Dec 26, 2011

Belajar buat system

Salam. Kita di sini lagi.

Untuk kali ini, aku belajar mengenai macam mana untuk membuat system di anchor point, ketika rock-climbing. Oleh kerana aku sudah membeli equipment tambahan (quickdraw), jadi, self-confident untuk belajar & pergi lagi jauh itu tinggi.



Plus, aku Staff PETZL, pembuat barang-barang climbing mahupun kerja tali tinggi yang glamour di dunia, malu la aku, weh klo xtau. Dh la kena sound dengan penjaga Wira Damai, Abg Yem sebab tak pandai buat system..!! ARRGH..!!!



*WARNING...!!!



ACTIVITIES INVOLVING THIS EQUIPMENT ARE INHERENTLY DANGEROUS. YOU ARE RESPONSIBLE FOR YOUR OWN ACTION AND DECISION.


FAILURE TO HEED ANY OF THESE WARNINGS MAY RESULT IN SEVERE INJURE OR DEATH.

**AKU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEGALA KEMALANGAN YANG TERJADI KEPADA KALIAN YANG MEM'POLOW' INSTRUCTION AKU NI SECARA MEMBUTA-TULI...!!! BACA, & PRAKTIKKAN..!! JANGAN MAEN HEMBOSSS JEK..!!!!


Ketika leading, kita akan ke anchor point, titik tertinggi untuk satu route ketika climbing. Itulah titik akhir, untuk kita stop, dan membuat system itu, & turun dengan selamat. Usually, untuk budak baru (like me), climber akan membuat system di atas dan kami akan bermain menggunakan konsep Top-Rope (tali sedia ada). But still, kita tidak boleh buka tali kita itu suka-suka..!! Nyawa tu..!!!

Tadi aku pun baru belajar. (Saya budak baru belajar). Ada beberapa step yang aku diajar & belajar untuk buat system berikut. Ianya merupakan:

1 - Sangkut quickdraw/runner pada bolt terdekat dengan anchor point.


PETZL Ange Finesse 17
2 - Sangkutkan sling kepada ring yang ke-2 hampir dengan anchor point. (biasanya, ada 2 bolt utama yang bersebelahan dengan anchor point). Ensure 2-2 arahan diatas SUDAH disangkutkan awal-awal dengan belay loop kita, awal-awal lagi sebelum climbing.


Sling (yang tali warna putih tu..). SLing & carabiner dijual berasingan, usually.



3 - Shout SAVE kepada belayer kita.

4 - Tarik tali (slacking) untuk mencapai jarak slack yang suitable untuk kita.

5 - Buat dua ikatan 8 dengan tali yang dislack, tadi.

Double Eight-Knot (or Bunny Ears, hmm..?)

6 - Sangkutkan ikatan 8 tadi kepada belay loop kita via locking carabiner (it's quite faster compared re-tightened via rope, earlier)

Tengok 2 ikatan 8 itu disangkutkan kepada belay-loop kita

7 - Buka tali  pertama yang kita ikat awal-awal tadi.

8 - Shout TIGHT kepada belayer kita.

9 - Re-check whole system.

EVERYTHING IS IMPORTANT


10 - Remove every safety elements which attached, before.

11 - Buat L-shaped sit.

12 - Turun perlahan-lahan.

See..?? It's quite easy. Tetapi, BE CAREFUL. Nyawa kita berada di tangan kita, dan kita pastinya menyayangi diri sendiri, kan..?? Jangan carik pasal ea. Tidak cukup hanya membaca di sini, amali juga important, di samping ianya menguatkan ingatan kita untuk membiasakan diri dengan ini.

Aku mengalu-alukan pendapat & kritikan mengenai ilmu ini. Di dunia outdoor, semua orang sama saja. Kau boleh tegur aku, dan aku juga boleh tegur kalian.

Aku jumpa link untuk proper explaination. Tapi, in English la. KLIK SINI. Kredit kepada pembuat website tersebut.

K k k. Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam...

*warning stated on any PETZL products Manual Book.


**warning dari aku..!!!

Dec 23, 2011

Kebosanan...


Salam.

Simple kerja masa lapang, ketika mesin-mesin utama tiada 'breakdown'. (Mudah-mudahan berpanjangan)>


Cantik kan..??

Dec 18, 2011

Weekend (18.12.11)

Salam.
 
