Oct 11, 2011

Cinta Sepi Di Nuang (8-9/10/11)....





Salam. Kita di sini lagi.

Saban minggu, aku asyik melibatkan diri dengan sukan rock-climbing & abseiling. Jadi, kali ini, aku kembali kepada sukan pertama yang mengenalkan aku kepada sukan lasak, iaitu PERGUNUNGAN. Okay, pada 8-9 Oktober 2011, aku bersama DAT's Team, collaborated with REDTOP menganjurkan XPDC ke Gunung Nuang, di Hulu Langat, Selangor. Kali ini, seramai 19 orang peserta yang menyertai, dan jumlah itu juga cukup besar untuk aku, honestly...!!!

Sebelum itu, mari kita berkenalan dengan semua peserta kali ini. 

Dari Kiri: Ain, Ana Solehah, Amyra, Fiza, Mastura, Cik Syushiro
Depan, kiri: Marina, Noorfairuz
Dari kiri: Apek, Capt. Haidy, Alan The Speedster, Sidi Ikon, Aku, _____, Ayiep, Uncle CC
Depan, kiri: Cikgu Rahmat, Zam

Berketinggian 1,493 meter (4,898 ft), puncaknya merupakan sempadan negeri Pahang dan Selangor. Gunung ini merupakan tanah tertinggi di Selangor, dan juga sebahagian daripada Banjaran Titiwangsa. Ada tiga jalan untuk mendai yang dibuat oleh Malaysian Department of Wildlife and National Parks. Melalui Hulu Langat (Kuala Pangsoon), Gombak (Kg. Kemensah) & Bentong, Pahang (Bukit Tinggi).

Info: Wikipedia

Ok. Off We Go.

08/10/11

Jam 0800, aku memulakan perjalanan dari KTM Taman Wahyu, kerana aku saing bergerak dengan Amyra & Syu, kenalan gunung aku yang menyertai XPDC ini sekali. Kami turun di LRT Bandar Tun Razak, untuk di car-pool oleh Capt. Haidy dari DATs. Kerana kami agak lambat, jadi kelewatan kami merisaukan semua pihak. Lagi, kerana Capt. membawa kenalan gunung yang lain (dari MOSTI), jadi kelambatan itu takut menyakitkan hati semua pihak. Jadi, selepas membeli sedikit sarapan+makan tengahari serta membuat laporan polis mengenai kenaikan kami ke Nuang, kami bergerak untuk berkumpul di Hutan Lipur Gunung Nuang, Pangsoon.

Asma' dengan Pose Bagnya...

Cik Syushiro sedang concenstrate..

Bersiap-sedia untuk memulakan perjalanan, Cikgu Rahmat memulakan XTVT dengan sesi memanaskan badan. Selepas bacaan doa, jam 1130, kami memulakan perjalanan dengan langkah perlahan.


Preparation...   


Bro Aether.



Panaskan badan.....

 Seperti biasa, oleh kerana ini blog aku, sudah tentu ceritera ini akan lebih kepada aku. Jadi, ada la 2-3 kes yang berlaku & membuatkan aku sedikit sebanyak belajar tentang ilmu-ilmu pergunungan ini.

CASE ONE: First-Time SHOOTER

Kerja shooter ialah memastikan trak yang dilalui selamat daripada segala bentuk bencana & malapetaka, disamping memastikan trak itu ialah trak yang benar. Usually, untuk trip-trip yang Killer, shooter kerjanya mengejar camp-site untuk ready tapak, air, fly mahupun makanan sekalipun. Untuk trip-trip mingguan seperti Nuang ini, shooter amatlah diperlukan. Okay. Actually, aku dipaksa untuk menjadi orang paling di hadapan kerana aku pernah mendaki gunung ini. Mampus..!! Dah la aku ingat-tak-ingat laluan gunung ni. Kang sumer sesat, abis la aku. Berat tanggungjawab aku ni..!! Lucky la kerana Alan the Speedster memotong aku untuk leading di hadapan. Jadi, aku berasa lega lah sedikit. Hehehehe...

CLOSED


Okay. Perjalanan ke puncak Nuang ini dimulakan dengan trak balak. Kami terpaksa menapak di atas trek ini dalam anggaran 2-3 jam. Kami melepasi beberapa pondok yang dibuat oleh Jab. Perhutanan di sini, disamping berselisih dengan hikers-hikers yang lain, juga dengan kumpulan-kumpulan budak sekolah yang menuruni gunung tersebut. Usyar-usyar jugak cikgu-cikgu muda budak-budak tersebut. Ahakz..!!!

Track Balak ke Kem Lolo; hikers-hikers yang lain..

 
Small Hut Provided, there... 

Oleh kerana aku didampingi oleh Cik Syushiro, jadi, beliau merupakan model sambilan kamera aku, ketika mendaki ini. Hehehehe...

Ayu Mak ni..

Another Track..

Jam 1300++, selepas getting over with trak balak, kami melepasi satu paip besar,dan beberapa anak-anak sungai. Kem Anak Lolo juga di sini, namun, bukan ini target kami hari ini. Jadi, kami meneruskan perjalanan lagi, untuk tambahan 1 jam lagi. Cuaca yang gelap juga merisaukan aku, sedikit. (Takut DEMAM...!!!)

