS semua subjek yang aku ambil, semester lepas. Dengan ini, Insya-Allah, aku akan menjalankan Industrial Training (InTra), seterusnya menamatkan pengajian Ijazah di sini.

Jujur, aku pernah bernazar, jika aku lulus dengan baik, aku akan membotakkan diri aku. Setiap yang nazar atau berniat adalah wajib ditunaikan memandangkan perkataan itu merupakan suatu janji kepada Allah. Sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud : “Di antara tanda-tanda orang munafik iaitu apabila ia berkata ia berdusta, apabila diberi amanah ia mengkhianati dan apabila ia berjanji ia tidak menepati janji. Selaras dengan sabda Nabi SAW tersebut, aku menekadkan diriku untuk melakukan sesuatu, yang aku tidak pernah buat, sejak 7 tahun dahulu.

Lihatlah, dan gelaklah kalau mahu (jangan risau, aku maafkan kalian).


Muka Legend....


Alhamdulillah, semoga segalanya dipermudahkan oleh-Nya, Insya-Allah...

K k k, Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam....

4 comments: