Feb 11, 2011

Putrajaya Wau Exhibition (11/02/11)

Salam, kita di sini lagi.

Hari ini, kerana tiada aktiviti yang menarik untuk dilakukan selain makan dan tidur, aku menghadiri Pameran Khat Nurgajir, yang aku kenali melalui blog. Melihatkan penulisan khat dia yang sangat cantik, aku berkenan untuk melihatnya secara LIVE. Jadi, Jumaat 11/2/11, anggaran jam 1630, aku bergerak ke Presint 2, Putrajaya.

Pameran Khat tersebut merupakan salah satu booth yang ada, sempena Pesta Wau Peringkat Kebangsaan, di situ. Memang meriah,elak ada pesta buih jek. Hahahaha…. But first, bila aku ke booth extreme sport, aku berjumpa dengan kenalan gunung aku, Bro Haidy.

Beg-beg yang wow..!!!!

Ahli Team Pelopor, kami berbual setengah panjang di sini.

Bro Haidy Pose baik pnya..!!!

Di samping membelek barang-barang outdoor yang CONFIRM mahal, aku mampu tengok je la, di samping bertanya mengenai sukan scuba di sebelah booth beliau. Memang mahal, untuk scuba lesen kelas 1 jek. Adoi… garu kepala aku tengok harganya. Bertanyakan sesuatu & planning untuk wall-climbing next week & membeli majalah Santai (pesaing majalah LIBUR), aku meminta diri untuk mencari booth khat tersebut.

Gotta Be My Next Hobby, Insya-Allah....

Okay, booth tersebut aku dah jumpa..!!!! Ha, di sini la aku melihat sendiri hasil tangan penulis khat yang dikenali di seluruh Malaysia ini. Memang LAWA & memang MAHAL…!!!!! Tapi, bagi aku, berbaloi membeli khat sebegitu. Di samping memiliki sesuatu yang tidak membazir, kita juga menyimpan salah satu khazanah Islam yang berharga, iaitu seni KHAT.

Booth Sdr. Nurgajir

Berbulu bila aku tengok ada seorang customer, membeli sebuah frame (tak ingat, tapi BESAR) yang harganya RM750.00. Warrrgh…!!! Bila aku nak kerja betul-betul ni…!!!!??? JELES…!!!!!

Khat Khufi (Betul tak..?)

Berborak seketika dengan beliau. Tapi kerana beliau ada kerja, saya biarkan dia menyambung kerjanya. Selepas membuat tempahan, aku berjalan-jalan. Okay, di depan booth beliau, adalah booth untuk melukis warna minyak. Percuma untuk semua orang. HA…!!!! APA LAGI...?? IT’S SHOWTIME…!!!!!

MY SHOWTIME...!!!

Meminta izin untuk melukis, aku pun memulakan lukisan aku. Simple-simple jek. Tapi ada jugak la orang Perbadanan Putrajaya (looked at HIS formal shirt) mahu mengambil gambar aku. HaHaHaHaHa..!!! Pose poyo gila weh time ni. DSLR tu..!!!!

Tengah poyo sebab DSLR amik gambar ni..!!!

Dan tidak lupa, ada 2 orang awek bertanyakan aku mengenai potret di belakang aku. Mereka ingatkan aku yang melukis potret tersebut. Jangan risau, tiada bunyi serigala, buaya ataupun musang ketika berbual dengan aweks tersebut. Hehehe….

Ana Uhibbuki... :-P

Selesai melukis, disamping pose-pose poyo lagi, aku mengusyar booth-booth lain. Ada rabbit, agro, dan pasukan Bomba. Singgah sebentar, untuk bertanyakan mengenai sukan udara. Mereka suggestkan supaya aku direct contact dengan AIROD, mahupun pegawai-pegawai Bomba yang khusus kepada ini. Jujur, Team Smoke Jumper bomba merupakan Skuad, belum unit lagi Dan mereka utamakan ahli-ahli mereka yang menyarung baju bomba dahulu, tidak dibuka kepada luar. Arrghh…. Putus harapan aku untuk mencuba sukan baru… BTW, ni gambar-gambar sambilan.

Rabbit...

Adik tu suka gila tengok aku melukis tadi. Comel la adik tu.....

Abang ni MEMANG SPORTING...!!!!

Balai Seni Lukis Negara

Okay. Ada satu booth yang promosi album baru Noraniza Idris, dan ia dihadiri oleh dia sendiri. Wah…!!!! 5 unit CD album baru beliau yang dijual bawah RM20 LESAP dalam masa kurang 5 minit…!!!! Ni baru Noraniza Idris,, belum Siti Nurhaliza lagi ni.Kak ANi

Dan bersebelahan booth ini, booth PS3. Aku try game PS3 Formula 1, siap dengan set stereng, paddle, gear etc. Tapi aku ambil Auto la. Macam tak tau jek. :-P

Belajar Memandu...

Ketika test drive (3 lap), ramai orang tengok aku.Bukan tengok game aku, TENGOK SKILL DRIVE AKU…!!! Confirm-confirm la TEROK…!! Kereta F1 terbalik, langgar divider, penalty 10s dan bermacam-macam faul yang aku buat ketika bermain game tersebut.

Aku: Belajar Drime memang macam ni.....

Budak 2: oooo....

Memang bantai gelak aku, budak kecik yang tengok aku drive tu pun ada yang bantai gelakkan aku kat belakang. Siot……. Dan tak lupa, orang yang jaga booth aku cakap, “muka ko macam Ozil la..!! Dan ko pun pakai baju Ozil..!!!”. Dengan senyuman, ucapan terima kasih, aku pun blah.

Okay, tempahan aku sudah siap. Sumpah LAWA gila..!!! AHMAD ZUBAIR DAN NUR HASANAH

DAING NUR HASANAH ISHAK

AHMAD ZUBAIR OTHMAN

Bila aku tunjukkan lukisan aku tadi, mereka bertanya, aku dulu sekolah agama juga ke? Aku hanya menjawab Ya, dan sampai sijil SRA jek. Mereka pun faham. BTW, membeli sepasang baju di booth ini. Cantik. Tapi kenapa beli sepasang…??? Hehehehehe….

Anggaran 1845, aku pun balik.

Sunset...

Melalui Masjid Putrajaya, aku terkejar-kejar untuk Solat Asar di situ. Padan muka…!!!!

Di Masjid Putrajaya

Kemudian, menyambung kembali perjalanan pulang ke rumah sewa aku.

Jam 1925, tiba di rumah sewa aku.

Memang best la pergi pameran khat itu. Rasa menyesal pulak sebab keluar MP awal-awal… :-P

Baju Kami... ahakz..!!!

K k k. Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam….

2 comments:

  1. cantik khat2 tu...sy pon leh wat khat tp just khat nasakh ngn khat thuluth je...khat diwani dalam pembelajaran....hehehe...

    ReplyDelete
  2. saya dah lama tinggalakn khat ni. tapi tangan macam gatai jek klo ada org wat khat....

    ReplyDelete