Feb 28, 2011

XPDC Gunung Chabang (25-27 Feb 2011)

Salam. Kita di sini lagi.

Okay, macam biasa. Setiap kali aku keluar mendaki gunung, aku akan menceritakan semua perkara yang terjadi ketika adventure tersebut. Biasak la, orang suka berpuitis. Sesekali berceritera, apakan salahnya.

Mengenai trip kali ini, ianya merupakan trip satu jalan (pergi & balik melalui satu jalan SHJ), dan kami menjangkakan trip kali ini agak santai. Tapi, rupa-rupanya tidak..!!! Lagi, aku bersyukur kerana rezeki betul-betul di pihak kami, kerana kami melihat keindahan sunrise yang sangat indah di sini. Best….

Tapi sebelum itu, meh kita perkenalan diri dengan semua peserta-peserta di sini. Ahakz..!!!!

Belakang, Kiri: Bro Faizal, Bro Zaidi Kernai,Aku, Cik Dila, Cik Azie, AdikAbang, Bro Man, Bro Boy, Awek Boy, Puteri Leya, Bro Azman.

Depan, Kiri:Gary, Noraz, Cik Izzah, Bro Roy, Bro Zamri, Bro Zaidi al-Kashafi.

Kak Ann (kot). Tak ingat la. Cuma, dia sama dengan aku dari segi pakaian inner. Ahakz..!!!

Sifu-Semua-Pendaki: Abg. Musz...!!!!

Apakah langkah kami seterusnya..? Mai la baca ni…

BTW, credit to Cik Izzah & Bro Azman, atas keprihatinan mereka untuk menyumbangkan gambar mereka. Thanks…!!!!


25 Feb 2011

2000: Memulakan perjalanan dari Stesen KTM UKM ke Stesen KTM Batu Tiga.

Wah..!! Melepas gian lagi…!!! Aku carpooling menaiki krerta Bro Zamri, dan dia juga mengambil beberapa orang di stesen ini. Jadi, selain penuhnya stesen & komuter ini dengan foreigner-foreigner, tiada apa yang menarik.

2200++: Tiba di Stesen KTM Batu Tiga.

Bapak lama gila..!!!! 2 jam baru sampai..!!! Okay, aku terus call Bro Zamri, untuk mengambil aku. After called, 5 minutes, dia datang. Wow, lincah gila mamat ni. Hehehehe…

Gambar suka-suka. Ketika sedang mengambil Bro Azman.

Dia mengambil peserta lain seperti Azman, Puteri Leya, dan kenalan dia, Bro Zaidi. Kali melepak-lepak sebentar, dan bersiap-sedia.Di rumah Bro Zaidi Kernai.

Bersama Beg Hardcore Climbers..!!!

26 Feb 2011

0000++: Memulakan perjalanan.

Owh yeah..!!! Go Baby Go..!! Selain ingin memberitahu yang aku membantai tido di dalam kereta ini, tiada apa yang lain untuk diceritakan.

0200++: Berehat sebentar di R&R Tapah.

Mat Saleh+Jepun SESAT...!!!

Isya’ & menapau apa-apa makanan di sini. Berjumpa dengan group Sifu-Semua-Pendaki, Abg Musz SOS. HuHaHuHa, melayan mereka mengumpat (aku), kami bergelak santai. Anggaran 0250++, kami kembali memulakan perjalanan.

0430: Tiba di Tol Simpang Pulai.

Huargh…!!! Cari pasai kat sini, bukak sleeping mat, & baring di laman kecil di tol tersebut.Tol Simpang Pulai...

Ingatkan nak tidur awal, rupa-rupanya, LANGSUNG TAK BOLEH TIDUR…!!!! Arrgh…!!!! Dengan horn lori, kereta membakar-bakar antara satu sama lain, betul-betul tidak melenakan aku.

Pose Lentok... :-P

Last-last, pi surau, mengaji sekejap, dan SUBUH…

0730++: Bersarapan.

Wa…!!! Sepupu seperguruan, Cik Izzah juga join la..!!!! Tapi dia dah terrer, sebab gunung-gunung kategori hardcore semua dia dah sebat. Jeles weh…!!! Hahahaha…!!!

Gerai kami lepak....

Berbincang Strategi Pergunungan.

Santai Lenggang...

Makan-makan, sambung mengumpat. Anggaran 0810++, meneruskan perjalanan.

0905: Tiba di Pos Slim.

