Jul 31, 2011

Damai Wall Climbing

Salam.


Available Route at Damai Wall

Okay, selepas hanya mampu memerhati di internet saja mengenai Damai Batu Caves ni, akhirnya aku tergerak untuk menjengah sendiri 'kemegahan' rock-climbing di sini, di samping ingin mencuba sendiri apakah yang bestnya pasal rock-climbing ni. Lagi, setelah diberi keizinan oleh Petzl Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd. (PMM) untuk meminjam sepasang harness, satu Grigri & satu Carabiner, aku memecut laju ke situ.

Well, actually, aku memecut dari Apartment Sri Murni, kerana aku stay rumah kenalan gunung (missy) ketika di XPDC Bukit Kutu (Klik sini), si Asma', kerana aku terlalu mengantuk selepas pulang dari DAT's Meeting, semalam. Yang aku pun dok gatai nak melayan anak buah Asma' tu pun, apahal..?? Memang aku tak larat la nak balik. Hehehe. Okay. Aku memecut ke HQ aku, dan bersiap-sedia. Malangnya, ketika itu, hujan sudah mula turun. Adoi.... aku menyabarkan diri serta berharap, agar aku diberi peluang.

Alhamdulillah, matahari keluar dengan sinarannya yang terang. Dengan nada gembira, aku pun merempit ke Damai Batu Caves dengan teknik mengejar jalan sesat yang tiada tolok bandingnya. Ye la, banyak kali aku berhenti untuk bertanya jalan. Menggunakan Google Maps tidak banyak membentu, kerana aku terpaksa melalui jalan-jalan kecil di rumah orang. Lucky kerana aku menaiki motor.


Barang tajaan PMM

Jam 1015++, aku tiba di situ. Berjumpa penganjur event, Uncle Karat Adv. Selepas sessi perkenalan, aku memanaskan badan, pasang harness aku dan bersiap sedia. Berkenalan dengan penjaga di situ, iaitu Bro Azwan & Bro Azlan, mereka memiliki equipment rock-climbing yang baik-baik. Jeles sikit aku di situ. Hehehe... Ooops, tidak lupa ditegur oleh Bro Azwan kerana aku smoking di area belaying. Tidak sopan, katanya.

Then, sampailah giliran aku pula memanjat. Dengan pengalaman di PCP, Putrajaya sebagai taruhan, aku memanjat dengan jayanya di situ. Aku juga menolong mereka belaying, kerana bilangan peserta yang ramai, dan belayer-belayaer yang suka mengulow (aku tidak terkecuali). Even ada satu tempat, dua orang ladies tidak berjaya melepasi batu halangan yang besar. Bila aku try, baru aku tahu. Ladies tidak boleh mengangkang terlalu besar, dibandingkan dengan lelaki untuk memijak atau menggapai posisi batu di situ. Aku segan dowh nak suruh mereka mengangkang, maybe sebab aku single lagi..?? Hahahaha..

ROUTE: PASSED...!!!!

ROUTE: PASSED...!!!

Untuk event hari ini, Uncle hanya menggunakan teknik top-roping (tali siap sedia). Takpe la, kata aku. Ketinggian tali yang dipasang oleh Uncle Karat untuk semua peserta yang menyertai ialah anggaran 10-15m. Tetapi, ada juga senior-senior yang datang lambat kembali run-up tali tadi untuk dipasang pada ketinggian (anggaran) 20-30 meter...!!! Wah, aku TOTALLY TERUJA....!!!!!! Inilah sebab utama aku datang hari ini, kan?

Route orang kat kiri tu, ada 2 pilihan.
Samada mahu start dengan high-jump or biasa-biasa.
ALSO: PASSED...!!!


KANGKANG WEH....!!!!

