Jun 5, 2011

Menanti Hikmah-Nya......

Salam. Kita di sini lagi...

Tarjim Surah An-Nur, ayat 26:

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”

Jujur, aku membaca atau mendengar ayat Al-Quran Karim ini pada 2008/2009. Time ni, dari kiriman kawan-kawan, aku hanya membaca sekilas lalu sahaja, tanpa mengerti apa-apa.

But, now, yesterday, 4 Jun 2011, akhirnya aku mengerti keseluruhan maksudnya.

Ianya terjadi setelah belaku sedikit pertelingkahan besar antara aku, dan pendengar-pendengar setia aku.

Ianya atas sebab aku tak bersetuju, tak sependapat dengan apa nasihat-nasihat mereka.

Siapa mereka..? Well, aku terpaksa merahsiakan identiti mereka. Apa yang boleh aku cakap, mereka sangat baik, mampu memberikan nasihat yang kena dengan situasi aku, selaras dENgan profession mereka, iaitu GURU dan KAUNSELOR.

Oops, lupa. Mereka ialah PEREMPUAN, yang Insya-Allah, Muslimah belaka.

Well, I'd crush for one of them. Tapi, jujurlah, ayat di atas, menceritakan segalanya. AKu tak layak untuk mereka-mereka yang baik, aku tak layak untuk mereka-mereka yang lemah-lembut, gaya didikan aku yang nmasih kasar tak layak untuk mereka yang totally soft seperti sutera. Bukan mereka sahaja, tetapi kepada semua perempuan-perempuan yang yang pernah aku minat, pernah aku admire, pernah aku dambakan mereka.

Sabarlah, Bair. Ubah diri kau dulu, yek..?? Perangai ko tu membuatkan mereka jauh panggang dari api dengan kau.

Sabarlah, tak lama nanti, adalah Hikmah yang Dia mahu tunjukkan kepada kau, seperti mana harga kesabaran kau, 2 bulan lepas....

SABARLAH, AHMAD ZUBAIR OTHMAN...!!!!

2 comments: