Jul 6, 2011

Moi Lolita A Bukit Tabur (3.7.2011)

Salam.

Kita di sini lagi.

Ok. Mengenai trip kali ini, sekali lagi aku dibakar oleh Bro Haidy untuk meninjau sunrise di Bukit Tabur. Dek kerana termakan hasutan beliau, aku pun mengikuti beliau (tong-tong minyak) dari Kajang ke Tmn Melawati (area-area situ) untuk menikmati pemandangan indah di batu-batu kapur yang terbentang indah, beserta Moi Lolita di bukit Tabur itu.

Btw, berikut merupakan sedikit info mengenai bukit ini.

Bukit Tabur ini terletak di Taman Melawati, Malaysia. Dikenali oleh orang tempatan sebagai Bukit Hangus (Huh..!!?). Bukit ini sangat nyata dan ianya boleh dilihat ketika melalui MRR2. Dengan ketinggian yang kurang daripada 1000m, bukit ini merupakan sebuah "quartz ridge". Pendaki boleh memulakan pendakian daripada trail di kampung Klang Gates, 50m daripada Pintu Empangan Klang (Klang Gates Dam), di belakang Taman Melawati untuk pendakian yang cepat (dalam masa 3-4 jam). Hutan Simpan Gombak juga berada di belakang taman tersebut. Ketika di puncak, ianya menjanjikan pemandangan 360 darjah, pemandangan matahari terbit/tenggelam dan pemandangan empangan tersebut.

Tetapi, sila berhati-hati kerana ketika on-track, gaung di kiri dan kanan anda sangat setia untuk mengambil nyawa anda secara tiba-tiba jika anda tersalah langkah, atau anda terlalu ingin menjadi Super Hero. Pendaki baru adalah amat digalakkan mendaki di sini (termasuk saya) kerana ianya juga menguji tahap stamina, kekuatan minda kita berada di tahap mana. Oh, tidak lupa supaya membawa bekalan air, kerana tiada sumber air diatas, kecualilah jika turunnya hujan ketika anda mendaki, ketika itu. Untuk camping, menarik untuk semalaman, kerana anda boleh mengambil gambar/posing ketika matahari terbit dan tenggelam. Bersedia juga dengan serangan nyamuk-nyamuk di sini.

Lokasi koordinat ialah 3°14′1″N 101°44′55″E.

Link asal: KLIK SINI

Okay, mari memulakan cerita.

Depan: Abg Haidy, Asma'
Tengah: Ana, Aku
Belakang: Budi, Abg Sidi

Alan; Sifu-Climber-Kami

Seramai 7 orang yang menyertai trip kali ini, itupun kerana plan ini dibuat pada saat-saat akhir. Jam 0400, memulakan perjalanan dengan Abg Sidi mengambil aku di Bangi, dan memecut dengan kelajuan 120++ km/j ke rumah Abg. Haidy. Bila sampai, Abg. Haidy masih lena. Jadi aku, Alan, Budi (adik Alan) dan Abg. Sidi membuat rumah mereka seperti rumah kami sendiri. Pasang Astro movie, buat air bla3. ANggaran 0530, Abg. Haidy telah bangun, dan kami bersiap untuk bergerak ke Taman Melawati. Subuh berjemaah, dan jam 0600, memulakan perjalanan (1 kereta & 1 motor, Abg Sidi menaiki motor) untuk mengambil Ana & Asma' di kediaman masing-masing (Balakong & Selayang). Anggaran Jam 0710++, kami tiba di signboard Puncak Niaga Sdn. Bhd.

Abg Sidi sudah tiba awal dengan bekalan sarapan pagi. Selepas sedikit bacaan doa, anggaran jam 0730++, kami memulakan langkah pendakian kami. Keadaan trail yang berbatu sejak mula membuatkan langkah kami tampak mudah. Tetapi bila dah semakin mencanak, aku, sebagai sweeper LAGI, terpaksa berjalan perlahan.
Tarik nafas...

Di samping kecederaan yang aku bawa dari XPDC Bukit Kutu, membuatkan aku berjalan perlahan & hampir setiap 10 minit, aku & salah seorang peserta yang penat awal, Ana, berhenti untuk berehat & mengambil nafas. Oleh kerana kami pergi pada hari ahad, jadi ramai jugalah pengunjung di situ. Selalu lah terjadinya jammed kerana keprihatinan pengunjung untuk mengutamakan keselamatan daripada hero semata-mata. Syabas diucapkan.

Antara perjalanan yang WAJIB ditempuhi....