Hanya mahu bercerita secara ringkas.

Tadi, aku ke Damai Wall Climbing, untuk merasmikan barang-barang aku. (OF COZ..!!) Hang-out dengan Mofag, Lim dll, kami mencuba di Nanyang Wall-Climbing. Alhamdulillah, aku diberi chance oleh 'Orang Lama' untuk bayar installment untuk kasut rock-climbing. Memang awesome la..!!!!




Gaya climber baru...!!

Lepas ni, memang berlari la aku panjat batu...!!!!

Petang, aku ke Kelana Jaya, untuk Sky-Dive 2nd & 3rd series Briefing.

 
Briefing by Head of Event: Abg Loe
Peserta baru & lama
Abg Jidin mencemar duli...
Sampai maghrib....
Menaiki Kak Lin (bini Abg Accham) & Nadia, kami melepas-lepak, mengenang kembali kisah lama kami & memberi semangat, agar peserta baru tertarik dengan sukan RARE ini.



Sessi membuli budak kecik..!!
 K k k. Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam.

p/s: DUNIA SUDAH TERBALIK..!!! MENYAKSIKAN PASANGAN GAY DI DALAM TOILET DI STESEN LRT BANGSAR...!!!!!! THAT'S DISGUSTING..!!!!

Dec 16, 2011

Alhamdulillah....

Salam.

pejam celik, dah sebulan aku bekerja secara rasmi (yang dulu-dulu, status budak praktikal) di PMM ni. Wow, teruja kerana kedatangan aku disambut dengan baik oleh staff-staff di sini. Ada lagi tempat untuk aku kembali menjadi seperti dulu, kembali untuk mengejar segala mimpi-mimpi yang hancur, lumat, satu ketika dulu.

Yup, When Comes Power, Comes Responsibilities. Di sini, aku WAJIB mengendalikan satu machine tama untuk pembuatan harness di PMM ini. Oleh kerana aku sahaja yang rajin programming, modified & deciding the pattern of stitching untuk machine ini, jadi Boss makes me stay here. Although the salary aren't good enough, bersyukurlah, Bair. Kejar pengalaman dulu setahun dua ini. Next time, ke tempat lain pulak....

Heavy-Duty Machine: MIT 1 & MIT 2
BTW, aku sangat happy di sini. Lantak la apa orang nak kata, aku B.A.H.A.G.I.A di sini. Walaupun tidaklah semaju Bangi ataupun semoden JB, di sini masih ada sesuatu yang aku suka. Hujung minggu, ke sinilah aku. Bertemu kenalan, bertemu sifu-sifu untuk terus memperjuangkan sukan outdoor ini. Hehehe... 

Tipulah kalau aku cakap aku tak rindu JB. Tapi nak buat macam mana..?? Aku kejauhan, dan susah untuk pulang.... :-((. Sabarkan sahajalah. Ada rezeki, aku akan pulang bekerja di JB....

Benarlah, DIA sudah aturkan sesuatu yang baik, untuk kamu, Bair.

Alhamdulillah. Alhamdulillah & Alhamdulillah....

p/s: HASIL PEMBELIAN UNTUK PETZLS' STAFF PRICE. AWESOME LA..!!!




Dec 5, 2011

TERBANG....!!! (12-13.11.11)

Altimeter yang dipakai sudah berpusing melepasi angka 3000 kaki dari paras laut. Di luar, kelihatan awan-awan yang terapung tanpa tali, bagaikan menyapa gembira kedatangan kami. Mulut aku semakin cepat kumat-kamitnya. Berselawat, berdoa semoga laluan aku kali ini selamat hendaknya. Arahan daripada Jumpmaster, Abg Jidin untuk memperbetulkan keadaan pesawat menambahkan debaran ini. Saat kami sudah tiba..!!

Tap! Tap! Abg Jidin menepuk bahu aku. Aku menoleh, dan dia mengisyaratkan bahawa THE LIGHT IS GREEN..!! Aku mengesot buntutku di lantai, menggapai keluar untuk mengambil posisi berdiri di sayap. Menoleh ke dalam. Kak Eija & Shikin menunjukkan isyarat bagus kepada aku. Aku hanya tersenyum pucat, kerana aku sangat takut ketika itu. Tangan kiri, kaki dan tangan kanan sudah berada di posisi masing-masing. Aku menarik nafas aku sedalamnya, menenangkan diri yang tidak tenang-tenang ketika itu. Mataku awas menantikan arahan Abg Jidin aku. Arahan yang bakal membawa aku mengalami satu ‘keindahan’ baru. Aku masih belum sedia, kerana aku blanked, tiada apa di dalam fikiran aku, ketika ini.

