Mar 22, 2010
KISAH GUNUNG: Gunung Yong Yap (G7)
Demi menghilangkan kebuhsanan aku, aku menyertai lagi XPDC mendaki gunung lagi anjuran Kuntau Adventure. Dan kali ini, kami mendaki Gunung Yong Yap.
Below is MY tentative yang aku rakam menggunakan MP3 Sony 2Gb aku. Kih3….
19 Mac 2010
0630 - Bangun & menunaikan Solat Subuh di Surau Balai Polis Lojing, Kelantan. Semua peserta
mengemas, bersiap-sedia. Selepas itu, bersarapan di kedai kecil di hadapan balai polis tersebut.
Muka kami masih berseri-seri tatkala masih tidak mengetahui bahana yang akan kami tempuhi di sini.
0800 - Menaiki powil ke 1st Checkpoint, dimana titik bermula & berakhir untuk XPDC kali ini.
Small briefing by Azim & Pak Kassim.
Hampir mabuk di sini. Tahan sahaja lah. Bergambar sekejep di titi yang merentasi sungai kecil di
Kampung Orang Asli. Walaupun cetek, tetap mengerikan. Kerana titi itu kukuh-tak-kukuh.
Hahaha……
0900 - Memulakan perjalanan untuk mendaki Gunung Yong Yap.
Trek di sini masih landai, jadi aku try sprint to maintain gap dengan Pak Kassim.
0940 - Melalui Sungai Sarawak & tiba di Puncak Sarawak.
Actually, namanya Puncak Rawak. Tapi, kat map, dia tulis Puncak Sarawak. Di sini, kami just
Take 10.
1030 - Tiba di Hulu Sungai Rengil.
4 orang terawal ialah kami (Pak Kassim, A’an, Hadri, aku), sbb nk maintain gap between
Pak Kassim, n us. (5-10 minit). Melalui juga tempat-tempat dan kesan-kesan di mana kepala air kerap berlaku.
1100 - Memulakan perjalanan kembali.
Tiba di Kem/Puncak Pacak, lunch di sini ngn makan makanan yg kami tapau dri R&R Tapah,
semalam.
Sebab kami smpai awal, kami makan awal, & tidur sekejap. Sebab penat ketika ke Balai Polis
Lojing masih tidak hilang lagi. Jam 1305, Memulakan perjalan memacak..!!
1425 - Sampai di Kem Agas.
Serius pewai (out-of-energy by climbers) bila sampai sini. Buka ground (pelapik tanah), &
tidur-tidur ayam.1515, memulakan perjalanan kembali.
1632 - Tiba di Last Water Point.
Target utk maintain gap between Pak Kassim ternyata GAGAL…!!!!! Kerana lutut kiri aku sangat
MERAGAM kali ini (injured effects during last trip, XPDC Yong Belar). Jamak Taahir di sini. 1740, memulakan perjalanan kembali.
1920 - Berhenti sebentar untuk menghormati waktu Maghrib.
Ada cerita menarik di sini. Silakan membaca untuk mengetahuinya. 1935,memulakan perjalanan kembali.
1938 - Sampai ke Kem Balak Pecah. (Kem Hassan).
Al-Fatihah untuk Saudara Hassan. Bermalam di sini. Belajar memasang fly (atap) LAGI dengan
Bro A’an & Bro Hadri. Diorang tidur dengan menggunakan hammock (kantung tidur). Tapi tidak
tahulah, aku suka sangat-sangat tidur menggunakan sleeping bag (beg tidur). Pak Kassim membuat unggun api menguunakan balak pecah di kem ini. Ground dah bagi kat tmpat lain, so,
tidur menggunakan sleeping mat (tikar). Jamak Taahir di sini. Lepas dinner, terus bantai tidur.
(SANGAT-SANGAT LENA..!!!!)
20 Mac 2010
0600 - Bangun Subuh.
