Mar 26, 2011

MMSS Cup

Salam. Kita di sini lagi.

Hari ini, meh aku melaporkan mengenai event yang kelab M&M anjurkan. Hari ini, kami (coz kami) menganjurkan Mechanical & Manufacturing Student Society Cup, atau nama lain, pertandingan futsal.

Okay, kalau dah nama futsal, kompem2 la aku salah sorang kakinya, ek?? Walaupun aku asalnya nak STOP bermain futsal, kerana kadar injury untuk sport ini adalah 2-3x ganda daripada mendaki gunung, tetapi team yang memasukkan nama aku tiada keeper. Apa boleh buat, main je la...
Poster pertandingan

Ada 8 group, dan setiap group ada 3 team. Team kami dinamakan Kak Nab FC, atas nama tuan rumah member aku ni, Im.

1st game, lawan team J-Six FC. Bila tengok budak-budaknya, aku dah agak peluang untuk menang, SANGAT TIPIS. Why..? Diorang sumer 2 geng-geng abang aku, geng UniKL Football Team. And yep, kami kalah 4-0. WAlaupun ada la shoot-shoot mereka yang aku berjaya save, tetapi pengalaman nyata memisahkan kami.

Game ke-2, PERLAWANAN MESTI MENANG. Lawan team apa ntah, Im berjaya menjaringkan gol. Jadi 1-0. Lepas tu, kami BERTAHAN KAW-KAW punya..!! Tak bagi peluang kepada team lawan menyerang. Bila wisel penamat ditiupkan, aku menjerit..!!! Hahahahaha.. kami ke 2nd Round.

Namun, fatigue nyata mengatasi kami. 1st 2nd Round, kami disingkirkan dengan jaringan 2-1. Atas sebab defend tak turun untuk mengganggu rentak lawan, aku bolos juga akhirnya, Walaupun aku ada wat 2-3 save yang memerlukan aku untuk fly seperti burung, kalah tetap kalah. Adat bola, nak buat macammana... :-((

Masa Praktis... :-)

Well, tiada gambar yang diambil oleh aku, kerana cam aku dah dipulangkan, manakala henset aku rosak camnya. Aku letak la gambar2 lama kami.....

1st Official Event, Putrajaya Futsal (Open); 2nd Round


2nd Official Event: Kosmo! Vaesiti Futsal; 3rd Place


3rd Official Event: XXXX; Group Stage

Ah, rindunya ketika aku bermain futsal bersama batch aku dahulu. Menjadi keeper ke-2, sentiasa berebut tempat dengan house-mate aku, Wan Jebo. Dah lama rupanya memori itu.

Kepada mereka-mereka yang layak ke suku akhir, Syabas...!!!! Insya-Allah, kita akan berjumpa lagi...

Later, Dear All.

Wassalam....

No comments:

Post a Comment