Muka Abg Jidin menerjah seluruh pandangan aku..!! Dengan reaksi mulutnya yang horror, OPOCOT..!!!!! Sudahlah terperanjat, ditambah lagi  tahap terperanjat boboi aku ini, membuatkan aku gagal menumpukan perhatian ketika tangan aku melepaskan genggaman dari palang. Kaki ku menendang perlahan, & aku bergerak ke belakang, menggelupur dan dengan pantas, aku sudah MELAYANG..!!! 


Tiada apa di sekeliling, melainkan kepulan-kepulan awan nano nano nano dan langit biru di sekeliling ku….. 


            
Sedetik melebih-lebih, aku dibawa kembali kepada seluruh peristiwa yang berlaku, sebelum ini, yang membawa aku kepada ‘keindahan’ ini…. 

November 12th,2011.
28 HOURS BEFORE

(0700) Kedinginan air cond kereta Innova milik Abg PJJ mengejutkan aku dari lena yang sekejap. Ku keluarkan kepalaku dari keretanya. 

Kesejukan pagi...
Keter OTAI....
Kelihatan Abg Chan sudah tiba untuk car-pooling bersama kami yang menunggu beliau di Plaza Tol Simpang Ampat. Kami decided untuk bergerak ke DZ kami, Segamat melalui jalan lama, kerana jarak & masa yang diambil kompem akan lebih panjang jika melalui Tol Tangkak. Perjalanan selepas Subuh dari R & R Seremban memberatkan mata aku. Dah la aku tak tidor lagi ketika ini, kerana aku takut TERLAJAK..!!!!

Setelah berborak sedikit, kami memulakan perjalanan. Innova leading car-pooling tersebut dan aku menemani Abg PJJ driving untuk menjadi co-pilotnya. Berbual-bual bermain teka-teki via walkie-talkie, berkongsi maklumat mengenai dunia radio amatur dan sebagainya. Tapi sekejap jek. Dalam 1-2 jam, aku juga tidak larat untuk berjaga kerana mataku kembali lelah. Dan, aku memejamkan mata lagi.

Belajar Radio..
Driver Setia kami, Abg. PJJ...

Yang penumpang lain seperti Syu, Kak Eija, Izwan janganlah ditanya kemana. Mereka LAAAAGI lena membuai, menimbang, melambung mimpi masing-masing. Arrgh…!!!

Lenanya mereka....
26 HOURS BEFORE

(++0900) Shikin menjadi tour guide kepada kami untuk sarapan di tempat yang best di Segamat. Well, she was Segamat People, so let her in. Setelah tiba, kami keluar dari kereta kami dengan muka mengantuk, lapar, Tak-Malu untuk membaham makanan yang ada. Aku merembat limpa yang direbus di situ secocok dua untuk santapan perut. Di kedai tersebut, SOTO = SEDAP….!!!! 

KESEDAPAN MAKANAN TERSERLAH PADA WAJAH MEREKA
Soto Segamat...


Tapi kawan-kawan aku lagi ganaz, dilotaknya sambal lagi dalam soto tu..!! Isssh, aku tak boleh la macam tu, sakit perut & mencretttttttt nanti….!!!!

Berkumpul di Segamat Golf Course, Segamat.


Next 1 hour, we’re off to go..!!! Yeay, kami menuju ke DZ kami, yang pernah kami singgah untuk tengok-tengok 2 minggu lepas, dengan hati yang amat kecewa, ketika itu…

Landasan pesawat...
Suka-suki..
Amik Spirit...


Khemah, peralatan sudah disediakan. 

Equipments...
En. Shamsul mengajar sistem dalam chute....
 Kami bersidang di gathering place (boleh ke kata begitu..??) yang disediakan oleh Instructor-Instructor di sini. Malangnya, aku sangat mengantuk..!!!! Dan jujur, aku langsung tidak dapat menumpukan perhatian, sampai Abg Chan dok belakang aku & tolong urut-urutkan bahu aku..!!! Kasik tak ngantuk, kerana tajuk ketika aku sleepy tu tajuk EMERGENCY…!!! Songal+Sporting la korang ni….

