Oct 16, 2011

Skytrex Shah Alam & Putrajaya Night Marathon 2011


Salam, kita di sini lagi.

Hujung minggu kali ini (15/10/11), aku ada dua event yang menarik, iaitu PMM Employee's Day & Putrajaya Night Marathon 2011. Oleh kerana aku ingin mengelakkan mati kebosanan di Selayang ini, aku seboleh-bolehnya mencari apa-apa XTVT yang boleh membuang kebosanan aku ini. Untung jadi orang yang agak peramah ini. Semua tempat nak dijelajahinya... :-D

Pagi, aku ke Shah Alam. Wa.... Dari Selayang ke Shah Alam sudah memeningkan kepala aku. Aku tak tahulah kenapa aku badi gilababi dengan jalan ke Shah Alam ni. Memang suwal la..!!! Tapi aku bersabarkan diri dengan menempuhi karenah-karenah jalan di Shah Alam, dan akhirnya, aku tiba di Taman Pertanian Malaysia (Taman Botani, something like that la). Berhampiran dengan Stadium Shah Alam & port climbing di sini juga. Owh, agak dekat rupanya...


BTW, tidak lupa ada accident ketika aku sedang menuju ke taman tersebut. Bahaya tol.. :-D

Okay, lokasi kami ialah di SkyTrex Adventure.

Skytrex Adventure; di dalam Shuttle Bus

Tempat ini merupakan taman rekreasi bertemakan hutan hijau di Malaysia. Ianya included game-game seperti flying fox, rope-accessing dan ianya menguji tahap keberanian kita terhadap KETINGGIAN.

Training Camp. Orang baru WAJIB ke sini dulu, untuk safety briefing...
Auntie GAYAT..!!!


 Alhamdulillah, aku selalu main rock-climbing, jadi ketinggian kurang menjadi masalah untuk aku. But still, during flying-fox, agak gayat sikit la, sebab ketinggian direct 20-22m, aku pun takut. Hehehehe...


Height (Big Thrill) = around 20-22m platform. Not Bad...
Aku tiba agak lambat di sini, jadi aku menyertai team-team yang terdekat dengan aku. Okay, aku bersiap-siap dengan harness yang kami bawa sendiri, dan aku bersiap. Well, aku suka gila dengan sukan-sukan tali ni, dan bila sampai giliran aku, aku pun menaiki dengan pantas..!!! Senang sangat, but still, marshall di situ akan ensure yang safety korang well-prepared or not. Banyak kali aku kena tegur sebab aku terlalu ghairah nak main, sampai aku terlupa dengan safety aku sendiri.

Lining-Up...
Obstacles one another.. AWESOME..!!!
Equipment. Lanyard are available in PMM, too..
Bergaya Sakan...

Ketika memanjat, aku didampingi 2 orang awek dari Ampang. Mereka lawa-lawa belaka, sayangnya aku tak sempat nak mintak FB diorang. Takpe, bukan rezeki aku kali ini...

Hai, sapa nama....???
Ok, ada 3 challenges utama di sini. Big Adventures (kanak-kanak, very easy to easy), Big Thrill (Medium) & Extreme (Difficult). Ingatkan PMM amik extreme, baru syiooook. Rupa-rupanya dia ambil untuk Big Thrill jek. Adoi...


Kepenatan..

Disamping itu, PMM juga menganjurkan small game untuk kami-kami semua. Memang syok sangat-sangat, dari kategori strength hingga kepada psychology.

SUKANEKA.. Memang Havoc..!!!

Makanan tengahari..
Going Home...
Jam 1400,aku menghala ke Putrajaya. Kerana event kedua menanti di sini... :-D

Petang, aku ke Putrajaya.Menjadi volunteer untuk event Putrajaya Night Marathon 2011, sepertimana aku buat tahun lepas. Well, dulu-dulu, aku rajin join volunteer under Rakan Muda, adi habit ini terbawak-bawak. Tak tahu la kenapa.. :-D

Volunteer Briefing...
Ok, selesai registration, aku dimaklumkan bahawa volunteer untuk Drink Station already full. So, aku tak kisah diletakkan di mana-mana, janji ok-ok saja. Then, dia campak aku untuk menjadi Route Course Marshall. Mak aii... dah la untuk event utama, 42km marathon. Kompem-kompem la aku balik lambat.

Muka Rela-Paksa
Our Location...
Orang PLUS part-time
Selesai dibahagikan tugas, aku dan 2 kenalan lain diturunkan di route yang ditetapkan. Agak-agak bosan, aku pun berborak-borak dengan mereka, disamping berkongsi pengalaman dalam bidang volunteer ini.

Selepas maghrib, jam 2000, peserta 42km sudah dilepaskan. 2030, another peserta (half-marathon, maybe) juga dilepaskan. Jam 2100, semua peserta dilepaskan.

 
Runner...
Makanan kami..
 Anggaran 5k< x <9k peserta menyertai larian ini, dan tugas aku ialah menjaga keselamatan mereka agar tidak dilanggar oleh kereta atau benda mendatang. Senang jek. Lagi-lagi bila berborak-borak dengan runner amoi yang hot-hot bermandi peluh, lagi la WOW...!!!!!

Polis curi tulang...

Motor BEST..!!!


Jam 0045, pelari terakhir untuk kategori 42km melepasi kami. Jadi, akmi boleh pulang. Alhamdulillah, sudah lenguh kaki aku berdiri untuk menjaga mereka-mereka ini, dan akhirnya, tugas kami berakhir. Kami pulang ke registration camp kami dan semuanya beransur pulang.



Oh, tidak lupa kepada Siti Khatijah, ahli DATs kerana mampu menjadi finisher event utama marathon ini, 42km.

DATs Representative
Medal Tahun ini. Tak sempat nak Tangan Panjang...




As always, berikut merupakan gambar-gambar candid & G.E.D.S. aku sepanjang XTVT hari ini. Well, ni blog aku, jangan la jeles..!!!


Kemalu-Maluan...
Bercinta sepanjang run ea...?? Kemaen ko..!!!

Junior from UniKL MFI
Dahaga..... (dahaga apakah..??)
Yang ini dengan Anak Orang...

Yang ini pulak dengan Mak Orang..!! Hahahahaha...!!!
Ladies from PMM
Betul Ke Ni..??


K k k. Off Me Go.

Later, Dear All.

Wassalam...

p/s: Glory Glory Man United kerana seri 1-1 dengan Liverpool...

No comments:

Post a Comment