Jul 2, 2011

XPDC Bukit Kutu (25-26.6.2011)



Salam. Kita berjumpa lagi.

Seperti trip-trip yang lain, kali ini, izinkan aku untuk berceritera dalam blog aku ini mengenai trip aku kali ini. BTW, mari kita mengimbas kembali cerita mengenai Bukit Kutu ini.

Nama: Bukit Kutu
Ketinggian: 1100m/3600ft
Lokasi:
Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Bukit Kutu merupakan gunung yang diletakkan dalam level moderate, di mana ianya mengambil masa anggaran 3 ke 4 jam untuk ke puncak. Ada 2 sebab utama kenapa gunung ini diletakkan pada level tersebut:

  • Trail yang ada merupakan 1 trail tunggal, yang kadangkala ianya tidak terurus. Akar-akar, pokok-pokok tumbang yang banyak, diikuti dengan track-track yang bercabang membuatkan pendaki selalunya tersalah arah. Kecuali anda sangat fasih dengan trail yang ada, mungkin anda akan perasan yang trail tadi bagaikan berpusing kembali di tempat yang anda baru sahaja lalui tadi.
  • Kecuali pada beberapa bahagian yang curam, yang lain, mostly santai or landai. Walau bagaimana pun, kecuraman track di sini jauh berbeza, jika nak dibandingkan dengan track di Gunung Nuang.

Runtuhan di puncak Bukit Kutu pernah digunakan sebagai Pejabat Pergunungan British (British Hill Station) ketika WWII. Tapi, ada info lain yang dimaklumkan kepada kami. Baca la lagi untuk maklumat yang lagi baik....

Masih terdapat lagi tempat membakar kayu di atas camp-site utama ini. Di Lost Castle, terdapat tangga dan jalan-jalan yang masih elok untuk digunakan sebagai... tempat mengambil GAMBAR la..!!! hahahaha...

Masih ada 1 perigi bawah tanah yang masih digunakan di camp-site Bukit Kutu ini. Jangan lupa, tapis air tersebut kerana banyakkkkkkkkkk jentik2 di sini..!!!

Info asal: KLIK SINI

Okay, Berikut merupakan semua peserta-peserta yang mengikuti XPDC kali ini. Antara gabungan Deuter AirContact Trekkers (DAT’s), Kelab Remaja Alam Budiman (ABRA?? minta betulkan) dan pendaki-pendaki bebas, seperti aku. Hehehehe... Seramai 28++ orang peserta yang menyertai, tidak termasuk mereka-mereka yang mendaki lewat daripada kami.

Peserta-peserta yang ada.

Terima kesih kepada semua pengambil-pengambil gambar kami ketika XPDC ini dijalankan..!!! SAYANG KORANG...!!!!

Yossh..!!! Mari memulakan cerita.


24 Jun 2011

2300++: Tiba di rumah Haidy Fogarty.

Yup2. Aku dari JB untuk mendaki Bukit Kutu ini. Asyik kena bakar jek, sekali-sekala, jom la.

Alan yang rajin..

Sampai-sampai, aku terus tolong-tolong Haidy, Alan untuk bagi-bagi ration kepada peserta-peserta XPDC kali ini. Bawak periuk sebemban msuk beg ni. Berat la gak. Walaupun Xla berat sangat...... 0200, masuk tidorrrrr....

25 Jun 2011

0630: SUBUH....!!!!!

0800: Memulakan perjalanan

Selepas menanti ketibaan Abang Sidi (kenalan Abg Haidy), kami memulakan perjalan. Alan shoot gambar sunrise di Bangi, memang lawa. Masya-Allah.... Sambil pick-up peserta-peserta dari KL Sentral (2 kereta), kami speeding ke KKB. Di samping bertanya-tanya jalan kepada Bro Sidi, sebab aku akan praktikal di Rawang.


0935: Tiba di Pekan Kuala Kubu Baru.

Makan. Sumpah kebulur time ni. Beramah-mesra dengan peserta-peserta yang lain. Wow...!!!!!


1045++: Tiba di car-pool port. Bersiap sedia.

Stand-By...

Okay, mengemas barang. Di’sponser’ oleh Bro Haidy dengan Bladder Deuter 3.0L, menambahkan lagi semangat aku untuk mendaki gunung ini... J


1155: Memulakan perjalanan untuk ke puncak Bukit Kutu.


CASE ONE – OFFICIAL SWEEPER

Wow..!! Gila la. Hari ini, aku diberi kepercayaan untuk menjadi orang terakhir dalam XPDC ini. Untuk pengetahuan, Sweeper merupakan orang yang paling AKHIR dalam mana-mana team. If ada orang missing, selepas kamu, YOU. ARE. DEAD. Jadi, dengan penuh sabar (sabar je la), aku ensure setiap peserta dalam keadaan yang baik, untuk meneruskan perjalanan.

CASE CLOSED.

1245: sudah berada pada ketinggian 380m.

Abang gagah.

