Mar 8, 2010

Aku Terima Nikahnya.....

Assalamualaikum, kt sini lg kita kn..?


Pada 5/3/2010, aku menerima jemputan dari kenalan-kenalan di UKM, Shaiqin Aisyah, Bayu Sara n Echa Aisyah utk menghadiri sebuah Forum Hal Ehwal Perdana. Actually, aku boring & maleh nak datang, Tetapi sekali aku mengetahui tajuk yang ingin dikupaskan, terus aku bersiap-siap untuk menghadiri forum itu. Kenapa? Tajuk forum itu ialah : AKU TERIMA NIKAHNYA. Wahahahaha..!!! Favourite topic tu…!!! Ni yg WAJIB datang ni..!! Dlm jam 2030, join Solat Isya’ berjemaah kt Masjid UKM, & selepas 2, terus rempit ke Kolej Zaaba, tempat di mana forum ini diadakan.

Seperti biasalah, kalau dah namanya forum-forum kawen ni, yang meramaikannya, tentulah kaum-kaum Hawa. Ni xheran, sebab UKM mostly, diduduki oleh kaum Hawa, & Kolej ini pun kolej perempuan, jadi paham-paham sendiri lah. Oleh sebab aku agak lambat sampai, jd seat2 depan dh dibook awal oleh mereka, perempuan. Alamak. Tapi aku bernasib baik, ada guys-guys mengambil inisiatif untuk duduk di atas bukit yg ada di sekitar itu. Agak jauh la dri pentas,10 meter la. Tapi, ok sangat-sangat. Nampak la view pentas & penceramah-penceramah yang akan hadir.

Sebelum forum bermula, ada 1 incoming message for me. From Cik Suhaila, ex-agent untuk IluvIslam tabloid. Pnah berurusan ngn die 1x, 2 pn utk dpatkan tabloid 2. (Xde niat ape2 pn, kay?) She said: Salam. Join forum juga ya? =P. Adoh…. Kantoi la plak. Ingt nk diam2 jek, skali ad org yg perasan plak. Aku balas, said: aah. Saja nk tmbah ilmu ckit2.hehehe.. :-P.

*Kepada rakan-rakanku, jika aku ada salah silap dlm pengertian/huraian ilmu dibawah, sila tambah & betulkan. Saya pn manusia biasa, tak lari dari apa-apa kesilapan*

Ok. Bermula la Forum kegilaan aku ini. Di mulakan oleh nyanyian Kumpulan Excees (betulkan kalau silap), bertajuk: Semakin Hari Semakin Sayang, objektif forum ini adalah untuk memupuk kesedaran & kepentingan mempraktikkan cinta Allah SWTsebelum & selepas perkahwinan, serta menyelami erti sebenar apa yg selama ini, orang katakan itu JODOH.


Intro Forum: By Team Nasyid....


Moderator malam itu ialah Ustaz Ahmad Shukri (Mod. Halaqah TV9), disertai oleh 2 orang Ustaz (Ustaz Wan Akashah; Semanis Kurma, TV9 & Ustaz Mohd. Ajib Ismail; JAKIM).

Pusingan pertama:

Ustaz Wan Akashah mengatakan bahawa, CINTA merupakan fitrah/anugerah yang Allah SWT tanamkan kepada setiap makhluk-makhluk-Nya. Ini ialah normal, jd jgn la jual mahal sgt la ek, ckp: ana xperlukan cinta, biarkan ana sepi begini blah3. Sabar la, akan ad time 2, usaha banyak2. Lagi, ad 3 Definisi Cinta yang ingin dikupaskan: Cinta Agung – Meletakkan hanya Allah SWT yang paling atas. Cinta Sederhana – Menyayangi makhluk-Nya samarata dengan-Nya. Ha, ni yg Teruk; Cinta Palsu – mengabaikan-Nya terus, meletakkan nafsu sebagai matlamat utama cinta ini. Lagi, nk bercinta 2 Harus, tp nasihat ‘orang2 lama ni kn, JANGAN LA LAMA-LAMA. NANTI HILANG SERINYA… hahahaha. Aku senyum sorang2 bila smpai part nie.

Ustaz Mohd Ajib mengatakan, apa2 pun, segala perkara+perbuatan kita ni, mestilah bermula dengan NIAT. Ya, betul, NIAT. Ikhlas bercinta kerana-Nya, meraih cinta-Nya, meraih berkat-Nya. Ms bercinta, dipersilakan JANGAN BUAT BENDA-BENDA YANG TAK ELOK..!!!!! BAPAK ORANG MANA NAK ANAK DARA DIORANG ‘LUAK’….!!!!!! Peringatan kepada lelaki normal, cm aku, actually. Huhuhu.. Bair, Jaga diri ko baik2, Bair… 1 lg, kahwin ni BUKAN TRY & ERROR, KAY..!!!? INI IALAH TANGGUNGJAWAB..!!!!!!!!


