Okay, selepas hanya mampu memerhati di internet saja mengenai Damai Batu Caves ni, akhirnya aku tergerak untuk menjengah sendiri 'kemegahan' rock-climbing di sini, di samping ingin mencuba sendiri apakah yang bestnya pasal rock-climbing ni. Lagi, setelah diberi keizinan oleh Petzl Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd. (PMM) untuk meminjam sepasang harness, satu Grigri & satu Carabiner, aku memecut laju ke situ.
Well, actually, aku memecut dari Apartment Sri Murni, kerana aku stay rumah kenalan gunung (missy) ketika di XPDC Bukit Kutu (Klik sini), si Asma', kerana aku terlalu mengantuk selepas pulang dari DAT's Meeting, semalam. Yang aku pun dok gatai nak melayan anak buah Asma' tu pun, apahal..?? Memang aku tak larat la nak balik. Hehehe. Okay. Aku memecut ke HQ aku, dan bersiap-sedia. Malangnya, ketika itu, hujan sudah mula turun. Adoi.... aku menyabarkan diri serta berharap, agar aku diberi peluang.
Alhamdulillah, matahari keluar dengan sinarannya yang terang. Dengan nada gembira, aku pun merempit ke Damai Batu Caves dengan teknik mengejar jalan sesat yang tiada tolok bandingnya. Ye la, banyak kali aku berhenti untuk bertanya jalan. Menggunakan Google Maps tidak banyak membentu, kerana aku terpaksa melalui jalan-jalan kecil di rumah orang. Lucky kerana aku menaiki motor.
Jam 1015++, aku tiba di situ. Berjumpa penganjur event, Uncle Karat Adv. Selepas sessi perkenalan, aku memanaskan badan, pasang harness aku dan bersiap sedia. Berkenalan dengan penjaga di situ, iaitu Bro Azwan & Bro Azlan, mereka memiliki equipment rock-climbing yang baik-baik. Jeles sikit aku di situ. Hehehe... Ooops, tidak lupa ditegur oleh Bro Azwan kerana aku smoking di area belaying. Tidak sopan, katanya.
Then, sampailah giliran aku pula memanjat. Dengan pengalaman di PCP, Putrajaya sebagai taruhan, aku memanjat dengan jayanya di situ. Aku juga menolong mereka belaying, kerana bilangan peserta yang ramai, dan belayer-belayaer yang suka mengulow (aku tidak terkecuali). Even ada satu tempat, dua orang ladies tidak berjaya melepasi batu halangan yang besar. Bila aku try, baru aku tahu. Ladies tidak boleh mengangkang terlalu besar, dibandingkan dengan lelaki untuk memijak atau menggapai posisi batu di situ. Aku segan dowh nak suruh mereka mengangkang, maybe sebab aku single lagi..?? Hahahaha..
Untuk event hari ini, Uncle hanya menggunakan teknik top-roping (tali siap sedia). Takpe la, kata aku. Ketinggian tali yang dipasang oleh Uncle Karat untuk semua peserta yang menyertai ialah anggaran 10-15m. Tetapi, ada juga senior-senior yang datang lambat kembali run-up tali tadi untuk dipasang pada ketinggian (anggaran) 20-30 meter...!!! Wah, aku TOTALLY TERUJA....!!!!!! Inilah sebab utama aku datang hari ini, kan?
Route orang kat kiri tu, ada 2 pilihan.
Samada mahu start dengan high-jump or biasa-biasa.
ALSO: PASSED...!!!
Samada mahu start dengan high-jump or biasa-biasa.
ALSO: PASSED...!!!
Setelah diberi keizinan untuk mendaki ketinggian tadi & deciding belayer, aku pun try. Ok. Ada 2 top-rope yang menyamai ketinggian ini. Aku mulakan dengan di sebelah kanan. Starting memang okay. Sampai anggaran 17 m, tangan aku dah sakit. Ditambah dengan deruan udara yang sepoi-sepoi bahasa, betul-betul membuatkan aku MENGGIGIL..!!!! (WARNING: ENSURE ANDA BERHATI KERING & TAK MANJA UNTUK MENDAKI ROCK-CLIMBING INI..!!!) Banyak kali aku tight (berehat dengan tergantung diatas). Slow-slow, aku naik. Akhirnya, aku sampai di anchor point. WOW...!!!!! AWESOME LA....!!!!!
Percubaan kedua, tangan aku sudah mula jammed, tapi aku nak try jugak. Naik tetap naik..!!! Okay, sama juga dengan tadi, awal-awal, memang senang. Tapi, dalam 5 meter lagi, aku dah pewai..!!! Why..?? Kerana batu-batu di ending-ending tu too sloppy..!!! Kalau ada untuk memegang pun, hanya muat untuk JARI SAHAJA..!!! Arrgh..!!! 5-10x aku try, tak dapat-dapat. Last-last, cakap dengan belayer, CLIMB DOWN. Tangan aku dah tak larat. Kebetulan group Uncle Karat pun mahu beransur pulang, aku pun follow la.
MERAH; PERCUBAAN PERTAMA: PASSED...!!!!
BIRU; PERCUBAAN KEDUA: FAILED...!!!! STUCKED AT X MARK...!!!
BLUE DOT: ANCHOR POINT
Kami lepak-lepak untuk makan, di samping berkongsi pengalaman gunung masing-masing. Diorang memang sporting la..!!! Best gila berborak dengan diorang.
Jam 1630, semua beransur pulang. Well, tidak lupa untuk meminta no phone or FB account kenalan-kenalan baru di sini.
Thank You la kepada Uncle, kerana menganjurkan event yang AWESOME...!!!!! TOTALLY LIKE THIS..!!!!!
BTW, gambar-gambar di batu-batu tersebut ialah gambar di internet kerana aku tiada kamera, di samping menunggu gambar-gambar DSLR kenalan baru aku.. Kredit kepada blog-blog yang lain.
Salam Ramadhan Karim kepada semua.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment