Salam, kita di sini lagi.
Actually, nukilan kali ini bukanlah soalan favourite aku kepada awek-awek hot yang di luar sana. Ini lebih kepada soalan-soalan yang aku pernah alami, pernah aku ditanya, pernah aku menanya/memohon berulang-ulang kali, kepada mereka-mereka yang berkenaan. Samada aku, ataupun penanya soalan.
Selama aku 24 tahun, ada juga la soalan-soalan yang aku hanya tersenyum, bila diingat-ingat kembali. Ooops...
Ok-Ok. Kita mula, eh?
Q1 (Soalan ini hampir kerap ditanya, tak kira samada aku kecil, atau dah besar)
Soalan: Kamu MIX ke?
Ada 2 versi jawapan. Bergantung kepada penanya soalan itu.
Kalau yang bertanya itu orang dewasa/cikgu/kawan-kawan lelaki:
Aku: Sebenarnya, saya pun tak tahu. Cuma, as far as I knew, arwah Nyai saya, Orang Bugis pure. Yang atas daripada itu, ke salasilah yang jauh-jauh, saya tak tahu.
kalau yang bertanya itu amoi-amoi or awek-awek:
Aku: Yes...!!! I'm a WHITE PEOPLE....!!!!! Hahahahahaha....!!!!! (Kaki belit..!!!)
Q2 (Baru balik daripada Kursus Pra-Perkahwinan, UniKL MFI).
Aku: Mak... Nak Kahwin...?
Ibunda: Kau ingat kahwin-kahwin ni macam main pondok-pondok ke...!!!!?
Kakanda (Abang): Tak, Mak..!!! main polis sentri. Main kejar-kejar...!!!!!
Kakanda (Kakak): Merenyamnyer...!!!!!!
Q3 (Raya Puasa, tahun 2009)
Nenek Sedara(Belah BP): Dulu masa kecik-kecik, nakal budak ni. Bila dah besar, handsome nya. Ni kt tempat belajar mesti ada kawan perempuan,kan...?
Aku: ............................................................. (rasa macam nak menyorok belakang Mak je time ni).
Q4 (Raya Puasa, Tahun 2010)
Atok Sedara(Belah Muor): Masa kecik-kecik, macam orang putih. Kulit merah-merah jambu budak ni. Ni kat tempat belajar, mesti ramai peminat kan?
Aku: .................................................................. (diam).
Q5 (Malam Raya, 2010)
Pakcik (Adik Mak): Bair tak nak sambung Master ke? Otak Bair tu leh kira fresh lagi. Leh sumbat subjek-subjek berat lagi....
Kakanda (Abang): TAK PAYAH...!!! Dah merenyam nak kahwin je budak tu..!!!!!
Aku: (Senyum).
Q6 (ketika kenduri kahwin Pakcik, di Muar).
Ayahanda: Aku dah tua. Tetapi, aku rasa aku muda lagi. Kenapa..? Sebab aku masih belum ada menantu lagi. (Disambut gelak tawa orang-orang rewang).
Kakanda (Abang): Yang no.3 tu ha...!!! Dah merenyam....!!!!
Aku: (tersenyum)
Q7 (Sekarang)
Member-member: Jom main futsal -atau- Jom naik gunung...!!!!!
Aku: Takmoh la. Tak de duit...
Q8 (di kedai runcit, Kg. Teras Jernang, Bangi).
Tukang kedai: Kamu bila nak NIKAH...!!!?
Aku: Ya Allah..!! Kalau aku ada duit, aku dah ada anak 2 orang dah...!!! (Ahakz..!!)
Q9 (tak berapa lama dulu)
Sepupu: Ko kan gamers kan? Nape tak update game-game terbaru di komp ko...?
Aku: Suka hati aku la..!!! Komp aku ke komp ko...!!!?
Q10 (tak berapa lama juga)
Member-member: Ko tak nak usyar awek seksi tu...?
Aku: Malas ah...!!! Kang usyar kang, lain jadinya...!!!
Aku (jawapan dalam hati): GO BABY GO...!!!! Hahahahahhaa.....
Ok ok. Sebenarnya, banyak lagi. Tapi, akan aku update, nanti...!!!
Off Me Go.
Later, Wassalam....
p/s: Nape banyak sangat soalan-soalan perempuan & soalan-soalan/permintaan mengenai perkahwinan...?? ~lalalalala....~
No comments:
Post a Comment