Menggagau mencari air untuk membuat mushroom soup & nes panas. A’an mencari kayu api
untuk menghidupkan kembali api yang sudah tinggal abu (sebab itu aku join tidur ngn A’an, Hadri.
sumber haba dekat..!!) Take painkiller (ubat menahan sakit) from Bro Sam, sebab nak elakkan
lutut kiri aku meragam lagi. Breakfast, 0745, bersiap-siap & memulakan perjalanan kembali.
0945 - Tiba di Simpang Bubu, letak beg untuk sprint ke Puncak Yong Yap.
Ceritanya begini. Bro Sam membuka cerita dengan mengatakan semalam, ketika waktu
maghrib, dia ternampak “seseorang” yang memakai baju merah di belakang aku, bertongkat.
Tapi dalam group kami ketika itu, hanya aku sahaja yang memakai baju merah (theme color
untuk aku ketika mendaki: MERAH) & aku lah orang yang paling belakang..!!!! Plus, bila masa
aku bertongkat..? Sam, nasib baik la ko bagitau hari ni. Kalu bagitau semalam, aku balik ah..!!!!
(ToT) Jam 1000, memulakan perjalanan kembali. Kali ini, kami sprint sebab beg telah kami
tinggalkan di simpang tadi.
1040 - Sampai di Puncak Yong Yap. WOW..!!! Sprint to the TOP..!!!
WOWWWW..!!!! WE DID IT..!!! Selepas bergambar, kandid-kandid di sana sini, jam 1100,
Memulakan perjalanan turun ke Simpang Bubu.
1123 - Sampai di Simpang Bubu.
Ambil beg yang kami tinggalkan tadi,1130, Memulakan perjalanan kembali untuk ke Puncak
Bubu.
1500 - Tiba di Puncak Bubu.
Tukar plan. Daripada nk sprint ke Kem Belumut, kepada bermalam di sini. Ini kerana merisaukan
ketibaan yang lambat, keadaan yang menekan, hujan & avoiding injuries by participants. Sebagai
peserta, mau xmahu, ikut je la. 1 lagi, aku tak rela berjalan malam selama 3-5 jam. Sakit &
mental weh…!!!!! Apa-apa pun. kami bermalam di sini kerana tiada pilihan lain. Memasang fly
kerana kehujanan, serta belajar sedikit cara-cara mengisi air hujan. Memang la kotor dengan rumput, debu-debu, tapi WTH..!!! Kami kekontangan air. Tiada pilihan weh..!!!! Malam nya, makan dinner seperti yang dimasak oleh company. Tayammum, Jamak Taahir secara duduk di bawah fly, menelefon ‘awak’, yang ketika ini berada di Muar, bertanya khabar apakah ‘awak’ di sana. Sejuk sejuk dek kedinginan angin di puncak pun hilang apabila menelefon ‘awak’. Kih3…. ( SUKA..!! SUKA..!! SUKA..!!) Tak lama, dalam 10 minit, kami tidur….
21 Mac 2010
0527 - Bangun & menunggu waktu Subuh.
Menggagau-gagau mencari air untuk membuat nes panas..!! Sambil-sambil mengambil angin
sejuk, pusing-pusing keliling fly member-member lain, saja, boring. Lepas Subuh, berkemas, take
another painkiller, sarapan & bersedia untuk sprint hari ini (kes xmoh sampai 1st checkpoint
malam..!!) Jam 0830, Memulakan perjalanan kembali untuk turun.
1040 - Sampai ke Puncak Kayung.
Aku ingat smpai puncak Gayung. Kalau Gayung, aku salah trek la..!! Sebab Gayung menuju ke
Korbu..!! Dah la time ni, aku sorang2 sprint xhengat time nie…!!! Hahahaha…
1055 - Sampai ke Puncak Tok Nenek.