Apasal la aku boleh lupa yang gunung ni dekat dengan Cameron Highlands…?? Dah la aku badi gila jalan macam tu..!!!! Bila start masuk jek jalan tu, menggelepor aku mencarik minyak cap kapak. Avoid muntah. Dah la kereta Bro Zamri tidak boleh dibuka tingkapnya, dek kerana kerosakan teknikal. Mahu tak mahu, tahan je la. Puteri Leya & Bro Zamri dah bantai gelak kat depan tu. Adei….

Tiba di Pos Slim, terus bersiap-sedia untuk mendaki.

Bersiap Siaga

Pose Jap...

Sessi taklimat dari Abg. Musz, membaca doa disamping memperkenalkan diri. Dapat nama baru lagi..!!! (Nama: Youchi Air Mata).:-P

Let's PRAY..!!!

Di samping ingin mencuba kebolehan beg OSPREY Aether 60L aku yang dibeli secara ansuran. Hehehehe….

0955: Memulakan perjalanan.

Memacak dah....

Er…. Abg Musz, landai ke..??

Abg. Musz: Landai…..!! (sambil isyarat tangan menunjukkan tahap kecondongan trek gunung itu mencecah tahap 60-70 darjah). Masih lom biasa dengan trak tersebut, jadi, kami berjalan slow-slow.

1050: Take 10-15 minutes rest.

Santai Jap. Mengah ni....


Penat...!!!

Lena jap. Sebab tak tidur lagi, sejak dari Simpang Pulai tadi. Anggaran jam 1100, kembali memulakan perjalanan kembali.

1123: Tiba di Sg. Chulik

Planning struktur empangan kecil.....

Aku tak tahu nak eja & sebut macam mana. Just follow tentative Abg Musz jek. Di sini, melihat pencinta-pencinta alam membuat empangan kecil.

Nice Picz..!!!

Membina Empangan...

Bila nak namakan, aku saja cocok dengan menamakan ‘Empangan Air Mata’. Gelak diorang semua. Hahahaha….!!!! Anggaran 1220++, bergerak kembali.

1440: Tiba di LWP.

Selepas tergolek, terlentang, meniarap, sampai di sini.

Berehat Seketika..

Tapi, bila tengok LWP di sini, aku rasa aku bersyukur kerana air rumah sewa aku di Bangi masih elok, banyak & melimpah-limpah. Kenapa..?

Bersyukur dengan apa yang ada...

Kesabaran Yang Tinggi Sangat Diperlukan Untuk Mengisi Air ini...

Kerana, di sini bukan LWP seperti sungai, lopak kecil ke apa, tapi ini merupakan MATA AIR…!!! Kira ok la, daripada tiada air. Makan tengahari, Zohor+Asar, dan bergambar gaya monyet. Ingat nak buat stunt dengan bergayut di satu pokok tumbang, tapi pokok tu dah patah awal-awal bila aku nak naik. Kejam betul la pokok-pokok ni..!!!!!

Pokok dah tumbang. Jadi, aku terpaksa pose macam ni....

1700: Memulakan perjalan kembali dari LWP.

Tanah semakin tinggi, udara untuk bernafas pun kurang. Macam ‘datang bulan’ je time ni. Mental..!!! Arrgh..!!!!

Kepenatan dah...

Bunga yang ada on trek...

Ku Menanti 'Bunga' Yang Halal Untukku

NICE..!!!!


1803: Tiba di Kem Permatang.

Menunggu sunset, tetapi hampa kerana kabus yang menebal. Takpe, bukan rezeki kami. Mendirikan fly, kami tidur 5 orang dalam 2 fly yang digabungkan.

Lepak bawah fly...

Besar bagi kami, tetapi ianya dikecilkan kerana port kami membuka fly itu ialah port yang agak kecil. Tapi peduli apa, janji boleh tidur, orait saja.

Mencuba untuk mendail yang tersayang... :-P

Fly Cik Izzah & Puteri Leya

Tak jadi nak masak kari sardine, kerana Bro Zamri & Bro Zaidi dah menyediakan makanan-makanan mereka. Jadi, sebat sahaja mereka punya makanan. Cik Izzah dah tanya-tanya aku mengenai kari sardin aku. Diam je la. Tidak lupa, memasak nasik untuk bekalan esok.

Cover Malu... :-)

Tertumpahkan air kopi di atas sleeping mat aku. Adoi…!!! Seb baik mat, bukan sleeping bag. Kalau sleeping bang, mati la aku…..!!!! Tak tidur malam ni. Maghrib+Isyak, jam 2100, masuk tidur. Ni kes balas dendam tak boleh tidur kat Simpang Pulai, pagi tadi.