Setelah diberi keizinan untuk mendaki ketinggian tadi & deciding belayer, aku pun try. Ok. Ada 2 top-rope yang menyamai ketinggian ini. Aku mulakan dengan di sebelah kanan. Starting memang okay. Sampai anggaran 17 m, tangan aku dah sakit. Ditambah dengan deruan udara yang sepoi-sepoi bahasa, betul-betul membuatkan aku MENGGIGIL..!!!! (WARNING: ENSURE ANDA BERHATI KERING & TAK MANJA UNTUK MENDAKI ROCK-CLIMBING INI..!!!) Banyak kali aku tight (berehat dengan tergantung diatas). Slow-slow, aku naik. Akhirnya, aku sampai di anchor point. WOW...!!!!! AWESOME LA....!!!!!

SUMPAH GAYAT TIME DI SINI...!!!

Percubaan kedua, tangan aku sudah mula jammed, tapi aku nak try jugak. Naik tetap naik..!!! Okay, sama juga dengan tadi, awal-awal, memang senang. Tapi, dalam 5 meter lagi, aku dah pewai..!!! Why..?? Kerana batu-batu di ending-ending tu too sloppy..!!! Kalau ada untuk memegang pun, hanya muat untuk JARI SAHAJA..!!! Arrgh..!!! 5-10x aku try, tak dapat-dapat. Last-last, cakap dengan belayer, CLIMB DOWN. Tangan aku dah tak larat. Kebetulan group Uncle Karat pun mahu beransur pulang, aku pun follow la.


MERAH; PERCUBAAN PERTAMA: PASSED...!!!!
BIRU; PERCUBAAN KEDUA: FAILED...!!!! STUCKED AT X MARK...!!!
BLUE DOT: ANCHOR POINT

Kami lepak-lepak untuk makan, di samping berkongsi pengalaman gunung masing-masing. Diorang memang sporting la..!!! Best gila berborak dengan diorang.

Jam 1630, semua beransur pulang. Well, tidak lupa untuk meminta no phone or FB account kenalan-kenalan baru di sini.

Thank You la kepada Uncle, kerana menganjurkan event yang AWESOME...!!!!! TOTALLY LIKE THIS..!!!!!

BTW, gambar-gambar di batu-batu tersebut ialah gambar di internet kerana aku tiada kamera, di samping menunggu gambar-gambar DSLR kenalan baru aku.. Kredit kepada blog-blog yang lain.

Salam Ramadhan Karim kepada semua.

Wassalam.

Jul 24, 2011

Seminggu Praktikal: RUMUSAN

Salam, kita di sini lagi.

Wah, selepas praktikal, baru aku tahu bahawa hari Jumaat merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh mereka-mereka yang bekerja. Hujung minggu merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pekerja-pekerja, keana ianya merupakan hari untuk bersantai, melepaskan stress etc.

Well, dah seminggu rupanya aku praktikal. So far, aku baik-baik saja di sini. Training aku more kepada Jigs & Fixtures, troubleshoot masalah mesin, & innovationg. Peh, aku dah lah lemah innovate2 ni, lagi la aku nak buat apa-apa la kan? Tapi, SV aku dah suh macam 2, nak buat macam mana kan? At least, ianya membantu aku untuk membuka mata sedikit mengenai dunia maintenance ni.

Mampus aku ngadap electrical2 ni...



Contoh sewing machine yang ada: Brother BAS

Err, dukacita dimaklumkan, tak semestinya aku bekerja di company PETZL bermaksud barang-barang di situ semua aku yang punya. TIDAK..!! Aku nak merembat barang-barang itu pun tak berani, lagi la nak rembatkan untuk korang..!!! Susah sangat, mintak jek kat bos French 2. Klo dia baik ati, dia bagi aku satu... :-). Even worst, pekerja-pekerja di sini semuanya BUKAN KAKI GUNUNG..!!! Arrgh..!!! :-X


Kalau benda ni banyak, sape taknak rembat, weh..!!!!

Heard tomorrow, I'm gonna learn about programming sewing machine, and reading a mechanical design..!! Wah..!!! FAVOURITE AKU TUH...!!!! Hehehehe...