Skodeng sape tu..??
Yoga-ing..
1,2,3 GO..!!!
ARCH..!!
Kami belajar basic ‘terapung’ di udara dengan gaya terbang ARCH (quite similar with Superman style), dan countermeasure situasi yang bakal berlaku kepada kami. Yup, padan muka aku kerana aku tidak menumpukan perhatian, Abg Jidin, Jump Master kami kaw2 tiaow aku tang tu. Sebab aku tak dapat countermeasure salah satu problem yang always occur masa training tu, dia toaow baikkk punya..!!! Ya lah, benda berkaitan nyawa kot. Apa-apa yang berlaku kepada aku, sapa nak jawab..!!!?

Student Terbaik kami, ketika ini..
Lama kami di situ untuk belajar pelbagai perkara. Student Terbaik jatuh kepada Kak Eija, kerana dia memang serius dengan bidang ini..!!! Dengan soalan-soalan nya juga, membuka mata aku, dan kawan-kawan yang lain mengenai sukan extreme ini..!!!! Wah, berminat sangat-sangat dengan level FREE-FALL..!!! Yes, my new dreams will come, soon..!!!!

19 HOURS BEFORE

(++1600) Kami tidak ke mana-mana. Kami dibawa oleh Penganjur, Abg Loe & Abg Chan terus ke hotel. Masing-masing sudah memasang di kepala masing-masing, apa planning yang akan mereka lakukan, untuk menghadapi hari esok. Hotel itu SANGAT SEMPIT. Well, ok la dapat penginapan, daripada tidak dapat langsung. Kan? Kan? Kan?

Hotel kami...
Berebut tempat...
Line-up untuk mandi di hotel itu. Tapi, dek kerana kesedapan air-cond di bilik hotel itu, aku lena baikkk punya di katil empuk hotel tersebut. Sambung tidor yang tertangguh, tadi.

15 HOURS BEFORE


(++2000) Turun dari hotel tersebut untuk makan malam. Dengan muka kelaparan, kami bergegas turun dengan tahap kelaparan yang MEGA..!!! Dah la aku order lain, waiter tu bagi lain..!!!! Tapi lapar punya pasai, makan je la..!!! Kami kembali berkumpul di stall bawah itu, bergurau senda, bergosip, lawak jenaka dll. Cuba melupakan degupan hati kami yang semakin memuncak, bila jam untuk terbang semakin hampir….

Isi perot penuh-penuh, untuk esok...

Selepas 2 jam, kami pulang ke bilik masing-masing. Sedikit ulangkaji menggunakan buku yang disediakan, dan kami tidur.

Psst..!! Sempitnya bilik ni..!!!!

Left-side view
Right-side view....

November 13th, 2011
3 HOURS BEFORE

(0700hrs.) Okay. Hari yang dinanti sudah tiba. 

AKU SUDAH SEDIA..!!!
Berdebar-debar....
Hati kami semakin kuat degupannya, mengalahkan menunggu keputusan SPM keluar. Bersiap-siap, dan kami ready to go. Membuat sedikit rakaman menggunakan video official Cameraman kami, untuk enterprem GEDIK lagi. Yang tak-boleh-blah, aku kembali naik untuk mengetuk bilik member yang dikhuatiri masih berdengkorrrr kerana kesedapan bilik hotel tersebut. Dah la salah ketuk bilik, memalukan betul la..!!!

Kami bergerak beramai-ramai ke DZ. Sarapan akan disediakan di situ, dan kami memanaskan badan di sini. 

Warming-Up..
Tidak lupa, semua kenalan-kenalan menelefon orang yang mereka sayang, berharap mereka mendoakan keselamatan kami di atas nanti. 

"Mak, Shikin nak terjun..."
Luarannya tenang, dalaman Tuhan saja yang tahu...
Tidak terkecuali juga aku. AKu SMS Papa aku, semua kenalan-kenalan rapat aku, dan mereka-mereka yang pernah aku arguing with. Mana tahu, jika perjalanan hidup aku berakhir di sini…

1.5 HOURS BEFORE

(++0930)Pesawat ringan Cessna (betulkan kalau salah) yang terbang dari Subang telah tiba di sini. 