This is where climbers (we) should be..!!! Why..!? View di sini SANGAT INDAH..!!!!!! Indahnya
ciptaan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang mahu befikir. Pemandangan 360⁰ cukup-cukup
mengasyikkan. Terkedu tak terkata apabila aku memacakkan kaki di atas batu putih di puncak ini.
Kerana cuaca sangat-sangat memihak padaku, aku menyaksikan sendiri keindahan Banjaran
Titiwangsa, yang menjadi ‘tulang’ utama untuk Semenanjung Malaysia. 1230, memulakan
perjalanan kembali untuk turun ke Kem Berlumut.
1340 - Tiba di Kem Berlumut. Lunch di sini.
Ada sedikit story “Kereta Merah Terlajak Di Trak Yang Salah”. Kenapa..? Aku tertipu oleh
penanda lama yang sudah berlumut. Dek kerana itu, aku terus ke trak itu tanpa pedulikan orang
lain. Berjalan dalam 10-15 minit, aku terdiam & duduk sejenak, selepas menyedari, tiada trak lagi
di hadapan aku. Aku menyedut saki-baki Gel Power Bar (small snack for restoring energy),
backtrack apabila A’an menjerit nama aku di belakang. Sampai ke batu untuk rock climbing, Pak
Kassim scolded me. Selepas kejadian aku, Pak Kassim membuat halangan di trak yang aku
masuk tadi. Makan nasik yang dimasak+ditapaw pagi tadi, kerana quite exhausted. Aku
berterima kasih kepada Abang Bomba (Lo) & A’an kerana mereka menyedari ke’terlajak’an aku
tadi. Pak Kassi juga memberitahu, track yang hilang itu juga akan menembusi sungai yang akan
kita tempuhi soon. Tapi, apa-apa pun, JANGAN CARIK PASAI…!!!!!!!! Jam 1500, menyambung
perjalanan turun.
1530 - Melalui Kem Lipas & beberapa sungai-sungai yang kecil.
Still on pursuit Pak Kassim. Sayangnya, kesan painkiller yg Bro Sam bagi tadi, dh habis. Jadi,
aku terkial-kial semasa menurun. Dah tak pedulikan gambar-gambar di sini, aku direct turun. Ha,
ada lagi cerita ni…!! I’ve found tapak kaki khinzir hutan. Tapi, dalam lingkungan 50-100m selepas
itu, ada 1 lagi tapak kaki yang tidak menyenangkan kami semua. Oleh kerana aku still sorang -
sorang mengejar Pak Kassim, semak-samun yang tinggi melalang di kanan & kiri aku, aku
keluarkan parang, peluk & turun track dengan parang yang rapat di dadaku. Time ini, aku rasa
kalau toreh muka aku pun tak keluar darah dah. Dengan mata+telinga yang meliar ke kanan &
kiri hutan, mata mengesan tanda-tanda yang Pak Kassim tinggalkan, dan tanda-tanda lama di
pokok-pokok, telinga mendengar bunyi-bunyi di seluruh sudut 360⁰, & mulut tidak putus-putus
berselawat ke atas Nabi SAW. Group Bro Sham coming up from behind & cut me off. Jadi, aku
ketinggalan, untuk mengejar mereka, dek kecederaan aku. I’m too lucky kerana Hadri came up
later & with me. So, I’m not too scared anymore.
1815 - Tiba di Tsunami
Named because the river there quite tremendously SPEEDY..!!! Tak mandi di sini, kerana ini
bukan final checkpoint aritu. So, duduk, lepak-lepak & perabihkan jajan-jajan member-member
lain. Jam 1830, menyambung perjalanan. Kerana lutut kiri aku semakin sakit, aku tak boleh
catch-up kawan-kawan yang berada di depan. Jadi, aku duduk di Kem/Puncak Rawak,menunggu
Abang Bomba untuk back-up aku ketika turun.
1930 - Tiba di 1st Checkpoint.