Landai. Curam. Landai. Arrgh.....!!! Jd Sweeper pun pewai ke pe...!!!? Sabar je la.... Sambil bermain-main walkie-talkie penganjur, kami bertanya-tanya lokasi antara Shooter (Alan), Center (Bro Haidy). Ye la, takut sorang terlebih laju (Shooter kami memang laju), sorang slow bagai. Sebangai Sweeper yang berwibawa (poyo jek), aku berjalan slow saja.


1405: Checkpoint yang keberapa ntah, untuk berehat.

K.E.P.E.N.A.T.A.N

WARRRGH.,..!!

1505: 800m. Tiba di Kem Batu Tedung.


C5. Mark yang ada di sini.

Okay. Mengenai Lost Castle tadi, ada Mat Salleh yang OTW turun dari puncak open story di sini (Team Shooter yang dapat mendengar cerita ini, directly). Dia mengatakan bahawa Lost Castle itu merupakan bekas peninggalan sebuah KLINIK. Ha..? Lain pulak stori nya Even Mat Salleh tersebut juga memiliki gambar asal bangunan tersebut. That’s why, he’d came here, to look it himself. Wah, speaking la aku pulak kat sini. Okay, kami lunch di sini, dan aku sungguh terbakar biloa melihat Alan rock-climbing di sini. Well, aku pun MAHU...!!!! Tetapi.....

Bahaya menanti..


CASE TWO – SWEEPING THE SWEEPER

Arrgh...!!! First Ascent aku untuk rock-climbing are WORST..!!! Aku fall about 4-5 meter from above, and fell straight to the rock-gap below. Lucky, Alan was there to hold me. But still, my right leg are totally LOST, for a while. Bahagian tepi kaki aku, yang menghampiri lutut aku berdarah kerana bergesel dengan gap batu tadi. Sakitnya, Dia sahaja yang Maha Mengetahui. Mengambil masa untuk kembali berjalan, akhirnya aku didampingi oleh Missy2 pelatih dari MSU.

Owh... pedih...! Ahaks...!!!

Peserta-peserta lain ingat aku heaven kerana aku didampingi oleh mereka-mereka yang ayu-ayu. Yeah Right..!!! Ko tak tau yang salah seorang daripada mereka (nama dirahsiakan) menyental luka aku BAIKKKK PUNYA...!!!!! Aku tak boleh menjerit lebih-lebih, kira okay la mereka merawat aku. Kalau diorang tinggal aku macam tu jek, tak naya aku kat situ..? About 15 minutes, aku kembali tenang. But still, aku jalan terlompat-lompat dan aku dah tak boleh jalan belakang (Sweeper) lagi. Adoi..... Terencat plan aku segala...

CASE CLOSED.

Anggaran 1600++, kembali memulakan perjalanan.

Sepanjang perjalanan, asal ada ranting-ranting, buluh melintang, yang memerlukan peserta merangkak, confirm aku failed. Terpaksa mengesot-ngesot aku melalui bawah-bawah tadi. Bernasib baik kerana aku membawa stick, jadi kaki kanan aku boleh la bergerak sedikit. Saudara Zul ABRA joining Sweeper (time ni, Bro Haidy) sebab untuk back-up. Dek kerana kami dah abiskan walkie-talkie tadi, jadi Sweeper & Shooter was left alive. Jadi, aku biar sdr. Zul join diorang, and aku push ke depan...

1707: Tiba di Camp-Site Bukit Kutu.

Muka-muka awal sampai.

Chef kami...!!!

Puncak nya atas tu jek. Naik tangga dan nah..!!! Pemandangan terbaik yang pernah anda lihat..!!!! Tapi, nanti dulu. Kami kumpulkan semua ration-ration, tapis air, bukak ground & cover port tidur kami dengan fly yang aku bawa. Alan dah cop dia punya port hammock awal-awal, jadi aku redha untuk tidur bawah. Bila dah confirm, aku pasang hammock aku. Di samping belajar memasang hammock dari Alan, aku juga mengemaskan sedikit tempat kami, untuk dibuat Musolla.

Hammock kami.

Port banglo.

Pas tolong sikit-sikit, lari..!!!! joining Anan Nyet, Alan, Deela dll untuk posing-posing di puncak. Wah.... memang gayat weh..!!!! Tapi, bila try berdiri sendiri, Masya-Allah..!!!!! Cantiknya pemandangan...!!!!!

2000++: Aku, Anan Nyet & Siti Khatijah menjadi geng-geng tapis air..!!! Muka-muka kitorang jek yang amik air, tapis air dari petang tadi. Takpe, kami xde hal. Redha sahaja. Ada juga geng-geng wall-climbing kat PCP (Apek & the Geng) yang tiba lambat, kerana mereka pun datang lambat. But still, mereka memang hebat..!!! Berjalan malam, itulah perkara yang kalau boleh, aku mahu elakkan.