Pesawat landing in..
Semakin sukar kami menyatakan apa yang terpendam dalam hati. Samada teruja+takut+menggeletar dsb, Wallahua’alam. Sortie pertama mengambil tempat, sortie kedua bersedia. Kami menyorak kepada pesawat yang berlepas, membawa sortie pertama ke angkasa. 

First Sortie...
 Teruja, kerana masa kami dah tiba..!! Dan akan kami manfaatkan masa yang singkat itu, sebaik-baiknya…..

Several minutes after…

First sortie & first jumper, Bro Noraz selamat mendarat..!!! Dia crashing in di tanah, membuatkan kami menyorak kepada dia sekuat-kuatnya. Sambil itu, memegang canopy yang dipakai oleh beliau, ambil semangat sikit..!!! Selepas melihat Abg PJJ membuat perfect landing & KeN yang melakukan Hikmat-Berguling-Atas-Tanah, membuatkan kami semakin bersemangat…!!! Hehehehe…

Sortie Kedua sudah dilepaskan di udara, dan mereka mendarat dengan selamat. Redza landing di hujung DZ sana, Izwan landing dengan kecederaan di bibir, kerana stratched with walkie-talkie ketika exit dari pesawat tadi. Cuma ,lagi seorang, Cik Syu salah landing..!! DZ punya besar di sini, yang dia kejar semak-samun tu apahal..!!? Hehehe…

Sortie Ketiga, terdiri daripada aku, Kak Eija & Shikin mengambil tempat. Memakai canopy bag dengan baik, ianya disertakan dengan walkie-talkie untuk panduan daripada Instructor, Encik Shamsul ketika di udara. Tidak lupa, aku mengikat camera dan memasukkannya di dalam baju aku, untuk memudahkan aku posing GEDIK di udara.

Kami melangkah ke pesawat. Debaran semakin memuncak..!! Macam nak gugur jantung ni dibuatnya. Kipas pesawat itu berputar, membuatkan aku nak tumbang ke tanah, ketika menaiki pesawat itu. Pesawat itu U-Turn di hujung landasan, meluru laju dan kami semakin meninggalkan tanah, untuk sementara.

NOW

Altimeter yang dipakai sudah berpusing melepasi angka 3000 kaki dari paras laut. Di luar, kelihatan awan-awan yang terapung tanpa tali, bagaikan menyapa gembira kedatangan kami. Mulut aku semakin cepat kumat-kamitnya. Berselawat, berdoa semoga laluan aku kali ini selamat hendaknya.  Arahan daripada Jumpmaster, Abg Jidin untuk memperbetulkan keadaan pesawat menambahkan debaran ini. Saat kami sudah tiba..!!

Tap! Tap! Abg Jidin menepuk bahu aku. Aku menoleh, dan dia mengisyaratkan bahawa THE LIGHT IS GREEN..!! Aku mengesot buntutku di lantai, menggapai keluar untuk mengambil posisi berdiri di sayap. Menoleh ke dalam. Kak Eija & Shikin menunjukkan isyarat bagus kepada aku. Aku hanya tersenyum pucat, kerana aku sangat takut ketika itu. Tangan kiri, kaki dan tangan kanan sudah berada di posisi masing-masing. Aku menarik nafas aku sedalamnya, menenangkan diri yang tidak tenang-tenang ketika itu. Mataku awas menantikan arahan Abg Jidin aku. Arahan yang bakal membawa aku mengalami satu ‘keindahan’ baru. Aku masih belum sedia, kerana aku blanked, tiada apa di dalam fikiran aku, ketika ini.

Muka Abg Jidin menerjah seluruh pandangan aku..!! Dengan reaksi mulutnya yang horror, OPOCOT..!!!!! Sudahlah terperanjat, ditambah lagi  tahap terperanjat boboi aku ini, membuatkan aku gagal menumpukan perhatian ketika tangan aku melepaskan genggaman dari palang pesawat. Kaki ku menendang perlahan. & Aku bergerak ke belakang, menggelupur dan dengan pantas, aku sudah MELAYANG..!!! Tiada apa di sekeliling, melainkan kepulan-kepulan awan nano nano nano dan biru di sekeliling ku…..