Mandi…!!!! Nikmatnya mandi time ni..!!!! Jamak Taqdim, & habiskan segala makanan-makanan
segera untuk meringankan beban beg. Menunggu kawan-kawan lain, berborak bersama-sama
kawan lain. Powil sudah datang, & kami berangkat turun.
2150 - XPDC berakhir tatkala kami sampai di Balai Polis Lojing.
Last preparation untuk pulang ke KL. Abang Bomba open kedai pulak dah. Lawa baju dia,
sayangnya, aku xde duet nak beli. Dah la theme aku MERAH, baju dia pn MERAH..!!! JELES..!!!!
2230 - Come Home………..
Muntah ketika turun Cameron Highlands..!!! ‘Awak’, kalau nak honeymoon nanti, jangan pergi Cameron, kay..!!? Saya tak boleh tahan…. :-P
0000 - Makan malam terakhir.
Ada pembetulan. Bro Sam perasan ‘sesuatu’ itu, bukan di belakang aku, tetapi di belakang
another participant, Azrul (xsilap). Kak Jah pula cakap, ketika Saudara Hassan hilang di gunung
ini, team mereka juga memakai baju berwarna MERAH…!!! Aku semakin diam time toh, mintak
simpang la aku daripada kena badi si Hassan 2. Amin…
22 Mac 2010
0530 - Selamat tiba di Kuala Lumpur.
Menunggu Subuh di Petronas….. mane ntah, Wangsa Maju kot. Dapat info yang MU 2, Liverpool
1..!!! Yeah..!!! Glory Glory Man United…!!!!! Thanks to Bro Ahmad, kerana menghantar kami,(Kak
Jah, Bro Sam) dari Petronas Gombak. Tak lupa kepada Bro Azrul, kerana bersusah-payah
menghantar kami dari Petronas itu ke Cameron Highlands….
It’s end here. Thanks for everyone, especially A’an & Hadri, kerana kalau korang xcocok aku masa menaik gunung, kompem aku xsampai....!!!!! Kepada Pak Kassim, Abang Bomba, yang sentiasa tegur aku masa on trak. Insya-Allah, panjang Umur, Murah Rezeki, kita berjumpa lagi……
K k k. Off Me Go. Later, Wassalam….
Mar 8, 2010
Aku Terima Nikahnya.....
Pada 5/3/2010, aku menerima jemputan dari kenalan-kenalan di UKM, Shaiqin Aisyah, Bayu Sara n Echa Aisyah utk menghadiri sebuah Forum Hal Ehwal Perdana. Actually, aku boring & maleh nak datang, Tetapi sekali aku mengetahui tajuk yang ingin dikupaskan, terus aku bersiap-siap untuk menghadiri forum itu. Kenapa? Tajuk forum itu ialah : AKU TERIMA NIKAHNYA. Wahahahaha..!!! Favourite topic tu…!!! Ni yg WAJIB datang ni..!! Dlm jam 2030, join Solat Isya’ berjemaah kt Masjid UKM, & selepas 2, terus rempit ke Kolej Zaaba, tempat di mana forum ini diadakan.
Seperti biasalah, kalau dah namanya forum-forum kawen ni, yang meramaikannya, tentulah kaum-kaum Hawa. Ni xheran, sebab UKM mostly, diduduki oleh kaum Hawa, & Kolej ini pun kolej perempuan, jadi paham-paham sendiri lah. Oleh sebab aku agak lambat sampai, jd seat2 depan dh dibook awal oleh mereka, perempuan. Alamak. Tapi aku bernasib baik, ada guys-guys mengambil inisiatif untuk duduk di atas bukit yg ada di sekitar itu. Agak jauh la dri pentas,10 meter la. Tapi, ok sangat-sangat. Nampak la view pentas & penceramah-penceramah yang akan hadir.