27 Feb 2011

0200: Terjaga (1).

Mereka semua sudah tidur. Mematikan MP3, aku pun sambung tidur.

0430++: Terjaga (2).

Kenapa aku merasakan ramai kaki-kaki menendang aku..!!? La, rupa-rupanya Bro Azman & AdikAbang menghimpit aku. Ini tak heran, kerana port mereka tidur itu agak condong, jadi mereka menggelongsor ke aku.

Yang aku hangen nya ni, apasal sepak aku laju-laju..!!? Aku tak berdosa…!!!!

0600++: Bangun…!!!!!!!!

See..!!? Nak tengok aku bangun awal, kat atas gunung jek..!!!!

BANGUN....!!!!

Subuh di sini, dan memasak air. Bersama Bro Zamri & Bro Zaidi posing-posing bergambar-gambar, menunggu sunrise. Tidak lupa, memasak nasi goreng di sini.

Dah nak keluar.....

SUNRISE….!!! Masya-Allah…!!!!!!

Indah, kan..??

Mereka-mereka yang ceria...!!

My Sunrise View. Credit to Izzah. :-P

Daku Silau... :-P

Packing untuk pulang, dan bersedia untuk ke Puncak Gunung Chabang. Mula-mula kami bertiga bercadang untuk bergerak dahulu, tetapi kami rela berpatah balik. Kenapa…? Kerana ini.

Guess WHAT..!!!!?

1010: Memulakan perjalanan dari Kem Permatang ke Puncak Gng. Chabang

Sepanjang trek ada tapak berikut, menyebabkan aku terpaksa cocok rapat dengan Bro Faizal. Takut apa-apa jadi. Hehehehe….

Dari Kiri: Korbu, Gayong, Junction, H2o, Yong Belar, Charlie

Maskot XPDC kali ini. Ahakz..!!!

1040: Tiba di Puncak Chabang.

Alhamdulillah…!!!

Kepuasan terserlah di muka mereka

Sampai pun…!!! Bergambar baring-baring, posing-posing maut etc..!!!

Hero-Heroin Chabang...!!!

Hoyeah...!!!


Model sesat...!!

Jom cangkung..!!!

Beirut Gunung Chabang

1110: Memulakan perjalanan pulang.

Aku nak ..... (sambil meninjau-ninjau port)

Dah tak peduli kesan tapak tadi. Sambil-sambil tu, berborak on trek ngn Cik Dila. Ooops..!!!

TADAAA...!!!

Cik Izzah nak transform menjadi SUPER HARDCORE....!!!!

1130: Tiba kembali di Kem Permatang.


Final Post at Kem Permatang

Ambil beg, BALIK…!!!

1150: Bergerak turun.

Meminjamkan tongkat aku kepada Cik Izzah, ianya sedikit mencacatkan pergerakan turun aku (SIKIT JEK).

Hang-out

Nasib baik aku sempat membantai painkiller tadi, jadi aku masih boleh berjalan turun.

1215: Tiba di LWP.

Mengambil sampah yang disimpan di sini,

Jom Balik..!!!

dan sambung turun..!!!!!!

Pencinta Alam..

1407: Tiba di Sg. Chulik.

MANDI…!!!!!! Abg Musz cakap kita akan mandi di Final Checkpoint, tapi apa-apa pun, bantai mandi di sini dulu..!!! Pose seksi di sini, sambil mengambil kesejukan air gunung ini semahu-mahunya. 10 minutes after, aku blah, menyambung perjalanan.

Lepak dengan Abg Musz, dia n Abg Boy berborak pasai trip Trans Jerging. Wow..!! Menarik…!!!!

Nak BALIK...!!!

1530: Tiba di Final Checkpoint (Pos Slim).

Say Good-Bye to the Jungle

Alhamdulillah. Selamat pergi, selamat kembali. Meringankan beban dengan memberi makanan-makanan mentah yang masih ada kepada Tok Batin di sini, menolak kereta Bro Zaidi kerana keretanya tidak boleh dihidupkan. Mungkin masalah bateri kot.


Mandi beramai-ramai di sungai kecil di seberang highway. Elak ada parti buih jek kat situ. Sebab sungainya agak kecil Bernasib baik aku sudah mengambil gambar di Sg. Chulik, jadi aku tak mandi lama di sini. 10-15 minutes, aku pulang ke parking kereta tadi. Anggaran 1650++, kembali bergerak turun. Tidur, kerana ingin mengelakkan MUNTAH..!!!!!!

