Salam. Hola There.
Alhamdulillah. Pada jam 0400, 28 Mei 2010, ayahanda Othman bin Jalal & ibunda, Normuhaiyah bt. Ahmad selamat terbang ke Tanah Suci Mekah Al-Mukaramah untuk menunaikan umrah. Mereka mengambil pakej umrah melalui syarikat Superior Holidays Sdn. Bhd, yang bertempat di BBU, dan akan menaiki kapal terbang di Changi Airport, Singapore. Mereka akan berada di sana selama 2 minggu, untuk mengerjakan umrah. Jadi, di rumah ini, tinggallah daku, adikku & kakakku untuk belajar berdikari.
Actually, ada sedikit pengajaran kepada aku di JB ini. Akhirnya, aku pn sudah mula memandai2kan diri untuk mengemas rumah, menjadi suri rumahtangga sekejap, menjenguk2 dapur, untuk memasak apa2 yang boleh di makan untuk kehidupan ini. Sabar eh Bair..? Bukan selalu...
"Ya Allah, selamatkanlah perjalanan kedua ibubapa kami ketika menjadi tetamu-Mu di Tanah Suci itu. Anugerahkanlah kami kebahagiaan, ketenangan dan kemudahan yang Engkau curahkan keatas kami, dengan Rahmat-Mu. Berikanlah kami kekuatan untuk menempuhi segala cabaran, rintangan & halangan yang hadir & wujud di dalam kehidupan kami, samada yang datang mahupun yang pergi. Kepada-Mu juga lah tempat kami memohon & kepada-Mu juga lah tempat kami meminta pertolongan. Sesungguh-Nya, Engkaulah Yang Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Amin, Ya Rabbal Alamin."
K k k. Off Me Go. Later, Dear All. Wassalam....
p/s: Mak.... Nk kawen.... :-P
No comments:
Post a Comment