Sebelum forum bermula, ada 1 incoming message for me. From Cik Suhaila, ex-agent untuk IluvIslam tabloid. Pnah berurusan ngn die 1x, 2 pn utk dpatkan tabloid 2. (Xde niat ape2 pn, kay?) She said: Salam. Join forum juga ya? =P. Adoh…. Kantoi la plak. Ingt nk diam2 jek, skali ad org yg perasan plak. Aku balas, said: aah. Saja nk tmbah ilmu ckit2.hehehe.. :-P.
*Kepada rakan-rakanku, jika aku ada salah silap dlm pengertian/huraian ilmu dibawah, sila tambah & betulkan. Saya pn manusia biasa, tak lari dari apa-apa kesilapan*
Ok. Bermula la Forum kegilaan aku ini. Di mulakan oleh nyanyian Kumpulan Excees (betulkan kalau silap), bertajuk: Semakin Hari Semakin Sayang, objektif forum ini adalah untuk memupuk kesedaran & kepentingan mempraktikkan cinta Allah SWTsebelum & selepas perkahwinan, serta menyelami erti sebenar apa yg selama ini, orang katakan itu JODOH.
Moderator malam itu ialah Ustaz Ahmad Shukri (Mod. Halaqah TV9), disertai oleh 2 orang Ustaz (Ustaz Wan Akashah; Semanis Kurma, TV9 & Ustaz Mohd. Ajib Ismail; JAKIM).
Pusingan pertama:
Ustaz Wan Akashah mengatakan bahawa, CINTA merupakan fitrah/anugerah yang Allah SWT tanamkan kepada setiap makhluk-makhluk-Nya. Ini ialah normal, jd jgn la jual mahal sgt la ek, ckp: ana xperlukan cinta, biarkan ana sepi begini blah3. Sabar la, akan ad time 2, usaha banyak2. Lagi, ad 3 Definisi Cinta yang ingin dikupaskan: Cinta Agung – Meletakkan hanya Allah SWT yang paling atas. Cinta Sederhana – Menyayangi makhluk-Nya samarata dengan-Nya. Ha, ni yg Teruk; Cinta Palsu – mengabaikan-Nya terus, meletakkan nafsu sebagai matlamat utama cinta ini. Lagi, nk bercinta 2 Harus, tp nasihat ‘orang2 lama ni kn, JANGAN LA LAMA-LAMA. NANTI HILANG SERINYA… hahahaha. Aku senyum sorang2 bila smpai part nie.
Ustaz Mohd Ajib mengatakan, apa2 pun, segala perkara+perbuatan kita ni, mestilah bermula dengan NIAT. Ya, betul, NIAT. Ikhlas bercinta kerana-Nya, meraih cinta-Nya, meraih berkat-Nya. Ms bercinta, dipersilakan JANGAN BUAT BENDA-BENDA YANG TAK ELOK..!!!!! BAPAK ORANG MANA NAK ANAK DARA DIORANG ‘LUAK’….!!!!!! Peringatan kepada lelaki normal, cm aku, actually. Huhuhu.. Bair, Jaga diri ko baik2, Bair… 1 lg, kahwin ni BUKAN TRY & ERROR, KAY..!!!? INI IALAH TANGGUNGJAWAB..!!!!!!!!
Pusingan Kedua:
Ustaz Wan Akashah member penerangan mengenai kebimbangan Jabatan Agama di mana-mana negeri mengenai kes-kes penceraian. Antaranya: Tiada persediaan untuk berumahtangga, Tiada tujuan, kenapa mendirikan rumahtangga 2,Tidak tahu bahawa perkahwinan itu adalah AMANAH daripada-Nya, Tidak jelas gambaran perkahwinan itu, Tidak mengetahui perkara2 penting alam isu rumahtangga, Tiada kemahiran keibubapaan, Tiada Skill pada waktu mal… eh, SILAP...!! Yg ‘xde skill’ 2 aku saja2 tulis. Hahaha. Ok, nk ckp ckit psai ni. Bg mereka-mereka yang dh GATAIIIII SANGAT nak kahwin 2 kn, MAKE SURE kamu tiada faktor2 diatas. Kerana ianya akan mencacat-celakan hubungan rumahtangga kamu, dan ingat..!!!! Perkara Halal yang Allah SWT murka ialah ________...!!!!!!!