2300++: Chef kami kali ini = A.W.E.S.O.M.E...!!!!!! Makanan kami malam ini, memang SEDAP....!!!! Kami tukang angkat messtin (aku bukan tukang basuh) pun tak apa. Sambil-sambil sessi-sessi pengenalan, ngurat-ngurat, kami sambung bermain kad, menyanyi-menyanyi Karaoke di puncak..!!!!!. Peh, memang best la kat sini. Haidy, next trip, ensure muka-muka ni ada ek..!!? I don’t want to miss any fun, like what I’ve felt, here...!!!!!

Awesome la Chef-Chef kami..!!!

Band malam itu..!!!

Joining Alan, Anan Nyet, Siti, Bro Haidy & Syed ke puncak Kutu, sekali lagi. Makan snek, sambil menikmati kesejukan di situ. Sejuk..................

Anggaran jam 0200, beransur tidur. (ending lagu Negaraku dari band kami, hari itu). Terpaksa bersabar kerana seperti aku, Bro Sidi pun tak biasa untuk tidur di hammock, seperti aku.

26 Jun 2011

0600++: Bangun..!!!!

See..!!? Nak tengok aku bangun awal, kat atas gunung jek...!!!!!! Subuh di sini, sambil berasak-asak mengejar sunrise di puncak. Ingat aku lagi laju dari Alan, rupa-rupanya Alan lagi awal dah ke sini..!!! Wah...!!!!

0700++: Masya-Allah...!!! Sunrise di sini, betul-betul menguji keimanan kami.....

Subhanallah..!!!



Pas puas bergambar, turun. Tolong diorang buat sarapan sedikit, demi sedikit. Kopi o panas di puncak gunung sungguh MENGANCAM..!!!!

Lining-Up...

Ada peserta yang terpaksa balik awal, kerana ada tugas masing-masing. Tak pe la. As long mereka tahu jalan, orait la2......

Tidak lupa, aku dibalut lagi oleh Missy-Missy MSU semalam. SAKIT...!!!!!!!!

Asma': Seb baik aku xbawak injection..!!!

Aku: ............................... (muka pucat)

Mengemas serba-sedikit, and we’re OFF..!!!

1015: Ke Lost Castle.

Tak jauh pun. 10 minit. Kami pose macam-macam di sini. Sambil buat aksi yang mengujakan, kami juga menjelajah seluruh Lost Castle ini, sebaik mungkin. 1130, balik ke camp-site.


1230: Bergerak turun.

Run! Run! Run! Makan sebijik ponstant (pain-killer), membuatkan aku kembali berupaya untuk turun.

1320: Tiba kembali ke Kem Batu Tedung. Lepak, n balut 1 pam jek. 1335, kembali bergerak kembali.

Missy.

XXXX: Missy kami injured..!!! Sebab dia injured, kami geng-geng belakang sentiasa cocok dia, di samping missy-missy yang lain telah bejalan lebih awal. Takpe, Missy punya pasai, kami orait jek. BTW, bila lagi nak tolong-menolong ni...

1530: Tiba di Final Checkpoint.

Kami dah sampai..!!!

Mandi...!!! Mata kami pun boleh tahan gataiiiiiiiii usyar-usyar ladies-ladies treatment rambut di port mereka. Hahahahaha.....

1700++: Pulang ke KL.

Selamat pulang ke kampung halaman. Disamping menimba pengalaman baru, di sini juga aku sendiri menyaksikan betapa meriahnya trip ini kepada aku, di mana selama ini, aku quite mendiamkan diri, & syoiiik sendiri. Well, semoga trip-trip akan datang, aku akan mengalami trip-trip meriah macam ni..!!!!

Below merupakan gambar-gambar syioooook ketika trip ini dijalankan. Best! Best! Best!

Jeles sebab aku tak boleh main... :-X

Cantik gambar ni, ko edit..!!!

Hai jin-jin tanah sekalian..

Model Bkt. Kutu (senior)

Model Bkt. Kutu (Junior)

Vin Diesel main gunung, weh..!!!

Ehem2.... :-P

Jejaka-jejaka Tampan.

Ladies..!!!

Banyak lagi gambar yang ada, cuma aku sangat-sangat tidak larat nak letak. Minta maaf la ek... hahahaha..

K k k, Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam.

8 comments:

  1. sejak bile aku ditabalkan jd model junior nih..nk kne saman si puteh nihh..siap ko putehh

    ReplyDelete
  2. aku xbersalah....!!! Itu hanya kandid semata2 la..!!! Hehehe...

    ReplyDelete
  3. Jalan cerite very good n fun.. Tapi kalu untuk publish ke Majalah, kena edit banyak.. kalau nak refresh balik story pasal Trip Bukit Kutu ni, hasil nukilan ko ni amatlah membantu.. Hehehe..

    ReplyDelete
  4. TEBING TINGGI BACKPACK
    MOUNT GUIDE SERVICE
    ANDY 017-9997790

    ReplyDelete
  5. tampan sangat... -_-

    ReplyDelete