Altimeter
yang dipakai sudah berpusing melepasi angka 3000 kaki dari paras laut. Di luar,
kelihatan awan-awan yang terapung tanpa tali, bagaikan menyapa gembira
kedatangan kami. Mulut aku semakin cepat kumat-kamitnya. Berselawat, berdoa
semoga laluan aku kali ini selamat hendaknya. Arahan daripada Jumpmaster, Abg Jidin untuk memperbetulkan keadaan
pesawat menambahkan debaran ini. Saat kami sudah tiba..!!
Tap!
Tap! Abg Jidin menepuk bahu aku. Aku menoleh, dan dia mengisyaratkan bahawa THE LIGHT IS GREEN..!! Aku mengesot
buntutku di lantai, menggapai keluar untuk mengambil posisi berdiri di sayap.
Menoleh ke dalam. Kak Eija & Shikin menunjukkan isyarat bagus kepada aku.
Aku hanya tersenyum pucat, kerana aku sangat takut ketika itu. Tangan kiri,
kaki dan tangan kanan sudah berada di posisi masing-masing. Aku menarik nafas
aku sedalamnya, menenangkan diri yang tidak tenang-tenang ketika itu. Mataku
awas menantikan arahan Abg Jidin aku. Arahan yang bakal membawa aku mengalami
satu ‘keindahan’ baru. Aku masih belum sedia, kerana aku blanked, tiada apa di
dalam fikiran aku, ketika ini.
Muka
Abg Jidin menerjah seluruh pandangan aku..!! Dengan reaksi mulutnya yang
horror, OPOCOT..!!!!! Sudahlah terperanjat, ditambah lagi tahap terperanjat boboi aku ini, membuatkan
aku gagal menumpukan perhatian ketika tangan aku melepaskan genggaman dari
palang. Kaki ku menendang perlahan, & aku bergerak ke belakang, menggelupur
dan dengan pantas, aku sudah MELAYANG..!!!
Tiada apa di sekeliling, melainkan
kepulan-kepulan awan nano nano nano dan langit biru di sekeliling ku…..
Sedetik
melebih-lebih, aku dibawa kembali kepada seluruh peristiwa yang berlaku, sebelum
ini, yang membawa aku kepada ‘keindahan’ ini….
November 12th,2011.
28 HOURS BEFORE
(0700) Kedinginan air cond kereta Innova
milik Abg PJJ mengejutkan aku dari lena yang sekejap. Ku keluarkan kepalaku
dari keretanya.
|
Kesejukan pagi... |
|
Keter OTAI.... |
Kelihatan Abg Chan sudah tiba untuk car-pooling bersama kami
yang menunggu beliau di Plaza Tol Simpang Ampat. Kami decided untuk bergerak ke
DZ kami, Segamat melalui jalan lama, kerana jarak & masa yang diambil
kompem akan lebih panjang jika melalui Tol Tangkak. Perjalanan selepas Subuh
dari R & R Seremban memberatkan mata aku. Dah la aku tak tidor lagi ketika
ini, kerana aku takut TERLAJAK..!!!!
Setelah
berborak sedikit, kami memulakan perjalanan. Innova leading car-pooling
tersebut dan aku menemani Abg PJJ driving untuk menjadi co-pilotnya. Berbual-bual
bermain teka-teki via walkie-talkie, berkongsi maklumat mengenai dunia radio amatur
dan sebagainya. Tapi sekejap jek. Dalam 1-2 jam, aku juga tidak larat untuk
berjaga kerana mataku kembali lelah. Dan, aku memejamkan mata lagi.
|
Belajar Radio.. |
|
Driver Setia kami, Abg. PJJ... |
Yang
penumpang lain seperti Syu, Kak Eija, Izwan janganlah ditanya kemana. Mereka
LAAAAGI lena membuai, menimbang, melambung mimpi masing-masing. Arrgh…!!!