K k k. Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam....

Jul 15, 2011

Overview Of PMM

Salam.

Okay. Tadi, after Jumaat, aku berjumpa dengan Encik Ahmad, yang bertanggungjawab menjadi SV aku di company Petzl, tempat aku praktikal ni. Well, selain menjadikan ini sebagai prakata, aku pun ingin mengetahui selok-belok tempat aku praktikal t. Takut sesat ke pe, masa first attendance, nanti.

Well. Company ini terletak di Batu 16, Rawang. Tak la hutan sangat seperti kata akak aku, cuma ianya agak 'kampung'. Tapi lantak lah. AKu dah dapat tempat, aku pun dah dapat rumah (bilik sewa). Cuma, bergantung pada keselesaan aku untuk membiasakan diri di sini lebih awal ataupun tidak.


Front Gate

Apa yang diceritakan secara umum oleh En.Ahmad, kilang ini baru dibuka dalam anggaran 1 tahun setengah. Masih banyak lagi perkakasan untuk barang-barang Petzl yang masih belum tiba dari France. But still, that's not a problems. Lagi, situasi sekeliling company itu yang nice & tidy juga mengagumkan aku. banyak skop kerja yang diterangkan kepada aku, yang membuatkan aku rasa menyesal, sebab ponteng kelas dulu. Hahahahha... Tidak lupa, anjing BAPAK BESAR juga disediakan untuk pencuri-pencuri yang ingin mencopet barang-barang di sini. Ooops...

BTW, ada juga lepasan UniKL MFI di sini. Tapi dia super senior la. Tahun 2001 dia abis MFI (time 2, masih dikenali sebagai MFI). Nama nya aku tak ingat, tapi dia course ASMT, dan dia staff-staff awal yang bekerja di sini. Well, aku ada geng....

Lagi, aku menerima letter Official InTra dari company tersebut, yang statekan yang aku WAJIB datang isnin ini.


Official InTra Letter dari Company


Wah..!! TERUJA..!!! PETZL.....

K k k. Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam......

SABAR

Salam.

Adoi.... masalah masih tidak akan selesai, di mana saja kita berada.

Well, kesabaran itu perlu, apabila apa yang kita mahu, tidak berjaya kita capai.

Allah Akbar...!!!

Jul 14, 2011

SAYANGKU SELAYANG



Salam.

Alhamdulillah, aku selamat sampai di HeadQuarters baru aku, di Taman Amansiara, Selayang.

Oleh kerana rumah ini merupakan townhouse type, rumah ini dibuat bertingkat-tingkat. Lawa memanglah lawa, tapi even akak aku ckp,; "dah macam hutan rumah ko ni". Hahaha..

Jarak dari rumah ini ke tempat praktikal aku, di Rawang adalah anggaran 10-20 minit. Jadi, bagi aku, HQ ini sudah terlalu baik untuk aku menginap. Walaupun ground floor, orait la 2.

Below merupakan contoh-contoh gambar di sekelkiling taman ni.



Front Gate


Pondok Guard


Office taman. Ada court basketball

Contoh rumah townhouse

Gambar diatas diperolehi dari agen-agen hartanah untuk taman tersebut, di internet. Thanks...

Semoga pemergian aku yang jauh dari Johor ini, membuka mata aku, untuk terus melangsungkan perjalanan hidup ini....

K k k. Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam...

Jul 12, 2011

OPEN MYSELF

Okay..!!

Sepanjang aku buka blog ini, pelbagai kritikan yang aku terima.

Mengenai segala cerita-cerita yang memuji, yang mengeji, dan sebagainya.

Sebagai pemilik blog Ceritera Pencinta ini, aku, secara terbuka ingin memohon maaf atas segala kekhilafan aku ketika merencanakan kisah aku. Ada sesetengah korang yang terkena palitan, calaran dari penulisan aku sebelum-sebelum ini.