Terpaksa membongkok.. ARRGH..!!!

1354, kami tiba di Kem Lolo. Hujan sudah mula turun, membasahkan kami di sini. Alan sudah membina fly di sini, jadi aku membantu dengan mencari daun-daun besar untuk dialas bawah ground kami nanti. Aku keluarkan fly aku, as a back-up, sementara menanti kawan-kawan yang lain yang masih belum tiba.
 
 

Suasana Camp-Site di Kem Lolo..

Sejam demi sejam, baru lah peserta-peserta lain menyusul. Masing-masing kepenatan, walaupun tiada kecederaan, setakat ini. Membahagi-bahagikan khemah, mengumpulkan semua ration, dan secara tidak langsung, ladies secara sukarela memasak makanan malam kami. Sementara menunggu mereka memasak, kami bermandi-manda, dan TIDO...!!!! BTW, tidak lupa bahawa aku juga mengada-ngada libatkan diri untuk memotong sayur (aje). Dah la orang suh kentang tu dipotong 16 (potong 2, & bahagi 8), aku bantai potong dadu..!!!! Kalau mak aku tau aku belajar potong sayur, mak aku kompem Sujud Syukur punya. Hahahaha..!!!

Tak De BAKAT LANGSUNG..!!! Hahahaha....
Bergosip-gosipan...
1900, dikacau oleh Fiza dengan cara dihentak-hentak muka aku dengan menggunakan sleeping bag. Siot la..!!! Xstim aku nak tido...!! Alang-alang bangun, maghrib, dan bersedia untuk melantak. DATs dinner = AWESOME la...!!! Sumpah part ni, aku sangat-sangat berpuas hati..!!! Makan beramai-ramai, dan selepas itu, bergotong-royong membasuh semua perkakasan memasak tadi. Memang mesra. Betul la, di sini terbitnya Cinta Sepi yang dirindui ketika mendaki mana-mana gunung. Huhuhu...

 
Kebuluran & makanan malam kami...
Isya', dan sessi beramah mesra. Di samping sakat menyakat, aku juga sedikit-sebanyak memberi sedikit briefing mengenai track yang akan kami tempuhi esok. Setahu aku, memang PANGOK la...!! Dari sini, mental mesti kuat, untuk sampai ke puncak. 

Alan & his 'junior', Fairuz
Tidak lupa, menyambut birthday Solehah, missy & kenalan gunung dan karaoke sampai lebam...!!! Sampai sebelum tidur..!!!!!
Birthday Girl...

09/10/11

Bangun. Mandi sikit-sikit kerana air yang sejukkk..!! Karok sikit lagi, bersarapan, dan kami off to summit..!!! Jalot & his friends hanya stay sampai sini, kerana mereka ada keje pagi tersebut. Xdapat la nak join kami....

Tengah: Jalot, Ezzudin.
Depan, kanan:___________

Jam 0935, mula..!! Dari sini, trak sudah gilababi mencanak...!! Peserta diwajibkan berhati-hati kerana trak dari Kem Lolo ke Kem Pacat sangat WORST..!!! Ini tidak hairan kerana gunung ini kerap dikunjungi, jadi track sebegini memang akan berlaku. (SMALL HINTS: STAND-BY YOUR POLE/STICK)

 

Trak sepanjang ke Kem Pacat
Pengunjung kerap tergelincir di sini, dan kalau tergelincir, percentage injury juga semakin meninggi. Watch your step, & keep moving. Terdapat juga kesan pokok-pokok tumbang, serangga-serangga sepanjang perjalanan. Jangan expect track akan landai, kerana dari Kem Lolo tadi, tracknya sentiasa MENEGAK..!!!

Jam 1056, tiba di Kem Pacat. Aku, Alan, Ayiep & Apek yang sudah tiba terlebih dahulu, jadi kami bersantai-santai sambil pose manja di sini.


 

Ralat antara kami & kenalan-kenalan laina adalah 1 jam, membuatkan kami bergosip-gosipan di sini. Menunggu kamera mahal datang (pada Capt. Haidy), kami sanggup tunggu, Insya-Allah, kami masuk paper. Hek3...

Almost 12, kami memulakan perjalanan kembali.

Jam 1240, tiba di Puncak Pengasih. Seperti biasa, aku, Alan, Apek & Ayiep.

 
View & trak ketika mendaki ke Puncak Pengasih
 Dari sini, track sudah menjadi lembap, kerana ketinggian di sini sudah menyebabkan udara di sini lembap sentiasa, membuatkan tanah-tanah di sini juga kehitaman. Situasi trak ni sama dengan gunung-gunung area Cameron Highlands, tidak lupa mimpi ngeri-trauma aku, CUS. Di sini, berborak dengan Chinese man yang akan menyertai Climbathon di Kinabalu. Damn..!!! He's cool..!! Aku bab-bab race ni memang kantol..!! Hehehehe...

Sila jangan tertipu dengan sign-board ni. Ia akan mementalkan kalian..!!!