|
Lenanya mereka.... |
26 HOURS BEFORE
(++0900) Shikin menjadi tour guide kepada kami
untuk sarapan di tempat yang best di Segamat. Well, she was Segamat People, so
let her in. Setelah tiba, kami keluar dari kereta kami dengan muka mengantuk,
lapar, Tak-Malu untuk membaham makanan yang ada. Aku merembat limpa yang
direbus di situ secocok dua untuk santapan perut. Di kedai tersebut, SOTO =
SEDAP….!!!!
|
KESEDAPAN MAKANAN TERSERLAH PADA WAJAH MEREKA |
|
Soto Segamat... |
Tapi kawan-kawan aku lagi ganaz, dilotaknya sambal lagi dalam soto
tu..!! Isssh, aku tak boleh la macam tu, sakit perut & mencretttttttt
nanti….!!!!
|
Berkumpul di Segamat Golf Course, Segamat. |
Next
1 hour, we’re off to go..!!! Yeay, kami menuju ke DZ kami, yang pernah kami
singgah untuk tengok-tengok 2 minggu lepas, dengan hati yang amat kecewa,
ketika itu…
|
Landasan pesawat... |
|
Suka-suki.. |
|
Amik Spirit... |
Khemah,
peralatan sudah disediakan.
|
Equipments... |
|
En. Shamsul mengajar sistem dalam chute.... |
Kami bersidang di gathering place (boleh ke kata
begitu..??) yang disediakan oleh Instructor-Instructor di sini. Malangnya, aku
sangat mengantuk..!!!! Dan jujur, aku langsung tidak dapat menumpukan
perhatian, sampai Abg Chan dok belakang aku & tolong urut-urutkan bahu
aku..!!! Kasik tak ngantuk, kerana tajuk ketika aku sleepy tu tajuk
EMERGENCY…!!! Songal+Sporting la korang ni….
|
Skodeng sape tu..?? |
|
Yoga-ing.. |
|
1,2,3 GO..!!! |
|
ARCH..!! |
Kami
belajar basic ‘terapung’ di udara dengan gaya terbang ARCH (quite similar with
Superman style), dan countermeasure situasi yang bakal berlaku kepada kami.
Yup, padan muka aku kerana aku tidak menumpukan perhatian, Abg Jidin, Jump
Master kami kaw2 tiaow aku tang tu. Sebab aku tak dapat countermeasure salah
satu problem yang always occur masa training tu, dia toaow baikkk punya..!!! Ya
lah, benda berkaitan nyawa kot. Apa-apa yang berlaku kepada aku, sapa nak
jawab..!!!?
|
Student Terbaik kami, ketika ini.. |
Lama
kami di situ untuk belajar pelbagai perkara. Student Terbaik jatuh kepada Kak
Eija, kerana dia memang serius dengan bidang ini..!!! Dengan soalan-soalan nya
juga, membuka mata aku, dan kawan-kawan yang lain mengenai sukan extreme
ini..!!!! Wah, berminat sangat-sangat dengan level FREE-FALL..!!! Yes, my new
dreams will come, soon..!!!!
19 HOURS BEFORE
(++1600) Kami tidak ke mana-mana. Kami dibawa
oleh Penganjur, Abg Loe & Abg Chan terus ke hotel. Masing-masing sudah
memasang di kepala masing-masing, apa planning
yang akan mereka lakukan, untuk menghadapi hari esok. Hotel itu SANGAT
SEMPIT. Well, ok la dapat penginapan, daripada tidak dapat langsung. Kan? Kan?
Kan?
|
Hotel kami... |
|
Berebut tempat... |
Line-up
untuk mandi di hotel itu. Tapi, dek kerana kesedapan air-cond di bilik hotel
itu, aku lena baikkk punya di katil empuk hotel tersebut. Sambung tidor yang
tertangguh, tadi.