Biasak la, aku kan quite emo. Kalau tajuk luahan hati itu, macam-macam yang aku cerita. Akan ku belajar macam mana mahu menulis secara professional, dengan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Jika ada yang masih tidak berpuas hati, digalakkan direct contact aku via FB (Youchi Takatoo) ataupun email aku (takatoo31@yahoo.com). Segala masalah boleh di bawa berunding, kan..?

Aku tak moh korang makan ati lama-lama. CAKAP BIAR TERANG...!!!!!!!

Wassalam...

Jul 9, 2011

G.E.L.A.B.A.H.


Kenapa dengan aku ni...??

Diorang yang pergi Y.Yap-Bubu-TokNenek, apahal aku yang gelabah sangat-sangat ni...!!!??

Well, maybe ada kot yang membuatkan aku risau di sana..??

Hahahaha....

Tok Nenek View

Okay. Kenalan-kenalan aku dari DAT's akan menakluki 3 gunung tersebut selama 4 hari, 3 malam. Semoga cuaca di sana berpihak kepada mereka.

I've a BAD dream. But, Insya-Allah, mereka selamat-selamat sahaja....


Jul 6, 2011

Safety Shoes Baru....


Salam.

Mahu promote kasut keselamatan aku untuk praktikal nanti.

Tiada berjenama, ianya dijual di Big Bundle, Batu 5, dengan harga RM40.

Harga bundle, tetapi barang baru..!!!!

Dah lama aku tak pakai safety shoes. Maklumlah, degree level UniKL MFI tidak masuk bengkel, kecuali ketika ingin melakukan Final Year Projet.

Saiz 7. Betul-betul dengan kaki aku...

Itupun, aku merembat safety shoes adik aku untuk membuat FYP aku.

Hahahaha.,...

K k k. Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam...

Mimpi indah...


Bermimpi menyertai XPDC ke Gunung Kerinchi, di Padang, Indonesia.

Ada lebih kurang 7 orang peserta, yang semuanya aku kenal-kenal belaka.

Sight view of Gng Krinchi

Selepas turun dari flight, kami berjalan seketika dan menunggu sebuah bas yang mengambil kami ke kaki gunung tersebut. Perjalanan tersebut mengambil masa antara 7 jam.

Sayangnya, mimpi itu berakhir tanpa mengetahui apakah penghujungnya....

Huiish... best nya jika mimpi itu menjadi kenyataan....

Moi Lolita A Bukit Tabur (3.7.2011)

Salam.

Kita di sini lagi.

Ok. Mengenai trip kali ini, sekali lagi aku dibakar oleh Bro Haidy untuk meninjau sunrise di Bukit Tabur. Dek kerana termakan hasutan beliau, aku pun mengikuti beliau (tong-tong minyak) dari Kajang ke Tmn Melawati (area-area situ) untuk menikmati pemandangan indah di batu-batu kapur yang terbentang indah, beserta Moi Lolita di bukit Tabur itu.

Btw, berikut merupakan sedikit info mengenai bukit ini.

Bukit Tabur ini terletak di Taman Melawati, Malaysia. Dikenali oleh orang tempatan sebagai Bukit Hangus (Huh..!!?). Bukit ini sangat nyata dan ianya boleh dilihat ketika melalui MRR2. Dengan ketinggian yang kurang daripada 1000m, bukit ini merupakan sebuah "quartz ridge". Pendaki boleh memulakan pendakian daripada trail di kampung Klang Gates, 50m daripada Pintu Empangan Klang (Klang Gates Dam), di belakang Taman Melawati untuk pendakian yang cepat (dalam masa 3-4 jam). Hutan Simpan Gombak juga berada di belakang taman tersebut. Ketika di puncak, ianya menjanjikan pemandangan 360 darjah, pemandangan matahari terbit/tenggelam dan pemandangan empangan tersebut.

