Nov 24, 2011

Izinkan Aku SUJUD Selamanya...


Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Firman-Nya di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yg bermaksud:.

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”.

Salam. Kita di sini lagi.

Sekadar cerita kosong.

Aku sukakan XTVT lasak. XTVT yang mencabar diri, mampu membuatkan kita berfikir, mampu membuatkan kita sentiasa tunduk kepada-Nya. Ini kerana dengan XTVT ini, secara tidak langsung, ianya akan ter'apply' sendiri dalam kehidupan aku.

Mai aku bagi contoh. Aku suka mendaki gunung. Selama aku bersusah-payah untuk mendaki, mulut aku sentiasa berselawat kepada Nabi SAW, semoga diri aku tenang, tidak mudah emo ketika mendaki. Alhamdulillah, ianya menjadi. Dan petua mudah ini aku apply bagi setiap XPDC aku.





 
 
Pemandangan XPDC...

Jika diberi rezeki, aku menyaksikan keindahan pemandangan muka bumi-Nya di atas puncak. Secara tidak langsung, (kadang-kala) aku berdoa dalam hati, semoga aku dipanjangkan umur, senantiasa dipertemukan dengan situasi sebegini,  semoga aku terus tunduk kepada-Nya, semoga aku terus bersyukur kepada segala rezeki pemberian-Nya dalam hidup ini.

Alhamdulillah. Tadi, aku pi interview di sebuah company di Kepong, Selangor. (nama dirahsiakan, sebab masih belum official). Job as an Assistant (untuk freshie) Project Manager, salary yang dinego quite BIG, for me. Walaupun bukan (lari sikit) dari prior bidang aku, as long kita mahu belajar, tak salahkan..??



Dari sini, aku terfikir, DIA sentiasa menunjukkan bahawa selama kesedihan, kesabaran ketika aku disini, akan terbayar akhirnya. DIA datangkan hujan kepada aku, dalam diam, DIA simpan PELANGI untuk aku pada kemudian hari.

Pokoknya, bersabarlah yea..?? AHMAD ZUBAIR OTHMAN, you're strong..!! I BELIEVE, YOU CAN DO IT..!!

SABARLAH...!!!

 
Sabar & Syukur..
 
YA ALLAH..!! IZINKAN AKU SENTIASA SUJUD KEPADAMU, SELAMANYA..!! AMIN..!!!!

No comments:

Post a Comment