15 HOURS BEFORE
(++2000) Turun dari hotel tersebut untuk makan malam. Dengan muka
kelaparan, kami bergegas turun dengan tahap kelaparan yang MEGA..!!! Dah la aku
order lain, waiter tu bagi lain..!!!! Tapi lapar punya pasai, makan je la..!!!
Kami kembali berkumpul di stall bawah itu, bergurau senda, bergosip, lawak
jenaka dll. Cuba melupakan degupan hati kami yang semakin memuncak, bila jam
untuk terbang semakin hampir….
|
Isi perot penuh-penuh, untuk esok... |
Selepas
2 jam, kami pulang ke bilik masing-masing. Sedikit ulangkaji menggunakan buku
yang disediakan, dan kami tidur.
Psst..!! Sempitnya bilik ni..!!!!
|
Left-side view |
|
Right-side view.... |
November 13th,
2011
3 HOURS BEFORE
(0700hrs.)
Okay. Hari yang dinanti sudah tiba.
|
AKU SUDAH SEDIA..!!! |
|
Berdebar-debar.... |
Hati kami semakin kuat degupannya,
mengalahkan menunggu keputusan SPM keluar. Bersiap-siap, dan kami ready to go. Membuat
sedikit rakaman menggunakan video official Cameraman kami, untuk enterprem
GEDIK lagi. Yang tak-boleh-blah, aku kembali naik untuk mengetuk bilik member
yang dikhuatiri masih berdengkorrrr kerana kesedapan bilik hotel tersebut. Dah
la salah ketuk bilik, memalukan betul la..!!!
Kami bergerak beramai-ramai ke
DZ. Sarapan akan disediakan di situ, dan kami memanaskan badan di sini.
|
Warming-Up.. |
Tidak
lupa, semua kenalan-kenalan menelefon orang yang mereka sayang, berharap mereka
mendoakan keselamatan kami di atas nanti.
|
"Mak, Shikin nak terjun..." |
|
Luarannya tenang, dalaman Tuhan saja yang tahu... |
Tidak terkecuali juga aku. AKu SMS
Papa aku, semua kenalan-kenalan rapat aku, dan mereka-mereka yang pernah aku
arguing with. Mana tahu, jika perjalanan hidup aku berakhir di sini…
1.5 HOURS BEFORE
(++0930)Pesawat
ringan Cessna (betulkan kalau salah) yang terbang dari Subang telah tiba di sini.
|
Pesawat landing in.. |
Semakin sukar kami menyatakan apa yang terpendam dalam hati. Samada
teruja+takut+menggeletar dsb, Wallahua’alam. Sortie pertama mengambil tempat,
sortie kedua bersedia. Kami menyorak kepada pesawat yang berlepas, membawa
sortie pertama ke angkasa.
|
First Sortie... |
Teruja, kerana masa kami dah tiba..!! Dan akan kami manfaatkan
masa yang singkat itu, sebaik-baiknya…..
Several minutes after…
First
sortie & first jumper, Bro Noraz selamat mendarat..!!! Dia crashing in di
tanah, membuatkan kami menyorak kepada dia sekuat-kuatnya. Sambil itu, memegang
canopy yang dipakai oleh beliau, ambil semangat sikit..!!! Selepas melihat Abg
PJJ membuat perfect landing & KeN yang melakukan
Hikmat-Berguling-Atas-Tanah, membuatkan kami semakin bersemangat…!!! Hehehehe…
Sortie
Kedua sudah dilepaskan di udara, dan mereka mendarat dengan selamat. Redza
landing di hujung DZ sana, Izwan landing dengan kecederaan di bibir, kerana
stratched with walkie-talkie ketika exit dari pesawat tadi. Cuma ,lagi seorang,
Cik Syu salah landing..!! DZ punya besar di sini, yang dia kejar semak-samun tu
apahal..!!? Hehehe…
Sortie
Ketiga, terdiri daripada aku, Kak Eija & Shikin mengambil tempat. Memakai
canopy bag dengan baik, ianya disertakan dengan walkie-talkie untuk panduan
daripada Instructor, Encik Shamsul ketika di udara. Tidak lupa, aku mengikat
camera dan memasukkannya di dalam baju aku, untuk memudahkan aku posing GEDIK
di udara.
Kami
melangkah ke pesawat. Debaran semakin memuncak..!! Macam nak gugur jantung ni
dibuatnya. Kipas pesawat itu berputar, membuatkan aku nak tumbang ke tanah,
ketika menaiki pesawat itu. Pesawat itu U-Turn di hujung landasan, meluru laju
dan kami semakin meninggalkan tanah, untuk sementara.
NOW
Altimeter
yang dipakai sudah berpusing melepasi angka 3000 kaki dari paras laut. Di luar,
kelihatan awan-awan yang terapung tanpa tali, bagaikan menyapa gembira
kedatangan kami. Mulut aku semakin cepat kumat-kamitnya. Berselawat, berdoa
semoga laluan aku kali ini selamat hendaknya.
Arahan daripada Jumpmaster, Abg Jidin untuk memperbetulkan keadaan
pesawat menambahkan debaran ini. Saat kami sudah tiba..!!
Tap!
Tap! Abg Jidin menepuk bahu aku. Aku menoleh, dan dia mengisyaratkan bahawa THE LIGHT IS GREEN..!! Aku mengesot
buntutku di lantai, menggapai keluar untuk mengambil posisi berdiri di sayap.
Menoleh ke dalam. Kak Eija & Shikin menunjukkan isyarat bagus kepada aku.
Aku hanya tersenyum pucat, kerana aku sangat takut ketika itu. Tangan kiri,
kaki dan tangan kanan sudah berada di posisi masing-masing. Aku menarik nafas
aku sedalamnya, menenangkan diri yang tidak tenang-tenang ketika itu. Mataku
awas menantikan arahan Abg Jidin aku. Arahan yang bakal membawa aku mengalami
satu ‘keindahan’ baru. Aku masih belum sedia, kerana aku blanked, tiada apa di
dalam fikiran aku, ketika ini.
Muka
Abg Jidin menerjah seluruh pandangan aku..!! Dengan reaksi mulutnya yang
horror, OPOCOT..!!!!! Sudahlah terperanjat, ditambah lagi tahap terperanjat boboi aku ini, membuatkan
aku gagal menumpukan perhatian ketika tangan aku melepaskan genggaman dari palang
pesawat. Kaki ku menendang perlahan. & Aku bergerak ke belakang,
menggelupur dan dengan pantas, aku sudah MELAYANG..!!! Tiada apa di sekeliling,
melainkan kepulan-kepulan awan nano nano nano dan biru di sekeliling ku…..
10
saat aku melayang-layang di udara, bagaikan ditarik orang ke sana-ke mari
sesuka hati mereka. Aku tidak nampak apa-apa, kerana getaran kuat tersebut. But
still, aku masih nampak kelibat pesawat yang aku ‘tinggalkan’ itu. Tiba-tiba,
aku teringat sesuatu.
TWO, THREE, CHECK..!!!
Instructor
tahu aku lambat sebut ini, mampus aku kena bantai..!! Dah la sebut dengan salah
aturan, (sepatutnya SATU RIBU, DUA RIBU, TIGA RIBU, TWO, THREE, CHECK..!!!!)
memang kelam-kabut ketika itu. Alhamdulillah, tiada masalah klinikal yang
berlaku pada chute aku, membuatkan aku hanya tarik toggle dengan perlahan, and
YES..!! I AM SURFING…!!!!
Luasnya
Bumi ini.
Indahnya
Pemandangan di sini.
Cantiknya
view angkasa ini.
Kecilnya
aku ini.