Tetapi, sila berhati-hati kerana ketika on-track, gaung di kiri dan kanan anda sangat setia untuk mengambil nyawa anda secara tiba-tiba jika anda tersalah langkah, atau anda terlalu ingin menjadi Super Hero. Pendaki baru adalah amat digalakkan mendaki di sini (termasuk saya) kerana ianya juga menguji tahap stamina, kekuatan minda kita berada di tahap mana. Oh, tidak lupa supaya membawa bekalan air, kerana tiada sumber air diatas, kecualilah jika turunnya hujan ketika anda mendaki, ketika itu. Untuk camping, menarik untuk semalaman, kerana anda boleh mengambil gambar/posing ketika matahari terbit dan tenggelam. Bersedia juga dengan serangan nyamuk-nyamuk di sini.

Lokasi koordinat ialah 3°14′1″N 101°44′55″E.

Link asal: KLIK SINI

Okay, mari memulakan cerita.

Depan: Abg Haidy, Asma'
Tengah: Ana, Aku
Belakang: Budi, Abg Sidi

Alan; Sifu-Climber-Kami

Seramai 7 orang yang menyertai trip kali ini, itupun kerana plan ini dibuat pada saat-saat akhir. Jam 0400, memulakan perjalanan dengan Abg Sidi mengambil aku di Bangi, dan memecut dengan kelajuan 120++ km/j ke rumah Abg. Haidy. Bila sampai, Abg. Haidy masih lena. Jadi aku, Alan, Budi (adik Alan) dan Abg. Sidi membuat rumah mereka seperti rumah kami sendiri. Pasang Astro movie, buat air bla3. ANggaran 0530, Abg. Haidy telah bangun, dan kami bersiap untuk bergerak ke Taman Melawati. Subuh berjemaah, dan jam 0600, memulakan perjalanan (1 kereta & 1 motor, Abg Sidi menaiki motor) untuk mengambil Ana & Asma' di kediaman masing-masing (Balakong & Selayang). Anggaran Jam 0710++, kami tiba di signboard Puncak Niaga Sdn. Bhd.

Abg Sidi sudah tiba awal dengan bekalan sarapan pagi. Selepas sedikit bacaan doa, anggaran jam 0730++, kami memulakan langkah pendakian kami. Keadaan trail yang berbatu sejak mula membuatkan langkah kami tampak mudah. Tetapi bila dah semakin mencanak, aku, sebagai sweeper LAGI, terpaksa berjalan perlahan.
Tarik nafas...

Di samping kecederaan yang aku bawa dari XPDC Bukit Kutu, membuatkan aku berjalan perlahan & hampir setiap 10 minit, aku & salah seorang peserta yang penat awal, Ana, berhenti untuk berehat & mengambil nafas. Oleh kerana kami pergi pada hari ahad, jadi ramai jugalah pengunjung di situ. Selalu lah terjadinya jammed kerana keprihatinan pengunjung untuk mengutamakan keselamatan daripada hero semata-mata. Syabas diucapkan.

Antara perjalanan yang WAJIB ditempuhi....

Anggaran Jam 0900++, kami sudah tiba di antara batu-batuan yang tertinggi di situ (anggaran 420m d.p.l, merujuk kepada jam Bro Haidy). Sebenarnya, jarak starting point ke puncak itu, tak lah jauh mana, tetapi yang membuatkan ianya jauh ialah kerana Bukit Tabur itu BANYAK puncaknya. Sepadan dengan namanya, pendaki terpaksa berjalan pada banjaran bukit tersebut, dan banjaran itu berhenti jika ada & terpacaknya bendera Malaysia tercinta. Well, aku tidak sampai ke situ, kerana motif kami (Alan & Bro Haidy) ialah bouldering, test power atau membuka jalan (route) di situ. Well, impian kami berjaya akhirnya.

Sumpah, AKU GAYAT...!!!!

