*Credit kepada Abg Loe & KeN untuk gambar-gambar mereka.
Salam, kita di sini lagi.
20-21 Ogos 2011, bersamaan dengan 20-21 Ramadhan 1431 (xsilap), aku menggerakkan diri bersama saudara Izwan Blizz, kenalan gunung aku untuk ke Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu, untuk mendengar taklimat serta informasi mengenai sukan extreme baru yang bakal aku ceburi ini, iaitu SKY-DIVE....!!!! Anjuran kenalan gunung juga, Abg Loe Bomba dan Rescue Climbers Malaysia, sukan ini mampu menguji aku samada aku gagah atau tiada k*nt*l bila di angkasa nanti. Well, at least, ada jugak la sukan extreme yang mampu mencabar diri aku lagi..!!! Hehehehe...
Okay, jam 1530++, kami memulakan perjalanan. Kami melalui Jalan Ipoh lama, membuatkan si Izwan comin' ke area rumah aku. Dengan 2 buah motor, kami merempit antara 1 sama lain. Malangnya, bila sampai di area Rasa, hujan lebat mengiringi kami. Adoi.... Mau-tak-mau, kami terpaksa berhenti di sebuah pondok kecil, untuk mengelakkan hujan. Bersambung jugak berborak bersama Izwan, kerana kami sudah lama tidak hiking bersama. Apabila hujan kembali reda (sedikit), kami bergerak kembali.
Jam 1830++, baru tiba di akademi tersebut. Kenalan-kenalan atau senior-senior sudah tiba lebih awal untuk menyediakan kudapan untuk berbuka.
Rata-rata semua peserta sudah tiba di sini. Masing-masing saling bantu-membantu menyiapkan tempat berbuka puasa itu, bagaikan sedang membuka campsite di gunung. (Ada juga la bunga 2-3 orang. Hehehe..) Azan sudah berkumandang, aku volunteer untuk membaca doa berbuka puasa. Well, di samping berbuka, aku bertemu kembali dengan 'mereka-mereka' yang mendidik aku supaya terus berkecimpung di dalam dunia pergunungan ( XPDC KorGa, Jan 2010), Abg Shakey....!!! Dia juga menyertai XPDC kali ini, jadi kenalan aku semakin ramai..!!! Hehehehe..
Kami pulang ke hostel Akademi Bomba, dan bermandi-manda. Berborak seketika sementara menunggu Isya', kami memperkenalkan diri. Antara yang hadir ialah Reza, Syed. Bersama Abg Saiful, Abg Chan, Abg Sid. Masing-masing membuka cerita mengenai XTVT lasak yang superb-superb belaka. Memang best la...!!!
2030, Isya'. Tengah dok Tarawikh, tak sangka aku jumpa balik dengan kenalan aku masa Teknik Kota dulu. Saiful namanya, dulu dia kering, macam aku. Sekarang dah macam muffin dah. Dia merupakan pelatih di sini, dan bakal habis bulan 10 ni, xsilap.
Jam 2200, briefing bermula. Abg Loe, info kamu MANTOP la..!!! Tak jemu even soalan yang di tanya (lagi-lagi dari aku) merupakan soalan yang berulang. Di samping galakan daripada Senior-senior yang lain, membuatkan kami T.E.R.U.J.A. gila-gila...!!!! Terima kasih banyak-banyak kerana beliau juga lah yang mencuba sedaya-upaya membuatkan impian kami bakal menjadi nyata, Insya-Allah.
Okay, meh aku cerita sedikit-sebanyak mengenai Sky-Diving ni. Aku buat dalam point la. Senang korang nak paham.
- Date: 7-8 Oct, 2011.
- Drop Zone (DZ): Slim River. Private Company, they've small airport, lesen Dept. Civil Aviation
(DCA).
- Type: Static Ram Air. Untuk begineer, kami dilarang untuk buat free-fall macam dalam drama
TV sumer 2. Safety Reason. Try carik kat internet, apa itu Static Ram Air.
- Height: 3.5k - 4k ft.
Berikut merupakan tahap-tahap untuk menjadi penerjun di Malaysia:
1 - Junior Jumper (sudah buat 12x jump)
2 - Senior Jumper ( " 21x jump)
3 - Free-fall Jumper (ada kursus, ujian)
4 - Master Jumper (ada kursus, tugasnya ialah pelepas jumper)
5 - Instructor Jumper
6 - ______ Jumper (300x jump, 3x cut)
7 - Sayap Kehormat.
Ada info tertinggal ni. Mintak tolong top-up, akalu ada sesiapa yang tahu. BTW, yang aku bold 2, itu je la target aku. Tak mampu sampai no.7 2. Ongkos dong...!!! Hehehehe...
Kami mengisi borang insuran, serta bergambar. Tidak luap, untuk merapatkan hubungan kami, Abg Loe membawa kami ke Mapley berhampiran, untuk makan beramai-ramai.
Err, Abg Shakey pun tahu pasai tragedi aku di Trans Inas hari tu. Malunya....!!!
Balik hostel, aku bantai tido dah, sama la macam Izwan. Rakan-rakan lain sambung lepak, bercerita macam-macam....!! Tak larat dah aku nak join diorang, Hehehe..
Sahur. Makan puas-puas.
21 Ogos, jam 1100, aku & Izwan beransur pulang.
Semoga impian aku untuk 'terbang' berjaya hendaknya. Insya-Allah...
K k k. Off Me Go.
Later, Dear All.
Wassalam....
p/s: It's good to be ALONE.
good luck mr takatoo..i jeles sgt taw coz i x dpt join...
ReplyDeleteThank You, Insya-Allah, semuanya selamat....
ReplyDelete