Ketika
ini, aku menjerit semahu-mahunya..!!!!! GEMBIRA sangat-sangat kerana impian aku
tercapai. Aku kini di angkasa, walaupun hanya sementara, ianya merupakan
pengalaman yang cukup bernilai untuk aku. Tidak lupa, pose GEDIK (muka pucat),
mengambil video di udara, dan gambar DZ daripada ketinggian 3000 ft. Tidak
lupa, meluahkan segala ketidakpuasan hati terhadap semua yang aku tidak berpuas
hati, dari dulu sampai sekarang. BESTNYA…!!! I AM FREE...!!!
Dah
syok menjerit-jerit, baru aku perasan. WALKIE-TALKIE IS NOT FUNCTIONAL. Mampus..!!
Tiada panduan daripada Instructor, membuatkan aku ALL ALONE di udara.
Ketinggian sudah menurun kepada 2800 ft, dan semakin menurun dengan lajunya. Aku
bermonolog lagi:
|
Crying alone in the sky... |
Selama
ini, aku sentiasa menyendiri
Aku
sentiasa mengasingkan diri.
Aku
sentiasa memencilkan diri.
But
still, aku masih ada FAMILY. AKu masih ada pendengar-pendengar setia. AKu masih
ada mereka-mereka ini..!! Aku menarik kembali back-riser, untuk membiasakan
diri dengannya. Dan aku kembali melayang kesana kemari. Eleh, xsusah pun
‘menari’ di udara pakai back-riser. Boleh je tarik. Cuma susah la, bagi mereka
yang kurang ketinggian. Sekali-sekala, aku buat dynamic stall di udara, nak
rasa pergi ke depannya macam mana…
Okay.
Altimeter menunjukkan 1000 ft. Aku membuat kesalahan lagi. Tidak berada di kawasan DOWN WIND..!!! Adalah mustahil untuk
ke kawasan down-wind dengan ketinggian ini, kerana aku sepatutnya sudah ke situ
pada ketinggian 1500++ ft lagi. But still, aku melayangkan diri aku ke arah
down-wind, dan aku jangkakan yang aku akan U-Turn Maut pada ketinggian 700 ft
nanti. And yup, aku melakukan dengan baik ketika membuat U-Turn dan aku berada
di landasan yang betul untuk mendarat.
Okay,
debaran untuk mendarat kembali lagi. Aku kembali tidak tentu arah, apa yang aku
patut buat. Aku semakin laju ke tanah. Tangan ku bersedia untuk membuat dynamic
stall, untuk mendarat. Sayangnya,
perkiraan masa yang aku analisis tidak tepat. Aku menarik toggle dan..
KSCREET..!!!!
Aku
jatuh tunduk di tanah. Tangan aku tersagat di tanah, menimbulkan sedikit luka
di telapak tangan. Aku berbaring di atas tanah. Melihat angkasa, dimana aku
baru sahaja di situ, tadi. Bila difikirkan kembali, Masya-Allah. Aku terlupa
mengagungkan-Nya setelah melihat keindahan ciptaan-Nya, tadi. Aku terleka di
atas, membuatkan aku langsung lupa, apa yang SEPATUTNYA aku lakukan. Hanya
membisikkan dalam hati, bahawa aku bersyukur kerana aku masih diberikan nyawa
untuk terus mengecapi keindahan alam ini, untuk terus bersujud kepada-Nya.
Amin…
Abg.
Rigger datang untuk membantu aku mengangkat chute yang berada di atas tanah
merah. Berjalan perlahan kerana masih kesakitan dek kerana tersagat tadi, dan
bila pulang ke gathering point tadi,
aku disorak oleh jumpers yang sudah
mahupun yang masih menunggu giliran. Ada yang mensupport supaya tidak menyerah kalah daripada event ini, ada yang
gelak kerana jatuh sagat, dan ada yang mengucapkan tahniah. Wah.. aku sangat
berterima kasih, kerana masih menerima aku seadanya, walaupun aku tidaklah
sehebat mereka-mereka lain. Ucapan tahniah daripada Ketua Balai, Tuan Aizad
kerana berjaya landing dengan selamat lagilah membuatkan aku semakin
bersemangat, untuk next currencies, next
series, SOON..!!!