Anggaran jam 1000++, kami mengambil satu sudut untuk membuka camp-site. Dek kerana kehujanan, kami berpindah kepada satu tempat lain, yang agak teduh di situ. Dan ada hikmah rupanya hujan ini. Kerana port kami berteduh itu merupakan port selamat untuk kami, begineer bouldering di situ. Setelah di demo oleh Alan, akhirnya, ketujuh-tujuh orang daripada kami berjaya menempuhi bouldering itu dengan jayanya.

Alan men'demo'kan dirinya...

Di Camp-Site

Abg Haidy Test-Power

BUDI juga MAHU...!!!!

Asma' memerlukan tumpuan yang tinggi untuk posing....

Aku naik juga, setelah 'dibakar' rangup oleh Alan & Bro Haidy

Ana juga nak....!!! Mana boleh jadik..!!!

Bro Sidi menambah minat baru...


Well, aku terpaksa angkat bendera putih kepada Alan (LAGI), kerana dia berjaya membuka route lain bagi batu-batu yang dangerous shapenya. Batu-batu berikut, jika tersalah langkah, matilah anda.Ianya juga membuka mata pendaki-pendaki lain, kerana bukit tersebut bukanlah hanya boleh di'hiking' semata-mata, tetapi ia juga boleh dibuat rock-climbing or bouldering.

BTW, tiada rezeki kami untuk menyaksikan sunrise di sini. Tetapi, pemandangan Empangan Klang, Gombak, UIA sungguh AWESOME..!!! Tidak lupa, aku bertembung dengan kenalan-kenalan gunung di sini seperti Is, Ija (Mak Tiri) [C-US]dan Ayu [Y.Yap-Bubu-TokNenek].Hahaha...!! Gamat seketika lah program kami ni...!!!

Jam 1230, kami beransur pulang. Dengan menerima baju Deuter AirContact Trekkers, aku berbangga kerana menjadi salah seorang ahli kelab ini. Walaupun aku hanyalah pendaki bebas di Malaysia ini, tetapi jika mereka ada event apa-apa, SAYA SUDI...!!! hehehehe...

Baju rasmi DAT's

Macam biasa, berikut merupakan sedikit kandid untuk tatapan anda sekalian.

Penyeri majlis kali ini.

Awat korang melepek macam cicak kobeng tu..!!!!

Macho-nyer kami...

The real action is coming...!!!

Sifus sedang mencari route bouldering...

Pakai flippers pun boleh bouldering..!!!?? Jangan tak caya..!!!

Yeay..!!!

Vin Diesel datang Malaysia. Mahal kami bayar, tau..!!!

Makhluk Tuhan Paling Macho..!!! Hek3...

HANG ON....!!!!!
I DON'T WANN DIE...!!!! (sobbing....)

Awooooo..... (bunyi kucing)

Pose bersama model

Jumping-jumping....

Hoyeah...!!!

Model kasut UNIK...!!! Hehehe...

K k k. Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam....

Link rujukan yang lain: KLIK SINI

Moi Lolita; Alizee

Moi je m'appelle Lolita
Lo ou bien Lola
Du pareil au même
Moi je m'appelle Lolita
Quand je rêve aux loups
C'est Lola qui saigne
Quand fourche ma langue,
j'ai là un fou rire aussi fou
Qu'un phénomène Je m'appelle Lolita
Lo de vie, lo aux amours diluviennes

Moi je m'appelle Lolita
Collégienne aux bas
Bleus de méthylène
Moi je m'appelle Lolita
Coléreuse et pas
Mi-coton, mi-laine
Motus et bouche qui n'dis pas
À maman que je suis un phénomène
Je m'appelle Lolita
Lo de vie, lo aux amours diluviennes

Repeat Refrain

C'est pas ma faute
Et quand je donne ma langue aux chats
Je vois les autres
Tout prêts à se jeter sur moi
C'est pas ma faute à moi
Si j'entends tout autour de moi
Hello, helli, t'es A (L.O.L.I.T.A.)
Moi Lolita

btw, aku betul-betul memerlukan jam ABC function, dan kamera digital..!!! Arrgh...!!!!!