1720++: Makan petang di kedai berhadapan dengan Balai Bomba.

Abg Musz pecah rahsia…!!!! Aku kena bahan kaw-kaw punya kat sini..!!! Takpe, kadang-kadang, berterima kasih kerana trip tersebut. Sekurang-kurangnya, dengan melalui trip ‘itu’, aku Berjaya menyiapkan barang-barang camping aku.

Abg Musz: Zubair tulis kat tanah: M.A.T.I.

Aku tukar A.T.I tu dengan U.S. Jadi MUS.

Wahahahaha..!!!

Hahahhaa…. Kepada Abg Musz & brader-brader yang lain, saya maafkan korang.

1830: COMING HOME..!!!

Balik…!!!

2030++: Tiba di Stesen KTM Sg. Buloh.

Bro Zamri sungguh berbaik hati ingin menghantar aku ke sini. Bersama Bro Azman, kami bergerak saing menaiki komuter yang sama.

2200: Selamat tiba di Bangi.

Kesimpulan report ini, aku berterima kasih kepada Abg Musz, kerana menganjurkan trip yang best..!!! Maaf, kerana saya tidak sempat mengenali semua, dek trip yang singkat, tapi korang sumer memang best..!!!! Masyuk bborak dengan korang..!!!! Insya-Allah, kita berjumpa lagi di trip akan datang. (tengah tengok kalendar & duit poket, untuk Trans Jerging, soon).

To Cik Izzah, mintak tunjuk ajar kamu lagi. Kamu kan hardcore climbers..!!!?? Ahakz..!!!!

Well, dah boleh scratch off nama GUNUNG CHABANG dalam list gunung aku.

Jauh lagi perjalan ini. Chaiyok2..!!!!!

Berikut merupakan gambar-gambar humor, sekadar hiburan semata-mata. Hehehehe..

Astargfirullah.....

Jejaka Ayu

Bro Man: Jom bawak lari powil ni..!!! Kita jual n bagi5 duit t...!!!!

Abg Musz: Hoit...!!!!

Romantiknya mereka... :-))

Abg Musz: Aku mahu DARAH ko..!!!

Aku: TIDAK...!!!!!

Saya pun nak berpayung juga...!!!

Aouuuuuuuuu....!!!!


Kita renovate motor ni, buat naik puncak, esok...!!!

Kitorang: Kami datang mahu berguru, tok...!!!!

Abg Musz: Carikkan Beta 10 orang gadis ayu, carikkan Beta 10 buah beg old-timer& carikkan Beta 10 buah tong besar, untuk minyak powil Beta.

Kitorang: !@#$%^&*()_+))(*&^%$....!!!!

K k k. Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam.

7 comments:

  1. nice entry..
    tergelak2 ku baca entry mu ini..
    congrats bro..
    :)
    jmp kamu d laen trip..

    ReplyDelete
  2. hehe best2. :) :)

    tak sabar aku nak bergunung balik ni,
    dis week..pray for me!

    ekk, izzah tu kezen ko ke? haish! (>_<)

    ReplyDelete
  3. TQ zubair... abg muzs bgga giler dgn transformasi diri Zubair. Abg doakan yg trbaik utk Zubair samaada dr segi prgunungan mahupun pelajaran dan terutama kehidupan.. Hiduplah dalam erti kata sebenar-benarnya hidup.. Salam Rekreasi

    ReplyDelete
  4. 2 Puteri Leya: Thanks..!! Insya-Allah, jumpa lagi di next trip.

    2 Najwa: Jom2, bergunung kembali. Izzah sepupu..? Xla, kami sepupu dalam arena pergunungan sahaja. Tapi die dh power..!! Aku je bru nk start balik....!!! Bangga aku jd sepupu pergunungan ngn die. Ahakz..!!!

    2 Abg Musz: Salam Rekreasi juga kepada Abg. Thanks kepada Abg, kerana sentiasa memupuk+membakar saya agar terus kekal dalam arena pergunungan ini. Huhuhu....

    ReplyDelete
  5. perghh.. lama tak pi sini weyh.. congratz bro! terbaik kan Chabang?

    ReplyDelete
  6. oi..oi.. kelihatan nama sy di sebot2 dc2. haha~

    najwa, a'ahlaa..kami sepupu. haha. takleh blaa words spupu tuh suatu ketika dlu.

    n to takatoo, akan kite realisasikan erti spupu tuh. aku tggu k0 ek ;)

    ReplyDelete
  7. Great and that i have a keen provide: How Many Home Renovation Shows Are There house renovation channel

    ReplyDelete