Jun 26, 2012

Belajar Navigasi Peta & Kompas (16-17.6.12)


As Salam. Kita di sini lagi.

Cerita ni dah lama. Tapi sebab aku ke'bz'an dengan kerja-kerja di PMM, aku terpaksa postponed utk blogging ini. Alhamdulillah, masih ada masa, jadi, aku menulis LAGI.

16-17 Jun 2012, aku menyertai event Icon-Gunung-Aku, Abg Musz untuk belajar navigasi peta, & pembacaan kompas. Senang cakap, MENYONDOL. Menyondol merupakan acara membuka trek baru di hutan, untk memberi laluan kepada kita, peserta-peserta lain untuk melalui trail tersebut. Tidak lupa juga, untuk emergency case such as SAR, avoiding dangerous upfront dll.

Jam 0800, kami berkumpul di Templar Park, Rawang. Nasib baik dekat. Jadi, tak susah sangat nak balik lambat kan..?? Peserta yang hadir ialah: 

  • Aku
  • Abg Musz
  • Abg Rembau
  • Abg Mie Deris
  • Mi
  • Alang
  • Kawan Alang
  • Jack 
  • Kak Ina
  • Kak ______
  • Basil
  • Hafiz
  • Jebat
  • Tunang Jebat
  • dll....


Abg Musz datang lambat, jadi event kali ini akan dihandle oleh kenalan beliau seorang lagi, Abg Rembau. Semua peserta sudah hadir, jadi kami memulakan perjalanan dari car-park.





TASK 1: SKETCH.

Quite easy, bagi aku. Kerana aku kaki lukis, jadi imaging tu perkara yang senang. Task kami kali ini simple. Sepanjang perjalanan ke kolam renang diatas, kami kena sketch semua keadaan yang ada sepanjang perjalanan kami. Tak susah pun. Banyak kali kami berhenti, & masa terbuang di sini kerana melukis kasar map kami.




Around 1100, kami tiba di air terjun tertinggi di Templar Park tersebut. Semua peserta berkumpul, dan membentangkan apa yang kami temui sepanjang trek menaik tadi. Sedikit discussion, rehat & kami bersedia untuk Task ke-2.

TASK 2: FINDING DIRECTION.

Semua peserta dipecahkan kepada 4 team, Utara, Selatan, Barat & Timur. Task kami kali ini adalah sambungan daripada tadi, kecuali kami kena refer peta, samada arah yang dituju setiap group tadi, tepada dalam peta, & dipilih untuk ke Task 3 kami. Sketch tetap sketch, cuma kami kena ensure map, altitude kami berada pada peta. Setiap group dibagi 20 minit untuk search.



Aku mengambil arah utara, bersama Hafiz. Aku sketch, Hafiz search on map. Gandingan kami agak baik, kerana arah yang diberi kami hampir tepat seperti dalam peta. Hehehhee...

After 20 minutes, kami kembali ke gathering point. Comparing all the track, dan kami berbincang. Finally, we decided to take EAST for our Task 3...!!!!!





TASK 3: MEREDAH SUNGAI

Sungai merupakan salah satu punca air utama bagi semua orang, & penunjuk arah TERBAIK jika seseorang itu SESAT. Jadi, task 3, kami menghala timur, meredah sungai. 



Okay, kami belajar punca-punca Kepala Air terjadi dalam mana-mana trip, petanda-petanda awal, & cara mengelakkan (awal-awal) bencana ini. Btw, trekking di sungai membuatkan aku lemah, kerana ianya banyak berjalan di atas batu, & kasut trekking aku 'not-so-friendly' on slippery-stone. Jadi, sampai satu part, kami terpaksa mendaki air terjun 20-30 degree menegak, mau-x-mahu, aku terpaksa gunakan skill rock-climbing, demi mengelakkan aku jatuh terolek ke bawah tu, nanti.




Jam 1700, tiba di camp-site baru. Kami menebas, menebang kasik clear area kami itu. Dan setup khemah.

Okay, aku tertipu dengan invitation 'Trip DayPack'. Sebenarnya memang BUKAN DAYPACK..!!





Dah la aku tak bawak pape makanan, mau tak mahu, aku joining Hafiz untuk makan malam. Tak sangka Kak Ina bawak makanan yang cukup untuk semua orang. Jadi, penghabis makanan jatuh kepada: AKU..!!! Tak kisahla kena basuh pinggan ke apa, janji aku selamat.




Babe, best gila bukak/mencarik track. Korang patut rasa...!!!! 


2100 -  TASK 4: NIGHT MAP LESSON


Semua tentang map, benda-benda yang wajib ada dalam map semuanya diajar kepada kami. Seperti keratan rentas muka bumi, jenis-jenis peta, plate bumi, satah2 yang dah lama aku tinggal dalam matapelajaran Geog, Scale on map, menembak kawasan tanah tinggi, untuk ensure lokasi kita di map bla3.