Kak Eija sudah mendarat lebih awal daripada aku, walaupun dia ialah 2nd
jumper dalam sortie kami. Manakala Shikin Berjaya membuat PERFECT LANDING..!! SERIOUS, JELES…!!!
Kami
kembali ke gathering point dengan cerita-cerita tersendiri. Dengan terbang
xjadi, kegayatan tahap tinggi dll. Benarlah, jauh pemandangan, luas
pemandangan. Terima kasih kepada sukan Outdoor, kerana membawa aku pergi jauh
untuk menikmati sendiri kebesaran-Nya, ini.
Giliran Sortie 4,
Taufeeq & Shakeys terbang. Taufeeq berjaya landing di DZ. Malangnya, Shakeys terbabas agak jauh daripada DZ
asal, mungkin kerana terlalu ghairah untuk mendarat. Dia terkeluar daripada
laluan DZ dan menerjah semak di luar DZ. Tidak mahu menyusahkan Abg. Rigger
kami, aku, Noraz dan KeN serta-merta berkejar ke tempat Shakeys terhempas,
tadi. Turut mengikuti kami, kenalan En. Shamsul untuk menolong apa-apa yang
patut. Kami tiba. Kelihatan Shakeys terduduk kepenatan dengan canopynya
tersangkut di atas semak. Menggunakan kudrat kami yang biasa-biasa saja, kami
menebas semak itu dan membawa pulang sama Shakeys ke gathering point.
Bestnya..!! Next series, aku offer diri jadi tukang sweep mereka-mereka ini
la..!! Syok..!!
|
Shakeys yang terbabas... |
|
SAR Team yang menyelamatkan Shakeys.... |
Tidak
lupa, penghargaan kepada Official Cameraman kami, Abg Accham kerana sudi shoot
gambar yang baik-baik untuk kami, disamping beliau sendiri mengalami pengalaman
ngeri sendiri, kerana menaiki pesawat yang menjunam laju untuk turun ke DZ
TANPA memakai sebarang peralatan keselamatan. SALUTE SAMA KAMU..!!!
|
Amik mood, setelah BERJAYA...!!! |
Acara kami berakhir dengan
terjunan akhir oleh penganjur sendiri, Abg Loe bersama seorang peserta luar
(nama dah lupa) yang turut serta dalam terjunan kali ini, secara solo. Abg Loe
terjun untuk mendapatkan lesen free-fall beliau. Biasaklah, nama pun otai,
landing pun mestilah PERFECT..!!!! Bikin panas ati jek..!!!!
|
Sifu's TIME..!!! |
Sebelum
menunggu upacara penutup, kami menonton sendiri video exit-plane kami yang
dirakam oleh CamPro Abg. Jidin. Ada yang kelakar, ada yang lawa (ayat jeles)
dan ada yang worst. Walaupun exit-plane aku dikatakan BAIK oleh En.SHamsul, but
still, aku TIDAK PUAS HATI..!!! JELES GILA TENGOK ABG PJJ EXIT DENGAN
PERFECT…!!! (biasakla, manusia mana pernah puas..!! J ). Dan kami memang gelak kuat-kuat
tengok reaksi Abg Accham ketika pesawat menjunam laju ke DZ. Hehehe..