Ustaz Mohd Ajib pulak mengatakan, seelok-eloknya, berjumpalah dengan ibu-bapa pasangan yang kamu berkenan 2 dlu, barulah decide macammana (HA…!! SEE..!?) Perkahwinan ini ad 5 hukum (aku Darjah Khas pn aggregate hujung2, tp aku confirm, mmg ad 5). Tetapi, asalannya, ia merupakan SUNNAH YANG DIWAJIBKAN. Ad 5 Element semasa hidup bersama ni, iaitu- Loving, Showing, Caring, Accepting,Forgiving. (Actually, aku xdpt concentrate utk catat note time ni kerana Fb Mobile aku berbunyi2, dek sebab ‘kenakalan’ mmbe aku ‘comment’ kt wall aku). Tp, ape2 pn, aku cuba, & mintak tolong kepada rakan-rakan yang lagi byk pengalaman & pernah melalui alami untuk berkongsi ilmu. Sharing is Caring, aight..?
Soalan Peserta:
P: Apakah langkah terbaik untuk mengamalkan budaya Couple ini berlandaskan ‘Islamik Couple’ seperti mana yang di uar-uarkan sebelum ini?
Sebelum aku tulis jawapannya, aku nk tnya ckit. Ada ke COUPLE dalam Islam..? Xpnah dengar pon. Tunang 2 ada la, tp 2 pn digalakkan jangan lama-lama sangat2. Kepada kawan2 aku, sila2 la jawab soalan hamba ni.
Ok, ni explainationnya. Pasangan itu hendaklah tau adab-adab pergaulan. Masa berjumpa, DON’T YOU EVER DARE TO DO SOMETHING ‘NASTY’ TO YOUR PARTNER..!!!! Bahaya tu..!!! Niatkan tujuan kamu, Hanya untuk belajar SAHAJA..!!! (Er….. cmne ek?) n lastly, Adab Berpakaian. Jgn salahkan kami lelaki, ‘cuci mata’ free sbb cara pemakaian kalian yang ‘menCOCOK mata’ 2..!! Korang rasa2 during pakai cm2, mmg la xde papa, sbb korang pakai 2 sesama perempuan. Tapi, yang lelaki2 kt luar ni, kamu nk letak mana…!!!!!? MuargHaHaHaHaHaHaHaHaHaHaHa..!!!! (gelak Evil).
Sebagai kesimpulan, Perkahwinan ialah Sunnah Yang Sangat2 Dituntut. Hendaklah ianya melalui Aqad yang sah (Nikah), mengembangkan zuriat secara sah & Halalan Toyyibah, dan merapatkan hubungan sesama keluarga. Insya-Allah.
______________________________________________________________________
OTW balik umah, aku lepak jap ngn Bayu Sara n Echa Aisyah. Tetapi pas2, kantoi SEKALI LAGI…!!! Aku jumpa Kak Akmar, Senior aku ms kt Maahad Pontian, ha, bborak setengah pnjang gak la ngn die. Die nk cepat, so pas die balik, aku smbg lepak ngn kenalan 2 orang 2. Makan burger Otai kt cnie. Sedap gak…
Almost 0100 hours, I’m going home. Sepanjang perjalan pulang, aku ‘ter’berangan; aku la yang melafazkan Aqad itu. Aku Terima Nikahnya……… Ehem! Ehem! & Ehem..!!! (COP..!!!! Lama lagi cerita itu..!!! Xleh citer dlu..!!! Astargfirullahalazim..!!!!!)
K k. Off Me Go. Later, Wassalam…