Sekejap je di sini. Next 10 minutes, aku kembali speed up.

1315, tiba di Puncak Nuang. Akhirnya, setelah selut, becak, lumpur mengganggu gugat keselesaan aku, akhirnya aku tiba di sini, buat kali ke-2. 



 

Okay, masih ada lagi kelibat tupai jinak di puncak ini, setelah dikhabarkan binatang ini dibunuh oleh pendaki yang tidak bertanggungjawab. Cuaca sangat memihak kami, dimana kami boleh melihat Genting Highlands & Ibu Kota-Noda Kuala Lumpur.

Burung Hijau

Menunggu peserta lain, aku dan mereka-mereka tadi membuatkan air, membantai segala makanan yang ada, serta pose gedik di sini lagi.

Setelah semuanya tiba, kami posing & makan sepuas-puasnya. Dari skill panjat pokok, hinggalah pose terbalik. Okay. Setelah bermanja-manja di sini, jam 1500 kami beransur pulang.
 
 

Aku skip ea cerita-cerita ni. Bawa ke depan sikit.

Run! Run! And Run!

1648, tiba di Kem Lolo. Mereka-mereka yang sampai awal mengemas camp site untuk turun. Aku tidak terkecuali, disamping meneran awal-awal, kasik clear perut aku ni..!!!

Packing....
Merembat apa yang patut...
Aku cakap dengan Apek; " kita bakal OT hari ni". Sambil diangguk setuju oleh beliau, aku merasakan yang aku akan menempuhi pengalaman baru lagi..!!




1800++, semua peserta sudah tiba. Mengemas secara total, dan jam 1900, bergerak turun ke Final Checkpoint.


CASE TWO: MALAM

All right, I admit it. AKU BENCI BERJALAN MALAM ketika mendaki/menuruni gunung..!!! Kerana mata aku sangat terhad ketika waktu malam, even penanda jalan yang jelas pun aku tak boleh nampak dalam jarak 5-7 meter. Sekali lagi aku di hadapan. Sayangnya kerana penglihatan aku yang teruk, jadi aku lost-track sebanyak 2x. Nasib baik aku perasan kelibat sarang labah-labah yang masih belum terusik. Jadi, aku suruh mereka yang di belakang aku hold, & BACK-TRACK..!!! Capt. Haidy lead & kami selamat kembali ke trak yang asal. tidak lupa untuk berhenti, ketika waktu maghrib.

CLOSED


Pondok kami berehat..


Apek, teman setia ketika running down the mountain...

Final CP

0900, setelah berlari dengan Apek sepanjang perjalanan turun, akhirnya kami tiba di Final Checkpoint. Mandi-mandi, bersiap-sedia untuk pulang. Mendapat tahu bahawa 2-3 orang peserta juga injured, jadi kami terpaksa lama di sini, untuk ensure semua peserta selamat turun.

Setelah semuanya selamat, kami berkemas, dan makan besar di sebuah restoran. Bertukar-tukar no phone, FB dll.

Senyum dibalik kelaparan...

1130, pulang ke Selayang menaiki kereta Cikgu Rahmat bersama Amyra & Syu. Sedappp la diorang tidur, aku tak boleh tidur, untuk tunjukkan jalan ke Selayang. Finally kami selamat tiba, di Apartment Taman Seri Murni, tempat di mana aku park motor aku. Hehehhee....

0105, tiba di HQ Selayangku Sayang.

Thanks DATs & REDTOP kerana membuatkan trip ini sungguh bermakna..!!!! Sayang korang sangat-sangat..!!!


Sebelum berakhir, nikmatilah gambar candid & gedik kami (especially aku) sepanjang XTVT ini dilangsungkan..!!! Hahahaha..

Sape paling sopan..?? Hahahaha..
Gadis Jelita...
Wewit..!!!
I Am Dark Templar..!!
Masak sambil posing...

Puteri Nuang..
Aksi Lusyah..!!
Scandalous with Sabahan...
joget Minang Jap..!!!
Monyet..!!!

Semua aku nak SEBAT...!!! Hahahahaha...
Missy-missy ku...

K k k. Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam...

6 comments:

  1. Hahaha.. nice travel writing, caption and photos.. Keep it up broo..

    ReplyDelete
  2. To Sara: Ok la 2.... gunung2 lain ada yang lagi WORST...!!!!

    To Haidy: Thanks.. cma jauh lg la klo smpai leh msk majalah mahupun paper...

    ReplyDelete
  3. Hehe...Lawa blog ko..Citer pun ringkas tp xbosan membacanya sebb diselitkan ngan gambar..Camnapun tahniah.... Otai..hehe - Azman

    ReplyDelete
  4. mane de otai. Sumer sama jek, bila naik gng.. :-)

    ReplyDelete
  5. 1xbet - Ride for your favorite slot games - Ride for your favorite slot
    1xbet is a leading online slot developer. You are welcomed by titanium white octane blueprint over titanium band ring 50 titanium nose hoop fantastic online 1xbet app slots providers and you can trust this company titanium 6al4v for your

    ReplyDelete