10 saat aku melayang-layang di udara, bagaikan ditarik orang ke sana-ke mari sesuka hati mereka. Aku tidak nampak apa-apa, kerana getaran kuat tersebut. But still, aku masih nampak kelibat pesawat yang aku ‘tinggalkan’ itu. Tiba-tiba, aku teringat sesuatu.

TWO, THREE, CHECK..!!!

Instructor tahu aku lambat sebut ini, mampus aku kena bantai..!! Dah la sebut dengan salah aturan, (sepatutnya SATU RIBU, DUA RIBU, TIGA RIBU, TWO, THREE, CHECK..!!!!) memang kelam-kabut ketika itu. Alhamdulillah, tiada masalah klinikal yang berlaku pada chute aku, membuatkan aku hanya tarik toggle dengan perlahan, and YES..!! I AM SURFING…!!!!

Luasnya Bumi ini.
            
 Indahnya Pemandangan di sini.
             
Cantiknya view angkasa ini.
             
Kecilnya aku ini. 

Ketika ini, aku menjerit semahu-mahunya..!!!!! GEMBIRA sangat-sangat kerana impian aku tercapai. Aku kini di angkasa, walaupun hanya sementara, ianya merupakan pengalaman yang cukup bernilai untuk aku. Tidak lupa, pose GEDIK (muka pucat), mengambil video di udara, dan gambar DZ daripada ketinggian 3000 ft. Tidak lupa, meluahkan segala ketidakpuasan hati terhadap semua yang aku tidak berpuas hati, dari dulu sampai sekarang. BESTNYA…!!! I AM FREE...!!!

Dah syok menjerit-jerit, baru aku perasan. WALKIE-TALKIE IS NOT FUNCTIONAL. Mampus..!! Tiada panduan daripada Instructor, membuatkan aku ALL ALONE di udara. Ketinggian sudah menurun kepada 2800 ft, dan semakin menurun dengan lajunya. Aku bermonolog lagi:

Crying alone in the sky...

Selama ini, aku sentiasa menyendiri
  
Aku sentiasa mengasingkan diri.

Aku sentiasa memencilkan diri.
  
But still, aku masih ada FAMILY. AKu masih ada pendengar-pendengar setia. AKu masih ada mereka-mereka ini..!! Aku menarik kembali back-riser, untuk membiasakan diri dengannya. Dan aku kembali melayang kesana kemari. Eleh, xsusah pun ‘menari’ di udara pakai back-riser. Boleh je tarik. Cuma susah la, bagi mereka yang kurang ketinggian. Sekali-sekala, aku buat dynamic stall di udara, nak rasa pergi ke depannya macam mana…





Okay. Altimeter menunjukkan 1000 ft. Aku membuat kesalahan lagi. Tidak berada di kawasan DOWN WIND..!!! Adalah mustahil untuk ke kawasan down-wind dengan ketinggian ini, kerana aku sepatutnya sudah ke situ pada ketinggian 1500++ ft lagi. But still, aku melayangkan diri aku ke arah down-wind, dan aku jangkakan yang aku akan U-Turn Maut pada ketinggian 700 ft nanti. And yup, aku melakukan dengan baik ketika membuat U-Turn dan aku berada di landasan yang betul untuk mendarat.

Okay, debaran untuk mendarat kembali lagi. Aku kembali tidak tentu arah, apa yang aku patut buat. Aku semakin laju ke tanah. Tangan ku bersedia untuk membuat dynamic stall, untuk mendarat.  Sayangnya, perkiraan masa yang aku analisis tidak tepat. Aku menarik toggle dan..

KSCREET..!!!!

Aku jatuh tunduk di tanah. Tangan aku tersagat di tanah, menimbulkan sedikit luka di telapak tangan. Aku berbaring di atas tanah. Melihat angkasa, dimana aku baru sahaja di situ, tadi. Bila difikirkan kembali, Masya-Allah. Aku terlupa mengagungkan-Nya setelah melihat keindahan ciptaan-Nya, tadi. Aku terleka di atas, membuatkan aku langsung lupa, apa yang SEPATUTNYA aku lakukan. Hanya membisikkan dalam hati, bahawa aku bersyukur kerana aku masih diberikan nyawa untuk terus mengecapi keindahan alam ini, untuk terus bersujud kepada-Nya. Amin…

Abg. Rigger datang untuk membantu aku mengangkat chute yang berada di atas tanah merah. Berjalan perlahan kerana masih kesakitan dek kerana tersagat tadi, dan bila pulang ke gathering point tadi, aku disorak oleh jumpers yang sudah mahupun yang masih menunggu giliran. Ada yang mensupport supaya tidak menyerah kalah daripada event ini, ada yang gelak kerana jatuh sagat, dan ada yang mengucapkan tahniah. Wah.. aku sangat berterima kasih, kerana masih menerima aku seadanya, walaupun aku tidaklah sehebat mereka-mereka lain. Ucapan tahniah daripada Ketua Balai, Tuan Aizad kerana berjaya landing dengan selamat lagilah membuatkan aku semakin bersemangat, untuk next currencies, next series, SOON..!!!

Kak Eija sudah mendarat lebih awal daripada aku, walaupun dia ialah 2nd jumper dalam sortie kami. Manakala Shikin Berjaya membuat PERFECT LANDING..!! SERIOUS, JELES…!!!

Kami kembali ke gathering point dengan cerita-cerita tersendiri. Dengan terbang xjadi, kegayatan tahap tinggi dll. Benarlah, jauh pemandangan, luas pemandangan. Terima kasih kepada sukan Outdoor, kerana membawa aku pergi jauh untuk menikmati sendiri kebesaran-Nya, ini.

Giliran Sortie 4, Taufeeq & Shakeys terbang. Taufeeq berjaya landing di DZ. Malangnya, Shakeys terbabas agak jauh daripada DZ asal, mungkin kerana terlalu ghairah untuk mendarat. Dia terkeluar daripada laluan DZ dan menerjah semak di luar DZ. Tidak mahu menyusahkan Abg. Rigger kami, aku, Noraz dan KeN serta-merta berkejar ke tempat Shakeys terhempas, tadi. Turut mengikuti kami, kenalan En. Shamsul untuk menolong apa-apa yang patut. Kami tiba. Kelihatan Shakeys terduduk kepenatan dengan canopynya tersangkut di atas semak. Menggunakan kudrat kami yang biasa-biasa saja, kami menebas semak itu dan membawa pulang sama Shakeys ke gathering point. Bestnya..!! Next series, aku offer diri jadi tukang sweep mereka-mereka ini la..!! Syok..!!

Shakeys yang terbabas...
SAR Team yang menyelamatkan Shakeys....


Tidak lupa, penghargaan kepada Official Cameraman kami, Abg Accham kerana sudi shoot gambar yang baik-baik untuk kami, disamping beliau sendiri mengalami pengalaman ngeri sendiri, kerana menaiki pesawat yang menjunam laju untuk turun ke DZ TANPA memakai sebarang peralatan keselamatan. SALUTE SAMA KAMU..!!!

Amik mood, setelah BERJAYA...!!!

Acara kami berakhir dengan terjunan akhir oleh penganjur sendiri, Abg Loe bersama seorang peserta luar (nama dah lupa) yang turut serta dalam terjunan kali ini, secara solo. Abg Loe terjun untuk mendapatkan lesen free-fall beliau. Biasaklah, nama pun otai, landing pun mestilah PERFECT..!!!! Bikin panas ati jek..!!!!

Sifu's TIME..!!!
Sebelum menunggu upacara penutup, kami menonton sendiri video exit-plane kami yang dirakam oleh CamPro Abg. Jidin. Ada yang kelakar, ada yang lawa (ayat jeles) dan ada yang worst. Walaupun exit-plane aku dikatakan BAIK oleh En.SHamsul, but still, aku TIDAK PUAS HATI..!!! JELES GILA TENGOK ABG PJJ EXIT DENGAN PERFECT…!!! (biasakla, manusia mana pernah puas..!! J ). Dan kami memang gelak kuat-kuat tengok reaksi Abg Accham ketika pesawat menjunam laju ke DZ. Hehehe..

++1500hrs      

Upacara Penyampaian Sijil berlangsung. Ucapan daripada Tuan Aizad, Abg Loe & Abg PJJ betul-betul mengujakan kami. 

susun kerusi..
Abg2 Rigger...
KAMI BERJAYA..!!
 