Di sini, aku amat tabik kat Abg Rembau. Semua soklan2 bodah dari kami (especially aku) berjaya dijawab olehnya dengan cool. Certain otai, kompem hangen..!!!! Diskusi yang hangat, disamping kisah Oinkk! Oinkk! yang dicetuskan oleh tunang Jebat, memeriahkan suasana di camp-site itu.







Ketibaan Abg Musz & Abg Jebat juga menambahkan kemeriahan camp-site kami. Bertambah-tambah ilmu yang diajar oleh mereka, disamping bahan-membahan yang biasa berlaku ketika trekking.



17 June, 2012.

0730: Bangun dah. Itu pun setelah dikejutkan dengan dapur Abg Rembau masuk gas lebih membuatkan apinya marak. Menggunakan countermeasure yang baru diajar malam tadi, Abg Musz membaling dapur itu (menggunakan kayu) selamba ke dalam sungai. Selamat stove & gas 2 ke dasar sungai itu. :-D



Okay. Diconfirmkan bahawa malam tadi, kami tidur di PERKUBURAN ORANG ASLI. Mana tau..? Ada 2 bukti:

1 - Tembikar lama.
Tembikar lama yang sudah dililit akar pokok hutan membuktikan yang tembikar itu sudah lama berada di atas batuan itu. Ketinggian tanah yang sama seperti perkuburan Muslim juga mengsahihkan fakta ini. Sayangnya, kami bukan archeologist, jadi kami tidak boleh mengsahihkan berapa lama tembikar ini berada di sini.

2 - Susunan Batu

Batuan-batuan itu disusun oleh kudrat orang, bukan disusun secara semulajadi. (semua orang boleh bezakan, kan..??) 




Secara rasmi, camp-site kami ini dinamakan KEM TEMBIKAR ASLI. (Aku bagi cadangan nama Kem Kubur Orang Asli, tapi ditolak kerana KOMPEM takde orang akan datang kemari lagi..!!! :-D )

Kami berkemas untuk pulang. Dan bermula lah task terakhir kami.

TASK 5: FIND YOUR WAY HOME

Abg Musz, Abg Rembau & Abg Mie LEPAS TANGAN kali ini. Diorang hanya check-up dari belakang sahaja Sekarang, up pada kitorang untuk selamat keluar dari hutan ini dengan selamat. Selama 15 minit, kami discussing each other untuk pilih mana haluan kamu, dan yup, we're good.

Peserta dibahagikan kepada 4 team. Aku & Hafiz jadi Team 1st. Selepas bacaan Doa, we're off to go. Aku menyondol, Hafiz navigate aku.


Komen aku untuk task akhir ini:


BEST SIAKKKKKKK...!!!! 

Menebas merupakan perkara yang seronok...!! Selain meredah onak duri, aku belajar melihat jauh ke hadapan, untuk ensure trek yang dipilih itu trek yang benar. Bantuan Navigator sangat diperlukan kali ini, sebab kau kompem penat gila kalau buat kerja ni sorang-sorang. Meredah laluan binatang liar, .....(SMALL HINT: EASY ROUTE - AMBIL LALUAN BINATANG LIAR. TAPI MENEBAS TETAP MENEBAS, BRO. MANA ADA TREK YANG DAH TERBUKA KALAU MENYONDOL...) ....aku hampir bertembung dengan binatang liar yang kurang 5 m jauhnya dari aku. Nasib baik si Hafiz panggil aku. Kalau tak, boleh say hello kat binatang tu. Hahahaha... 





Naik turun trak, sampai sekarang tak jumpa-jumpa jalan balik.... :-X


Meredah sungai.....





Selepas 2 jam, akhirnya kami tiba di tempat kami berkumpul, di air terjun tertinggi. Mandi air terjun sepuas-puasnya, meraikan kejayaan kami. Makan megi, walaupun air tampak keruh. Lantak la, aku peduli apa. & paling tak senang, bila makan megi bersebelahan dengan tebuan tanah buat sarang. ADOI LA...!!!!



1500, BALIK..!!!!!






Setelah sampai di car-park, sedikit briefing penamat, buat bayaran. Dan setelah semuanya selesai, kamik berangkat pulang.

Thanks la korang, sebab create event yang sangat best kali ini..!! Bukan trip 0 degree celsius, Bukan trip 6k ft, tapi ni trip ilmu. Semoga akan ada lagi peluang untuk aku mendalami ilmu-ilmu hutan ini, Insya-Allah....


K k k, Off Me Go.

Later Dear All.

Wassalam.

p/s (1): map dibawah menunjukkan lokasi kami sepanjang perjalanan 2 hari ini. Xjauh pusing pun, kan...??


p/s (2): Balik umah, dlm FB, baru tahu yang sebenarnya, Hafiz 'dihimpit' oleh 'sesuatu' malam itu. Setelah dia azan, barulah semuanya kembali normal.

(SMALL HINTS: AZAN MAGHRIB IS COMPULSORY)



3 comments:

  1. x itam pulak abg wat xtiviti ni eh...waa..hehehehe

    ReplyDelete
  2. Seru juga ikut melancong sambil belajar kompas dan navigasi...

    ReplyDelete