Dec 16, 2011

Alhamdulillah....

Salam.

pejam celik, dah sebulan aku bekerja secara rasmi (yang dulu-dulu, status budak praktikal) di PMM ni. Wow, teruja kerana kedatangan aku disambut dengan baik oleh staff-staff di sini. Ada lagi tempat untuk aku kembali menjadi seperti dulu, kembali untuk mengejar segala mimpi-mimpi yang hancur, lumat, satu ketika dulu.

Yup, When Comes Power, Comes Responsibilities. Di sini, aku WAJIB mengendalikan satu machine tama untuk pembuatan harness di PMM ini. Oleh kerana aku sahaja yang rajin programming, modified & deciding the pattern of stitching untuk machine ini, jadi Boss makes me stay here. Although the salary aren't good enough, bersyukurlah, Bair. Kejar pengalaman dulu setahun dua ini. Next time, ke tempat lain pulak....

Heavy-Duty Machine: MIT 1 & MIT 2
BTW, aku sangat happy di sini. Lantak la apa orang nak kata, aku B.A.H.A.G.I.A di sini. Walaupun tidaklah semaju Bangi ataupun semoden JB, di sini masih ada sesuatu yang aku suka. Hujung minggu, ke sinilah aku. Bertemu kenalan, bertemu sifu-sifu untuk terus memperjuangkan sukan outdoor ini. Hehehe... 

Tipulah kalau aku cakap aku tak rindu JB. Tapi nak buat macam mana..?? Aku kejauhan, dan susah untuk pulang.... :-((. Sabarkan sahajalah. Ada rezeki, aku akan pulang bekerja di JB....

Benarlah, DIA sudah aturkan sesuatu yang baik, untuk kamu, Bair.

Alhamdulillah. Alhamdulillah & Alhamdulillah....

p/s: HASIL PEMBELIAN UNTUK PETZLS' STAFF PRICE. AWESOME LA..!!!




2 comments:

  1. kje kt petzl nye manufacturing ke bro?
    msti byk dpt equipment free ni..
    ade kosong lg x?hah

    ko mmg bertuah bro

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Aah. Mane de barang free. Disini just mmbuatnya aja. Pasaran PETZL di Malaysia masih dipegang oleh AllSports Eq. Kami tak leh buat apa2.

    BTW, barang2 diatas itu, STAFF PRICE which available for PMM Staff only. Maaf.

    ReplyDelete