++1500hrs
++1600hrs
Kami
mula berangkat untuk pulang ke KL. Tapi, kami masih tidak puas bercerita. Even
dalam walkie-talkie pun, semua masih menceritakan benda-benda yang
berulang-ulang. Excited, Teruja & AWESOME..!! kes masuk semak paling
digemari ketika ini, disamping gambar ABg PJJ memenangi award gambar terbaik
untuk SkyDive, kali ini. Sambung makan di kedai tepi jalan.
|
KELAPARAN... |
Noraz menunjukkan
aura kelaparannya dengan tidak menyabor-nyabor menunggu menu yang disorder
dengan membeli kudapan di warung terdekat. Kebuloq benar ko..!! Hehehehe…
++1800hrs
Dioffer
oleh Shikin untuk melantak Durian di rumah dia..!! Umah dia belakang dusun dia
jek, jadi kami sepakat untuk pergi terjah. Dah lama rupanya aku tak melantak
durian. Tetiba, aku merindui suasana kampung, yang dulunya penuh merimbun denag
buah-buahan yang macam-macam, jika tiba musimnya.
|
Makanan kejayaan TAMBAHAN..!! Thanks, Shikin.... |
++2000hrs
Sessi
meraikan kejayaan jumpers Siri 1 dengan karok tak hengat..!!!
|
SHAKEYS..!!! |
Shakeys keluar
auranya sebagai penyanyi karaoke yang SUPER HOT, dan kami sangat bersemangat
apabila menyanyikan lagu Flying Without Wings (Westlife) & Gemuruh jiwa (xingat
tajuk) oleh Faizal Tahir.
|
Memang puas malam ni..!!! |
MEMANG SYIOOOK…!!! Bila dah nak balik, terlupa pulak
yang sepatutnya kami menyanyikan 1 lagu lagi, iaitu TERBANG dari Def Gab C.
November 14th
, 2011
++0000hrs
Sessi
menghantar peserta pulang. Izwan memarking kereta nya di hadapan rumah member
aku, & Syu ditumpangkan oleh Izwan untuk ke Selayang. Abg PJJ akan
menghantar Kak Eija, Redza pulang selepas itu.
Alhamdulillah,
trip SUPER RARE ini Berjaya akhirnya. Dimulai dengan tangisan kekecewaan, dan
ianya diakhiri oleh tangisan kegembiraan kami semua. Sesungguhnya, tak rugi
kalau kalian ingin mencuba sukan ini. Menjanjikan ujian tahap adrenalin anda
berada di tahap mana, selain menyaji mata anda sendiri dengan keindahan
ciptaan-Nya ini…
Jutaan penghargaan kepada Rescue Climbers Malaysia, Abg Loe, Abg Chan, Tuan Sani, Tuan Aizad, Redza, Izwan, KeN, Noraz, Shakeys, Shikin, Syushiro, Kak Eija, Taufeeq, En. Shamsul, Abg Jidin, Pakcik-Motor-Demak, Abg Rigger, dan semua yang menjayakan SUPER RARE event ini directly, or indirectly. Next Jan, Insya-Allah, We will meet again..!!!
Later, Wassalam.
As always, berikut merupakan gambar candid plus GEDS kami (especially aku) sepanjang event ini. Hahahaha.....
|
Skuad Skydive Siri 1. |
|
Amik semangat daripada OTAI..!! |
|
Aku takut la..!! |
|
Akak ni lagi terrer dari aku. Cet..!!! |
|
"It's a bird. It's a fly. NO..!! It's an INSANE MAN..!!!! |
|
Pasrah... apa akan jadi di atas nanti, Redha je la.... |
|
Ballerina... |
|
Laporan Khas |
|
Wanna Shoot to the sky via this motorcycle..!!! |
|
AWWWW...!!!! |
|
TABIK, TUAN..!!! |
|
Daddy Mee-Sali |
|
Orang Kuat RCM |
|
Pilot yang kepenatan... |
|
HOYEAH..!!! |
YA ALLAH, IZINKAN AKU UNTUK TERUS SUJUD KEPADA-MU SELAMANYA, AMIN, INSYA-ALLAH…
Off Me Go.
Later, Dear All.
Wassalam…
p/s: 'Awak', Merci. En Fin, Je Suis LIBRE...!!!