Abg PJJ mewakili kami untuk memberikan ucapan
Tuan Aizad memberi ucapan penghargaan
 Setelah penat jerih perit menunggu event ini, ALHAMDULILLAH. AKhirnya ianya menjadi kenyataan. Dengan jalan yang dipermudahkan oleh-Nya, semoga ianya akan terus menjadi satu inspirasi kami untuk terus maju kehadapan..!!!

++1600hrs

Kami mula berangkat untuk pulang ke KL. Tapi, kami masih tidak puas bercerita. Even dalam walkie-talkie pun, semua masih menceritakan benda-benda yang berulang-ulang. Excited, Teruja & AWESOME..!! kes masuk semak paling digemari ketika ini, disamping gambar ABg PJJ memenangi award gambar terbaik untuk SkyDive, kali ini. Sambung makan di kedai tepi jalan. 

 
KELAPARAN...


Noraz menunjukkan aura kelaparannya dengan tidak menyabor-nyabor menunggu menu yang disorder dengan membeli kudapan di warung terdekat. Kebuloq benar ko..!! Hehehehe…

++1800hrs

            Dioffer oleh Shikin untuk melantak Durian di rumah dia..!! Umah dia belakang dusun dia jek, jadi kami sepakat untuk pergi terjah. Dah lama rupanya aku tak melantak durian. Tetiba, aku merindui suasana kampung, yang dulunya penuh merimbun denag buah-buahan yang macam-macam, jika tiba musimnya.

Makanan kejayaan TAMBAHAN..!! Thanks, Shikin....

++2000hrs

Sessi meraikan kejayaan jumpers Siri 1 dengan karok tak hengat..!!! 

SHAKEYS..!!!
Shakeys keluar auranya sebagai penyanyi karaoke yang SUPER HOT, dan kami sangat bersemangat apabila menyanyikan lagu Flying Without Wings (Westlife) & Gemuruh jiwa (xingat tajuk) oleh Faizal Tahir. 

Memang puas malam ni..!!!
MEMANG SYIOOOK…!!! Bila dah nak balik, terlupa pulak yang sepatutnya kami menyanyikan 1 lagu lagi, iaitu TERBANG dari Def Gab C.

November 14th , 2011
++0000hrs

Sessi menghantar peserta pulang. Izwan memarking kereta nya di hadapan rumah member aku, & Syu ditumpangkan oleh Izwan untuk ke Selayang. Abg PJJ akan menghantar Kak Eija, Redza pulang selepas itu.


Alhamdulillah, trip SUPER RARE ini Berjaya akhirnya. Dimulai dengan tangisan kekecewaan, dan ianya diakhiri oleh tangisan kegembiraan kami semua. Sesungguhnya, tak rugi kalau kalian ingin mencuba sukan ini. Menjanjikan ujian tahap adrenalin anda berada di tahap mana, selain menyaji mata anda sendiri dengan keindahan ciptaan-Nya ini…

Jutaan penghargaan kepada Rescue Climbers Malaysia, Abg Loe, Abg Chan, Tuan Sani, Tuan Aizad, Redza, Izwan, KeN, Noraz, Shakeys, Shikin, Syushiro, Kak Eija, Taufeeq, En. Shamsul, Abg Jidin, Pakcik-Motor-Demak, Abg Rigger, dan semua yang menjayakan SUPER RARE event ini directly, or indirectly. Next Jan, Insya-Allah, We will meet again..!!!

Later, Wassalam.

As always, berikut merupakan gambar candid plus GEDS kami (especially aku) sepanjang event ini. Hahahaha.....


Skuad Skydive Siri 1.
Amik semangat daripada OTAI..!!


Aku takut la..!!
Akak ni lagi terrer dari aku. Cet..!!!
"It's a bird. It's a fly. NO..!! It's an INSANE MAN..!!!!
Pasrah... apa akan jadi di atas nanti, Redha je la....
Ballerina...
Laporan Khas
Wanna Shoot to the sky via this motorcycle..!!!


AWWWW...!!!!
TABIK, TUAN..!!!
Daddy Mee-Sali

Orang Kuat RCM
Pilot yang kepenatan...
HOYEAH..!!!

YA ALLAH, IZINKAN AKU UNTUK TERUS SUJUD KEPADA-MU SELAMANYA, AMIN, INSYA-ALLAH…

Off Me Go.
Later, Dear All.
Wassalam…

p/s: 'Awak', Merci. En Fin, Je Suis LIBRE...!!!