Sep 14, 2011

Ceritera Hujung Minggu Lepas....

Salam. Kita di sini lagi.

Sori la lambat post. Busy sokmo.

Hujung minggu lepas terisi juga akhirnya. Setelah leave application aku ditolak oleh SV aku, jadi aku TERPAKSA cancelkan trip Beraya Di Tok Nenek anjuran RedTop. Oh, jeles gila bila aku tengok gambar-gambar diorang posing di Banjaran Titiwangsa itu. ARRGH..!!!

But still, aku masih ok2 saja. Hari sabtu, mewakilkan RedTop & DAT's Team, aku attend Majlis Perkahwinan Kakak Ayu, seorang kenalan gunung jugak. Bertemakan warna Pink, majlis itu diadakan di Dewan Jalan AU5, Keramat (sila betulkan) dan juga buffet-style. Makan free banyak-banyak, disamping bertemu dengan kenalan ketika mendaki Yong Belar tahun lepas, Abg Yusni. Berborak panjang, disamping berkenalan dengan kenalan-kenalan dia yang lain, Azizi dari RedTop Team juga menghadiri majlis tersebut. Apa lagi, sambung lepak la.

Aku ketika attending majlis kawen2 ni..

Anggaran jam 1400, bergerak pula ke Open House rumah KeN, juga kenalan gunung & satu team DAT's Team, Kursus Kejuruteraaan Kerja Tali Tahap Tinggi (Level 1) & Sky-Diving Event, soon. Oleh kerana perut aku sudah penuh, aku hanya mampu membantai satay yang dihidangkan oleh mereka sekeluarga. Ingatkan Abang Haidy nak datang sini, rupa-rupanya cancel. Mahu tak mahu, terpaksa aku parking motor di LRT Taman Melati, dan naik ke KLCC. Yang tak boleh blah nya, memakai baju melayu 1 set ke KLCC. SELAMBA..!!!

Esoknya, hari ahad, aku ke Damai Batu Caves. Joining kenalan Azizi RedTop (actually, main terjah jek). untuk melepaskan sangap tak main rock-climbing selama sebulan. Best..!!!! Diorang siap wat jamuan hari raya lagi..!!! Makan free lagi..!!! Thanks la Abg Yem, Kak Lat, Abg Stoned, Abg Jen etc..!! Korang memang SPORTING...!!!

Aku Di Awangan...
 
Salah Satu View...

Pemandangan Bandar Gombak...

Niat ingin datang ke rumah kenalan aku, Naad di Taman melawati. Sayangnya, beliau sibuk hari ahad itu. Jadi, aku membatalkan niat tersebut.

K k k. Setiap hujung minggu, aku akan memanjat batu samada original (batu semulajadi), ataupun tiruan (wall-climbing). Kalau sesiapa yang mahu join, JOM...!!!

K k k. Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam....

No comments:

Post a Comment