Anggaran Jam 0900++, kami sudah tiba di antara batu-batuan yang tertinggi di situ (anggaran 420m d.p.l, merujuk kepada jam Bro Haidy). Sebenarnya, jarak starting point ke puncak itu, tak lah jauh mana, tetapi yang membuatkan ianya jauh ialah kerana Bukit Tabur itu BANYAK puncaknya. Sepadan dengan namanya, pendaki terpaksa berjalan pada banjaran bukit tersebut, dan banjaran itu berhenti jika ada & terpacaknya bendera Malaysia tercinta. Well, aku tidak sampai ke situ, kerana motif kami (Alan & Bro Haidy) ialah bouldering, test power atau membuka jalan (route) di situ. Well, impian kami berjaya akhirnya.

Sumpah, AKU GAYAT...!!!!

Anggaran jam 1000++, kami mengambil satu sudut untuk membuka camp-site. Dek kerana kehujanan, kami berpindah kepada satu tempat lain, yang agak teduh di situ. Dan ada hikmah rupanya hujan ini. Kerana port kami berteduh itu merupakan port selamat untuk kami, begineer bouldering di situ. Setelah di demo oleh Alan, akhirnya, ketujuh-tujuh orang daripada kami berjaya menempuhi bouldering itu dengan jayanya.

Alan men'demo'kan dirinya...

Di Camp-Site

Abg Haidy Test-Power

BUDI juga MAHU...!!!!

Asma' memerlukan tumpuan yang tinggi untuk posing....

Aku naik juga, setelah 'dibakar' rangup oleh Alan & Bro Haidy

Ana juga nak....!!! Mana boleh jadik..!!!

Bro Sidi menambah minat baru...


Well, aku terpaksa angkat bendera putih kepada Alan (LAGI), kerana dia berjaya membuka route lain bagi batu-batu yang dangerous shapenya. Batu-batu berikut, jika tersalah langkah, matilah anda.Ianya juga membuka mata pendaki-pendaki lain, kerana bukit tersebut bukanlah hanya boleh di'hiking' semata-mata, tetapi ia juga boleh dibuat rock-climbing or bouldering.

BTW, tiada rezeki kami untuk menyaksikan sunrise di sini. Tetapi, pemandangan Empangan Klang, Gombak, UIA sungguh AWESOME..!!! Tidak lupa, aku bertembung dengan kenalan-kenalan gunung di sini seperti Is, Ija (Mak Tiri) [C-US]dan Ayu [Y.Yap-Bubu-TokNenek].Hahaha...!! Gamat seketika lah program kami ni...!!!

Jam 1230, kami beransur pulang. Dengan menerima baju Deuter AirContact Trekkers, aku berbangga kerana menjadi salah seorang ahli kelab ini. Walaupun aku hanyalah pendaki bebas di Malaysia ini, tetapi jika mereka ada event apa-apa, SAYA SUDI...!!! hehehehe...

Baju rasmi DAT's

Macam biasa, berikut merupakan sedikit kandid untuk tatapan anda sekalian.

Penyeri majlis kali ini.

Awat korang melepek macam cicak kobeng tu..!!!!

Macho-nyer kami...

The real action is coming...!!!

Sifus sedang mencari route bouldering...

Pakai flippers pun boleh bouldering..!!!?? Jangan tak caya..!!!

Yeay..!!!

Vin Diesel datang Malaysia. Mahal kami bayar, tau..!!!

Makhluk Tuhan Paling Macho..!!! Hek3...

HANG ON....!!!!!
I DON'T WANN DIE...!!!! (sobbing....)

Awooooo..... (bunyi kucing)

Pose bersama model

Jumping-jumping....

Hoyeah...!!!

Model kasut UNIK...!!! Hehehe...

K k k. Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam....

Link rujukan yang lain: KLIK SINI

Moi Lolita; Alizee

Moi je m'appelle Lolita
Lo ou bien Lola
Du pareil au même
Moi je m'appelle Lolita
Quand je rêve aux loups
C'est Lola qui saigne
Quand fourche ma langue,
j'ai là un fou rire aussi fou
Qu'un phénomène Je m'appelle Lolita
Lo de vie, lo aux amours diluviennes

Moi je m'appelle Lolita
Collégienne aux bas
Bleus de méthylène
Moi je m'appelle Lolita
Coléreuse et pas
Mi-coton, mi-laine
Motus et bouche qui n'dis pas
À maman que je suis un phénomène
Je m'appelle Lolita
Lo de vie, lo aux amours diluviennes

Repeat Refrain

C'est pas ma faute
Et quand je donne ma langue aux chats
Je vois les autres
Tout prêts à se jeter sur moi
C'est pas ma faute à moi
Si j'entends tout autour de moi
Hello, helli, t'es A (L.O.L.I.T.A.)
Moi Lolita

btw, aku betul-betul memerlukan jam ABC function, dan kamera digital..!!! Arrgh...!!!!!

No comments:

Post a Comment