Ustaz.. kami nk kawen....


Pusingan Kedua:

Ustaz Wan Akashah member penerangan mengenai kebimbangan Jabatan Agama di mana-mana negeri mengenai kes-kes penceraian. Antaranya: Tiada persediaan untuk berumahtangga, Tiada tujuan, kenapa mendirikan rumahtangga 2,Tidak tahu bahawa perkahwinan itu adalah AMANAH daripada-Nya, Tidak jelas gambaran perkahwinan itu, Tidak mengetahui perkara2 penting alam isu rumahtangga, Tiada kemahiran keibubapaan, Tiada Skill pada waktu mal… eh, SILAP...!! Yg ‘xde skill’ 2 aku saja2 tulis. Hahaha. Ok, nk ckp ckit psai ni. Bg mereka-mereka yang dh GATAIIIII SANGAT nak kahwin 2 kn, MAKE SURE kamu tiada faktor2 diatas. Kerana ianya akan mencacat-celakan hubungan rumahtangga kamu, dan ingat..!!!! Perkara Halal yang Allah SWT murka ialah ________...!!!!!!!

Ustaz Mohd Ajib pulak mengatakan, seelok-eloknya, berjumpalah dengan ibu-bapa pasangan yang kamu berkenan 2 dlu, barulah decide macammana (HA…!! SEE..!?) Perkahwinan ini ad 5 hukum (aku Darjah Khas pn aggregate hujung2, tp aku confirm, mmg ad 5). Tetapi, asalannya, ia merupakan SUNNAH YANG DIWAJIBKAN. Ad 5 Element semasa hidup bersama ni, iaitu- Loving, Showing, Caring, Accepting,Forgiving. (Actually, aku xdpt concentrate utk catat note time ni kerana Fb Mobile aku berbunyi2, dek sebab ‘kenakalan’ mmbe aku ‘comment’ kt wall aku). Tp, ape2 pn, aku cuba, & mintak tolong kepada rakan-rakan yang lagi byk pengalaman & pernah melalui alami untuk berkongsi ilmu. Sharing is Caring, aight..?


Bila la aku nk kawen....


Soalan Peserta:

P: Apakah langkah terbaik untuk mengamalkan budaya Couple ini berlandaskan ‘Islamik Couple’ seperti mana yang di uar-uarkan sebelum ini?

Sebelum aku tulis jawapannya, aku nk tnya ckit. Ada ke COUPLE dalam Islam..? Xpnah dengar pon. Tunang 2 ada la, tp 2 pn digalakkan jangan lama-lama sangat2. Kepada kawan2 aku, sila2 la jawab soalan hamba ni.

Ok, ni explainationnya. Pasangan itu hendaklah tau adab-adab pergaulan. Masa berjumpa, DON’T YOU EVER DARE TO DO SOMETHING ‘NASTY’ TO YOUR PARTNER..!!!! Bahaya tu..!!! Niatkan tujuan kamu, Hanya untuk belajar SAHAJA..!!! (Er….. cmne ek?) n lastly, Adab Berpakaian. Jgn salahkan kami lelaki, ‘cuci mata’ free sbb cara pemakaian kalian yang ‘menCOCOK mata’ 2..!! Korang rasa2 during pakai cm2, mmg la xde papa, sbb korang pakai 2 sesama perempuan. Tapi, yang lelaki2 kt luar ni, kamu nk letak mana…!!!!!? MuargHaHaHaHaHaHaHaHaHaHaHa..!!!! (gelak Evil).

Sebagai kesimpulan, Perkahwinan ialah Sunnah Yang Sangat2 Dituntut. Hendaklah ianya melalui Aqad yang sah (Nikah), mengembangkan zuriat secara sah & Halalan Toyyibah, dan merapatkan hubungan sesama keluarga. Insya-Allah.

______________________________________________________________________

OTW balik umah, aku lepak jap ngn Bayu Sara n Echa Aisyah. Tetapi pas2, kantoi SEKALI LAGI…!!! Aku jumpa Kak Akmar, Senior aku ms kt Maahad Pontian, ha, bborak setengah pnjang gak la ngn die. Die nk cepat, so pas die balik, aku smbg lepak ngn kenalan 2 orang 2. Makan burger Otai kt cnie. Sedap gak…

Bgambo Kenangan. PROOF that I WAS THERE, ATTENDING...!!!!


Almost 0100 hours, I’m going home. Sepanjang perjalan pulang, aku ‘ter’berangan; aku la yang melafazkan Aqad itu. Aku Terima Nikahnya……… Ehem! Ehem! & Ehem..!!! (COP..!!!! Lama lagi cerita itu..!!! Xleh citer dlu..!!! Astargfirullahalazim..!!!!!)

K k. Off Me Go. Later, Wassalam…

2 comments: